Monday, December 31, 2012

Cinta


 " Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan ku simpan perasaan aneh ini. Akan kuluahkan untukmu setelah akad menghalalkan kita. "




with luv,

Saturday, December 29, 2012

Don't judge....





with luv,

Cuci mata je..

Jom window sopink. Cantik lak tgk dress ni. Bley match dengan legging ni. Harga pon murah sangat. Oh, tidak! Tidak boleh sopink bulan ini. Cuci mata jer la nampaknya. Sesiapa yang berminat boleh klik sini.

Semua color pon cantik... arrgghhh..



with luv,

Thursday, December 27, 2012

Perjalanan ini....


Duduk berteleku sambil menginsafi
Muhasabah diri tentang perjalanan hidup ini
Adakalanya sakit sekali
Ada ketikanya gembira sekali
Apa pun rasa yang dirasai
Punya maksud tersendiri
Semakin hari semakin memahami
Hikmah yang Allah ingin beri
Alhamdulillah...

Dia satu ketika dahulu yang ku benci
Dia satu ketika dahulu yang selalu menyakiti
Dia satu ketika dahulu yang selalu bikin panas hati
Dia, ya dialah yang seringkali menyakiti hati ini

Hari ini aku harus berterima kasih pada dia
Hari ini aku harus bersyukur pada Yang Esa
Kerna pernah menemukan aku dan dia

Di sebalik derita
Masih ada sisi bagusnya
Di sebalik air mata
Masih ada gembiranya

Dia menjadikan aku wanita yang sangat berdikari
Dia mengajari aku tentang kereta yang aku miliki
Katanya supaya mudah di kemudian hari
Baru hari ini aku akui
Dia banyak memudahkan aku untuk memahami
Apabila perihal kereta menjadi topik perbualan kami
Kini, walau aku tidak lagi cuba mempelajari tentang ini
Kerna tugas ini telah ku serahkan pada yang mengetahui
Mujur punya adik di bidang ini
Menjadi tempat rujukan ku hari ini

Harus aku berterima kasih padanya
Kerna ketegasannya semalam
Menjadikan aku kini yang lebih berhati-hati
Dalam aspek keselamatan diri
Pesannya yang aku masih lakukan hingga kini
Harus dan wajib mengunci pintu kereta saat punggung mencecah kerusi
Perkara pertama yang mesti di patuhi
Akhirnya menjadi habit ku kini

Kini aku akui
Hikmah yang Tuhan beri
Untuk aku mempelajari
Ilmu kehidupan ini
Yang tak mungkin di ajar di mana2 institusi
Pengalaman yang mengisi
Perjalanan hidup ini.

Terima Kasih Ya Allah untuk setiap pengalaman yang Kau beri!




with luv,

air mata penenang jiwa




Wanita dan airmata memang sangat sinonim. Biar sekeras atau sedegil manapun sifat seorang wanita itu, tetap menjadikan air mata sebagai teman yang paling akrab. Sekeras manapun hati seorang wanita sebenarnya mereka masih punya bahagian yang penuh dengan kelembutan. Wanita yang keras hati  cuba untuk menutupi kekurangan atau kelemahan hatinya sendiri. Hakikatnya, wanita yang keras hati lebih cenderung untuk mengalirkan air mata untuk mententeramkan jiwanya kerana wanita ini sangat sukar untuk berkongsi rasa dengan orang lain. 

Tidak salah mengalirkan air mata. Lebih² lagi sekiranya air mata itu air mata penyesalan. Kerana air mata sebenarnya mengalirkan kekuatan dan semangat yang baru. Wanita hanya perlu menangis untuk menjadi kuat dan terus kuat. 




with luv,

Tuesday, December 25, 2012

Nutox vs Bio Essence





Untuk yang bertanyakan saya tentang Nutox skincare, sorry saya tak sempat nak jawap komen anda. Ingatkan nak wat n3 khas tapi selalulah bertangguh-tangguh dan akhirnya terlupa. 

Saya masih lagi menggunakan Nutox skincare sebagai sebahagian proses penjagaan muka saya. Nutox saya gunakan ketika siang selepas solat. Saya masih menggunakan basic set Nutox ( Wrinkle Away Cleanser, Moisture Emulsion SPF 25PA++, Skin Refining Astringent, Advance Serum Cocentrate) sebagai rutin penjagaan harian / tengah hari saya. Boleh refer n3 Nutox saya untuk details.

Supernatural Night Repair dan Advanced Serum Concentrated saya tidak lagi menggunakannya. Saya tak guna Supernatural Night Repair kerana ianya terlalu oily untuk kulit saya manakala Advanced Serum Concentrated pula sebab dah habis. 

So far, saya memang suka dengan Nutox. Baunya yang menyegarkan, harga yang berpatutan dan kesan yang sekata. Cuma semenjak saya berada di opis baru, kulit saya menjadi cepat kering kerana keadaan aircond yang terlalu sejuk di bandingkan opis lama. Maka, inilah permulaan cerita Bio Essence saya.


Saya bertukar kepada Bio Essence with ATP range bukan sebab tidak berpuas hati dengan Nutox tapi sebab terpedaya dan terpengaruh dengan iklan. Haha. Pada asalnya, pergi watson nak beli Advanced Serum Concentrated  yang dah habis, tapi bila SA Watsons tu promote Bio Essence, timbul pulak keinginan nak mencubanya sebab dia bagi try Radiant Youth Essence yang hasilnya lebih baik dari Nutox Serum. Ya, pengaruh SA itu yang menyebabkan saya bertukar kepada Bio Essence.

So, bermulalah rutin saya bersama Bio Essence. Sebab saya tamak inginkan kesan maksima, makanya saya beli complete set Bio Essence with ATP. hahaha. Setelah 3 bulan saya menggunakan Bio Essence with ATP set, saya amat berpuas hati dengan hasilnya. Tapi saya masih juga menggunakan Nutox set saya yang belum habis. Kiranya, saya guna campur dengan Nutox sebab Bio Essence day cream tidak ada SPF. So saya masih mengharapkan Moisture Emulsion SPF 25PA++ dari Nutox untuk membantu saya menghalang kulit dari sinaran UV.

Jujurnya, hasil dari Bio Essence lebih baik dari Nutox untuk kulit saya. Memang tidak sia-sia saya mencubanya. Tapi dari segi kesegaran baunya, saya lebih sukakan Nutox sebab itu saya masih juga menggunakan Nutox dalam rutin penjagaan harian saya walaupun hanya di siang hari. Saya juga masih menggunakan Superstar Night Mask dari Nutox sebab kesannya yang sangat best.









with luv,

Monday, December 24, 2012

Ariani Sales

Separuh harga, RM 54.50.


Hari ni gi jualan murah Ariani. Potongan  sehingga 50% katanya. Nasib baik pegi time orang keje so tak lah ramai sangat orang. Harga not bad la. Syria lycra RM 100 5 helai. Yang ni paling murah rasanya. Kebanyakannya less 50% but still harga above RM 50. Tudung yang 3-4 ratus pon ada after less. Thai silk printed RM 138 3 helai. 

Luckily saya tak beli apa pun. Just jadi pemerhati gelagat-gelagat orang bersopink. Dah lama tak buat aktiviti ni. Haha. Macam tak percaya lak tak grab walau sehelai pun. Padahal, banyak jer yang cantik². Bukannya apa, saya sangat skeptikal dengan Ariani ni. Peristiwa itu masih segar di ingatan. Ahak.

Apa pun, peminat tegar Ariani bolehlah ambil peluang ni untuk bersopink. Stok memang sangat banyak. Tadi pun, banyak jer tudung² yang berlonggok kat lantai. Aduhai la. Kot ye pon less sampai 50% takkanla longgok tudung atas lantai kot. ahak..


Time ni tak ramai lagi pengunjung.
Nampak tak tudung yang berlonggok kat bawah tu?

Dah start ramai.




with luv,

Sunday, December 23, 2012

{Bahagia Membahagiakan} Tip 2



Kadang-kadang kita terlupa apa yang ada di dalam diri kita akan terzahir persepsi luaran kita. Secara dasarnya, jika baik yang ada di dalam diri kita, maka baiklah juga yang akan keluar dari diri kita. Faktor kekuatan dalaman sangat penting kerana ianya akan mempengaruhi sikap luaran kita. Jika kita memberikan senyuman kepada orang, maka kita akan terima senyuman juga begitulah sebaliknya.

Jika kita mahukan perkara yang baik datang kepada kita, kita haruslah memberi yang baik-baik. Apa yang kita beri itulah yang kita dapat sebenarnya. Jadi, kenapa perlu mengubah orang lain untuk mengikut kehendak kita sedangkan kita sendiri tidak berubah seperti yang kita kehendaki?

Seringkali terjadi kita menyalahkan orang lain atau mencari salah orang lain untuk menutupi salah kita sendiri. Tiada salahnya muhasabah dan menerima kesilapan kerana dengan kesilapan demi kesilapan inilah yang menjadi guru paling berharga dalam kehidupan. Orang yang menerima kesilapan mereka, mempelajari dari kesilapan itulah orang yang akan berjaya. Kerana kesilapan adalah permulaan kepada satu kejayaan.

Kebanyakan manusia yang tidak berjaya di dalan kehidupan ialah manusia yang suka menyalahkan diri sendiri, merungut dan berfikiran negatif. Untuk bahagia, perlulah membetulkan paradigma dan imej diri.


Jom transformasi diri untuk lebih bahagia...



with luv,

Saturday, December 22, 2012

Respect aka Hormat


Kenapa respect?
Saya rasa terpanggil nak komen tentang ni kali ni. Kenapa? Sebab saya pelik sangat dengan menusia yang tidak ada perasaan respect each other ni. I mean dalam satu-satu hubungan. Samada hubungan suami isteri, ibu bapa dan anak, adik beradik hatta sesama kengkawan sekali pun.

Tapi saya sangat pelik dengan suami isteri yang tegar bergaduh laki bini depan orang lain. Tak kisahlah siapa pun orang tu, saudara mara kah, adik beradikkah or kawan-kawan sekalipun. Tak malu ke? Ok fine bila dalam keadaan marah memang emosi tidak terkawal but at least jagalah air muka pasangan biarlah berapa lama pun dah berkahwin. Hormatlah pasangan masing-masing. Kalau tak nak hormat pasangan sekali pun, hormatlah orang-orang sekeliling yang melihat. Tak malu ke bergaduh depan orang? Or sebenarnya nak tunjuk kat orang, 'suka hati akulah, bini aku... Atau pun, suka hati akulah laki aku atau suka hati akulah rumahtangga aku'... Camtu ke? Hello, orang-orang keliling bukan nak sibuk korang gaduh laki bini tapi orang sebenarnya menyampah ok... Menyampah tengok korang gaduh. Kalau nak bergaduh ke, baling pinggan mangkuk ke hatta bercakaran sekalipun balik rumah boleh tak? Tak payahlah nak tunjuk depan orang.


Lagi menyampah yang bergaduh depan mak bapak or mak bapak mertua. Korang yang bergaduh tak terfikir ke apa kata parent korang? Kalo bini bergaduh depan mak bapak mertua tak ke korang pk apa kata mertua. Isteri derhaka atau isteri yang tak dengar kata. Pastu nak salahkan mertua yang tak ngam ngan korang? Yang si laki pulak kalau bergaduh depan mertua marah-marah bini, tak ke korang rasa yang mak bapak mertua korang tu pk yang dorang seolah-olah tak pandai mendidik anak? Please laaa...



Lagi satu yang mak bapak marah anak-anak yang nakal terpekik-pekik depan orang ramai. Apa yang korang nak tunjukkan sebenarnya? Korang pandai jaga anak? Aduhailah. Budak-budak kan memang nakal gunalah psyhcho skit. Yang saya taulah kan, bebudak kalau kene marah lagi memberontak. Ada dorang kesah korang punya marah? Lagi selalu diorang kene marah yang terpekik terlolong tu sebenarnya lagi imun diorang. Tak salah pun mak bapak nak respect anak-anak. Barulah anak-anak akan respect mak bapak. So ini berbalik kepada cermin diri. Apa yang korang nampak ialah cerminan diri sendiri. So ibu bapa janganlah nak harapkan anak-anak respect korang kalau korang pon tak respect anak-anak korang. Lagi satu, mak bapak yang suka sangat bercerita pasal anak-anak kat orang. Lagi-lagi cerita yang negatif. Korang tak pk ke perasaan anak-anak kalau diorang dengar?  Buruk mana pun perangai anak-anak, tu anak siapa? Siapa yang mendidik diorang? Daripada dok sibuk citer pasal keburukan anak-anak baik jaga aib mereka. Tidaklah ibarat meniup rambut di dalam tepung.



Nota kaki: Apapun kedudukan korang tolonglah hormat or respect  pasangan korang or anak-anak korang. Yes saya tak kawen lagi tapi saya observe dengan persekitaran. Please respect each other!




with luv,

Friday, December 21, 2012

maira dengan rambut pendek


budak chomel yang sporting



Sama tak? Sebenarnya tak sama panjang sebab Maira asyik pusing kepala jer.


Last Sunday, bawak Maira pergi salon gunting rambut. Ini adalah pengalaman pertama Maira menggunting rambut semenjak majlis cukur jambul ketika Maira berusia 2 bulan. Maksudnya dah 2 tahun simpan rambut Maira. Dah sampai paras pinggang pon.

Dah namanya pun kanak-kanak yang sangat curious nak tahu, agak payahlah nak gunting rambutnya. Asyik terpusing kiri dan kanan je. Yang tak tahan tu, Maira nak syampoo rambut sekali la. Hahaha... Dah anak dara Maira ni rupanya. Hehe.




With luv,

Wednesday, December 19, 2012

di manakah kamu?




~ Jika seorang lelaki menyayangi seorang wanita dengan ikhlas tidak kira atas kapasiti apa sekali pun samada sebagai adik, sahabat, teman baik hatta kekasih sekalipun pasti mereka akan menjaga maruah dan kesucian wanita yang mereka sayangi tetapi sekiranya merekalah yang mengajar wanita ini untuk berbuat dosa, sebenarnya kasih sayang mereka hanya berlandaskan nafsu semata kerana mereka akan terus-terusan mengambil kesempatan ke atas wanita yang kononnya paling mereka sayangi. Hakikatnya, tidak ada lelaki yang mahukan wanita sebegini yang mudah tunduk dengan pujuk rayu seorang lelaki. 

Wahai wanita, tetapkan pendirianmu, pelihara kesucianmu, dan jagalah kehormatan mu. Siapa lelaki yang ada di sampingmu? Adakah dia tegar mengajakmu melakukan dosa? Jika YA jawapannya, tinggalkanlah mereka kerana mereka akan buat kamu derita! ~



with luv,

oh wiraku!



Bulan December ialah bulan wiraku. Yes, segala duit gaji akan diperuntukkan hanya untuknya. Chewah. Bulan December, masa untuk renew road tax dan insurans. Perkara yang paling utama. Bulan December kali ini, kene buat major service untu wira yang telahpun 7 tahun usianya. Oh, wira... Telah terlalu lama kau bersamaku. Bulan ini juga kene buat allignment dan balancing sebab allignment dah lari. Bulan ini kena tukar meter temperature yang dah tak berapa nak betul. Bulan ini juga kene spare untuk tukar bateri sebab kebiasaannya wira akan mula meragam pada awal Januari di mana masa yang pastinya belum lagi masa gaji. Haha.. So kene berjaga-jaga di sini. Dan bulan ini juga macam nak tukar tinted sebab dah 7tahun usianya seusia mywira. Itupun kalau cukup bajet bulan ini. Huhu.

Bulan December memang bulan yang paling mencabar skill pengawalan kewangan. Haha. Bulan ni juga bulan untuk membeli kelengkapan sekolah. Nampaknya tabung ultrabook masih tertunda. Perlu mendahului yang perlu. Haih.

Peringatan untuk diri sendiri, bulan ini bukan bulan untuk pembaziran. Bukan bulan untuk sopink dan bukan juga bulan untuk memuaskan hawa nafsu berbelanja dan bersuka ria. Ingat!


Nota kaki: Ada yang bertanya, bila saya nak tukar kereta baru? Oh, untuk jawapan soalan ini, saya tidak akan menukar kereta ini kerana ini adalah kereta pertama saya. Sentimental value kot... Hahahha. Lagi pun, wira saya tidak selalu meragam. Kadangkaka jer meragam manja gitu. Saya masih sayangkan dia!




with luv,

Istighfar


"ISTIGHFAR KEPADA ALLAH"

Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.

Istighfar memiliki dua makna:


Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, berarti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita.

Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Karena itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar.

Karena tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan kebutuhan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, berarti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia.

Subhanallah...

Satu ucapan tetapi memiliki dua keinginan. Karena itu tidak heran hamba Allah yang sungguh-sungguh beristigfar tampak dalam kehidupannya, semakin berkah, semakin membawa kebaikan dan perbaikan,semak in bahagia, tenang, senang, menyenangkan, di dunia dan di akhirat. Karena itu Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Barangsiapa yang melazimkan, mendawamkan dirinya selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih,dan Allah beri rezeki dari jalan yang tidak pernah ia duga."

(HR. Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)




with luv,

Monday, December 17, 2012

saat aku kau perlukan...


saat aku kau perlukan
aku sentiasa bersedia
kau dakap, kau pelukku
kau dekat denganku

setelah dapat apa mahumu
kau campakku di sudut itu
kau biarkan aku terdampar
termangu sendirian
apa salahku?
bukanlah baru sebentar tadi kau ciumku?
kau bisik kata-kata puitis
dalam nada paling romantis
hingga ku rasa terlalu dekat denganmu

tapi...
kenapa tidak kau meletakkan aku di tempat sepatutnya
kerna nanti kau datang jua
saat kau perlukan aku
untuk membaluti tubuhmu
walau aku hanya sehelai tuala lusuhmu...


by,
msraiza
2:02 am



with luv,

Sunday, December 16, 2012

Esprit : Watch collection



Jenama yang tetap menjadi pujaan. Huhu. Sebab saya suka jam bentuk 4 segi tepat. Esprit yang paling banyak pilihan jam bentuk ni. 

Silver Houston Watch
Dah lama usha jam ni sbnarnya... huhu
Tgk my colleague pakai geram jer. Puas dok belek jam dorang time solat. 
Haih, admire sungguh! 

Houston Dallas White

mystis silver

New collection from Esprit. Cantik jugak ni.... Wishlist next year mungkin? Mungkinkah? arghhhhhh.... Jiwa kacau camni. hahhaha






with luv,

Saturday, December 15, 2012

Fossil : Watch Collection


Smalam dah tengok handbag. So hari ni cari jam pulaklah. Oh, dah sekian lama tak beli jam sbnarnya. Tak beli dan tak pakai. Ahak. Rasanya last sekali beli jam tahun 2002 jenama Bonia dengan gaji pertama lepas grad. Giler lama tak beli jam. Sepuluh tahun dah kot. Jam Bonia ni sampai sekarang masih elok lagi. Dah beberapa kali tukar bateri dan tukar tali leather. Almost 1-2 tahun gak la tak pakai jam tu sebab misplace. So sampai skang la tak pakai jam.
Stella Stainless Steel Watch
(I like this! blink blink you...)

Stella Mini Stainless Steel Watch

Archival Mini Stainless Steel Watch

Oh, btw, jam lama dah jumpa balik. Baru nak pasang angan-angan beli jam baru. haha. Apakah maknanya?




with luv,

Coach?


Syoknya jalan-jalan cuci mata hujung-hujung bulan nih kan. Di saat purse yang semakin menipis sementara nak menanti gaji. Ala, tak kene bayar pon kan. Haha. Ni namanya e-windowshopping. huhu. Nak beli secara nyata tu mungkin belum berkemampuan lagi. So kita berangan jer dulu yer. ahak.


madison leather lindsey satchel

madison patent juliette

legacy signature molly satchel

madison graphic op art metallic maggie

legacy signature stripe molly satchel

haih la. kenapa la cantik-cantik handbag ni? ni yang menggugat iman. mulalah otak berfikir nak memuaskan nafsu shopping yang ada. hehe. tabung coach?





with luv,

Thursday, December 13, 2012

Fikh Kerahsiaan Wanita



Inilah buku yang masih ditangan saat mimpi ngeri itu berlaku. Buku yang patut di miliki oleh semua wanita untuk mengetahui hukum dan perbahasan pendapat mengikut mazhab mengenai kerahsiaan wanita.

Memahami secara jelas isu yang melibatkan rongga keintiman wanita menurut syariat Islam. Persoalan dalaman yang perlu difahami oleh setiap wanita mukallaf dan para suami yang menjadi nakhoda rumah tangga. Bertanya tentangnya sering mengundang segan.

Jadi para muslimah, boleh mendapatkan buku ini untuk dijadikan panduan. Memang kadangkala ada isu yang terlalu rahsia yang di musykilkan tapi malu untuk bertanya maka hiduplah kita sebagai muslimah yang tidak berilmu. Jadi ambillah kesempatan ini utk menambahkan ilmu di samping untuk panduan hidup.




with luv,