Monday, May 4, 2009

++ Beads Collection ++

Close Up beads dari pandangan atas. Very colorful rite? I suker kombinasi color2 beads nih.


Ops.. bukan manik dan labuci shj, benang pon ada...


Ini adalah sebahagian dari koleksi manik yang aku ada. Antara jenis manik yang terdapat di dalam pic ni ialah manik berbentuk hexagon & round, pearl beads from taiwan, sequin dan rice beads. Sebenarnya aku sedang menunggu manik yang aku order. Tak sampai2 lagi nih. Ada banyak color beads yang akan sampai tak lama lagi. Maklum sahaja, raya dah hampir menjelang tiba dan tempahan dah mula menjelma.


with Luv,

Friday, May 1, 2009

++ Kelas Asas Jahitan Manik ++

Kelas Asas Jahitan Manik

Tempat : Smart Skill Training Centre, Wangsa Maju
Date : 10 May 2009
Time : 9.30 am - 5 pm (Sehingga selesai..)
Yuran : RM 150 (termasuk bahan bengkel, makan pagi, tgh hari dan minum petang)
Email : deshinecollection@yahoo.com

Makan dan minum di sediakan!!

Antara modul pembelajaran adalah :-

- Cara memilih manik
- Perbezaan antara manik, jepun, korea dan china
- Tempat untuk membeli peralatan² menjahit manik
- Cara menentukan kadar bayaran untuk mengambil tempahan
- 13 teknik asas ( pintalan, LK, tali air, piramid, pucuk rebung dll.... )
- Percuma design 1:1 untuk lengan dan teknik yang digunakan untuk design ini. (harga biasa utk tempahan design nih sekitar RM 60++ untuk lengan shj)


Antara kit yang akan di bawa pulang :-

- Jarum
- Pelbagai jenis manik & labuci
- Kain
- Benang


++ Kelas Asas Jahitan Manik - notice ++

........ PEMBERITAHUAN ........

Next kelas untuk jahitan manik adalah 10 May 2009 hari ahad. Bagi sesiapa yang ingin menyertai kelas ni, sila email aku at deshinecollection@yahoo.com secepat mungkin untuk pengesahan tempat. Yuran RM 150 dan diskaun 10% bagi sesiapa yang datang secara berkumpulan. Tak perlu ramai, datang berdua juga layak untuk mendapat diskaun ini. So, apa tunggu lagi? Jom sertai sekarang!!