Sunday, March 22, 2009

Kerana kamu lelaki... - 1

Tahukah kamu wahai lelaki. Kerana kamulah aku terdampar disini. Di daerah asing yang kalian ciptakan untukku. Daerah yang tak pernah ku bermimpi untuk jejaki. Disini kalian ciptakan pelbagai warna rasa. Benci, dendam, mual dan sayang???

Ya memang benar.Aku pernah menyayangi dan menyintai kalian semua. Rasanya cintaku adalah cinta yang paling agung. Cintaku adalah yang paling suci. Setiap kali aku berjanji untuk setia, pasti aku tunaikannya. Setiap kali aku lafazkan cinta, aku memang memaksudkannya. Namun kalian semua memang kejam, kalian membunuh hatiku dengan cinta palsumu yang selama ini menjadi tunjang untuk aku meneruskan kehidupan yang payah ini.

more

Tuesday, March 10, 2009

corat - coret sepanjang majlis ....

05 Mac

Aku baru start cuti. Sibuk mengerjakan bilik pengantin. Sehari suntuk mengemas, menukar cadar, pasang tirai n bla..bla... Receive call dr my cousin kat kg .. brg tak muat kete nak bwk.. aduhai..

06 Mac

7.00 am
Lepas jer subuh aku dah gerak balik kg di Sabak Bernam utk ambik brg2 utk majlis esok. Aku balik kg sorang jer okkey... Adik2ku masih belum pulang lagik. Si adik dari Jasin naik bas kul 7pm. Si abang pula ader register subjek pagi ni. Jadi, aku ler yang kene... hahhah..

9.00 am
Aku sampai di kg.. Confirm aku kene speed trap... hahhaa... apa daa... 60 km/j aku bantai 110... Drive sorang, standard la kan...

2.00 pm
Aku gerak blk ke KL. Kete penuh dgn brg. Dari bonet sampai ler ke sit belakang. Blk ambik kerepek pon tak penuh cam ni.. La ni makcik aku tumpang skali. So tak bleh lah nak tekan kan... Lagi pun brg byk... dgn kerepek nyer... tapai nyer... umbut nyer... perut lembu nyer.. argghhh... mcm2 bau ader ....

4.30 pm
Tiba di KL. Tetamu dah mula dtg. Especially saudara jauh. Punggah brg... Nasib baik abg dah balik.

8.00 pm
Sedara mara belah mak yang kat KL sumer dtg. Start isi wedding gift. Isi telur utk bunga pahar. Penat gilerss.. w'pun bukan aku yang buat tp tgk benda tuh melambak... waduh.. byk gilers...

11.00 pm
Sedara dekat beransur pulang. Tinggallah sedara mara belah abah menyiapkan wedding gift.

07 Mac
12.30 am
Aku baru ambik daun pandan dgn zura utk bunga rampai. Terlepas pandang lak bunga rampai nih. Aku dan achik yg mericihnyer. Kul 1 pg gak la br abis.

2.00 am
Gosok baju mak, abah, boy, abg, adik, aku dan tudung nikah kak ima. Kul bape aku nak tdo nih? waaaa..... penat....

4.00 am
Selesai gosok baju. Kemas dapur jap.. pinggan mangkuk melambak dlm sink. Confirm aku tak tdo mlm nih. heh.

5.00 am
Mandi... subuh jap.. ready utk make up kul 7 am. Adik kak mizan anr yg make up kan.

7.00 am
Aku start make up. Pengantin pon start make up. Kak ima awal2 dah sound. Jgn lebey dari dier okkey... hahhahah... rilek la kak ima... nasib baik tudung aku tak sempat jahit, baju aku tak sempat nak bermanik.. kalo tak habiss la ko.. hhahahah...

9.30 am
Majlis nikah bermula... dengan sekali lafaz, segalanya selamat.. alhamdulillah...

2.00 pm
Majlis sanding bermula. Masa ni kelam kabut skit sbb aku tak tau kak ima letak mana dia punya set utk tepung tawar. terpaksa ler aku berlari ke sana ke mari... hampeh tul... Nasib baik sempat....pengantin jual mahal.. hahhah.. so kene tunggu lama masa berarak.. nasib baik sempat aku mencari bahan2 nak merenjis.

4.00 pm
Majlis selesai. Hujan mula turun dengan lebatnya.. Fuhh.. Nasib baik dah selesai. Tapi masih ada tetamu yang terkandas. Lebat sgt hujan tak boleh nak bergerak ke mana terpaksa melepak kat khemah.

6.30 pm
Aku dah tergolek tdo. Tak sedar dah apa yg jadik. Mak kejut kul 8 utk majlis berinai pon aku tak bangun...

10.00 pm
Baru aku terjaga. Mandi dan terus ke dewan. Majlis berinai dah pun selesai. Tinggal sesi bergambar jek. Belasah je la. Baru ni aku berkesempatan utk bergambar dgn pengantin. Dengan mata yg lebam x cukup tdo. Harus ku touch up dgn photoshop nih.. hhahah...

11.00 pm.
Sesi membuka hadiah.

11.30 pm
Sesi mengemas dewan besar. Lauk pauk, periuk belanga... Tak larat nak basuh periuk. Tinggal jer. Esok baru smbg kemas. Nasib baik sedara mara belah abah ada lagi n tolong kemas.

08 Mac
1.00 am
zzzzzzzzzzzzzz.......

6.30 am
Bangun subuh. Sambung mengemas. Prepare utk majlis resepsi belah lelaki pulak.

12.30 pm
Pengantin dan sedara mara belah mak gerak ke rumah pengantin lelaki. Aku? Tak gerak lagik ok.. tunggu sedara belah abah dari rawang sampai. 1.00 pm baru aku gerak. Aku, mak, abah sampai agak lewat. Kul 2 br sampai. So pengantin dah selamat utk makan beradap. Terlepas nak tgk bersanding. Aduhai. Yg best nyer, camera ngan video cam ada kat kitorg yg lambat sampai nih. Hahahah.. padan muka tak de gamba.

2.30 pm
Kitorg sumer gerak balik ke rumah aku. Ada cerita sedih hari nih. Nanti aku story.. penat nak citer panjang2...

5.00 pm
Semua sedara mara dah pulang. Rumah dah kosong. Fuhhh.. baru lega rasa nyer. Sambung kemas dewan besar dgn mak n abah. Basuh periuk belanga semua. Mujur jiran tetangga ada yang membantu. Terima kasih tak terhingga di ucapkan.

8.00 pm
Settle kemas dewan besar sambung lak kemas rumah kak imah. Tempat persinggahan sedara belah mak. Basuh pinggan mangkuk semua. Kul 9 pm settle.

10.00 pm
Rumah aku bersepah lagik tak sempat kemas. Kemas rumah jap.. Sambung esok ler.. Tak larat dah... Mak ngan abah pon dah terbaring kepenatan.

12.00 am
tidoooooooooooooo....

09 Mac

Bangun tdo kul 11.30 pg okkey... hahah.. sehari suntuk smbg mengemas lagi..... Untung ko kak ima jadik pengantin. Tak payah nak mengemas.... hampeh tul... Patut nyer pengantin yang kena kemas nih....

10 Mac
Aku sambung cuti lagik..... Nasib baik.. baru sempat nak online.. Byk nyer email nak kena reply. Keje aku dah bermula wpun aku cuti lagik. Bisnez kena jalan... Duit dah byk habis nih... kena top up blk nih.. hahhaha... Sekian..... aku yang kepenatan.
sms drpd anak my cousin kpd ibunya.
" mummy, please send my regard to Opah Ros (my mom) and tells to mak Ngah (me) that is it happy be a bride?? And also tells to my youngest sister for u to replace my "happy birthday". I also love u so much ......... "
- Anak buahku ingatkan aku yang kawen... haha.. silap lah Tasya, bukan Mak Ngah okkey... Mak Long yang kawen.... :-D
Lihatlah wajah2 di belakang tabir....
Mata yg bengkak tak tdo tak bleh nak tutup.. hahahhah


Kami, adik-beradik bersama bonda.


Alhamdulillah...


ALhamdulillah... segalanya telah pun selesai. Majlis kawen my sis telah pun berakhir smalam dengan jayanya. Thankz to those yang menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis ni. Special thankz to Kak Nita yg sudi menjadi VIP usher. Kak Nita ni memang dah sinonim ngan usher utk VIP. hehhe..

Malas nak cerita panjang2. Masih dalam mood kepenatan... Jom layan gambar...


dia datang..

Tetamu VIP.. Tuan Shaheen (Suami Dato' Maznah) dan kekanda, Sharmila (Anak Dato' Maznah) dan Suami ( Anak Dato' Najib) dan Ahli2 Lembaga Pengarah Securiforce Sdn. Bhd.





" Selamat Pengantin Baru to my dear sis. Semoga di berkati Allah swt hendaknya dan kekal hingga ke akhir hayat. Buat kekandaku, jadilah isteri yang solehah yang boleh melembutkan hati suami. Buat abang iparku, bimbinglah kekandaku ke jalan yang di redhai Allah swt. Moga rumah tangga kalian akan berkekalan selamanya dan di kurniakan anak2 yang soleh dan solehah. Amin... "