Sunday, July 17, 2016

Teknik menyimpan duit yang mudah dijadikan habit


Tentunya anak2 gembira menerima duit raya. Didiklah mereka dari usia kecil menabung dan bukakan akaum simpanan utk mereka agar mereka_ tahu dan mahu_ menabung.

Saya ada satu Teknik  menyimpan yang boleh dilakukan secara harian dan praktikal. Tekniknya mudah.

Tetapkan note yang kita hendak simpan (RM1, RM5, RM20, RM100)
Setiap kali kita terima/ada duit yang kita tetapkan tadi, simpan dan jangan gunakan.

Ulang sehingga jadi kebiasaan.

Tips bagi memilih nilai matawang yang ingin disimpan.
Anda perlu  realistik dengan note yang dipilih. Maksudnya begini; elakkan kepingan yang bernilai besar yang sekiranya disimpan, anda akan terpaksa menggunakannya untuk keperluan seharian. Bagi saya RM100 dan RM50 amat tidak sesuai, jadi pilihan kita hanya tinggal note RM 20 ke bawah. Masih tidak faham? Kebiasaan kita akan menerima syiling dalam duit baki perbelanjaan seharian. Ramai antara kita yang terus memasukkan syiling tersebut ke dalam tabung.

Konsep yang sama, tapi kali ini kita tukarkan dari syiling kepada duit kertas. Pilih kepingan duit kertas yang boleh dikatakan kita jarang temui. Sekiranya anda memilih RM1 saya bimbang kita tidak akan mampu mendisplinkan diri kerana note ini terlalu kerap kita terima. Jadi saya  syorkan RM 5 atau RM 20. Dua note ini jarang kita terima.

Jika kita merasakan belum mampu menyimpan sebegini, boleh mulakan dengan syiling 50 sen. Setiap kali terima, jangan guna. Tabungkan sahaja. Jika tidak boleh juga, cuba jadikan note yang lebih jarang anda jumpa, tapi mempunyai  personal value kepada diri. Contohnya menyimpan setiap duit dengan nombor siri 9 dihujungnya kerana anda lahir di bulan September. Ataupun bagi saya, mungkin setiap helaian yang bermula dengan AZ dalam nombor sirinya.

SELAMAT MENCUBA


with luv,

No comments:

Post a Comment