Alhamdulillah.
Bertemu lagi Syawal kali ini.
Tahun ni kami decide beraya di KL terlebih dahulu seperti tahun-tahun yang lepas.
Cuma tahun ini lebih meriah sebab semua adik-beradik berkumpul malam raya lagi.
Di sebabkan tahun ni semua ada maka menunya juga agak meriah. Ketupat, ketupat palas, dodol, rendang, daging rusa sup ekor.. wah, memang meriah. Dari subuh dah prepare bahan-bahan untuk memasak petang raya.
Pagi akhir Ramadhan aku dan abang sempat lagi ke Jalan TAR cari baju melayu abang. Pukul 9.30 pagi aku dah keluar rumah. Sampai Jalan TAR sebelum kebanyakan kedai buka so jalan tak jem pon. Kat Jalan TAR pon tak berapa ramai orang so agak mudah nak shopping. Setelah pusing punya pusing mujur jumpa juga electric blue tema color tahun ni.
Aku sebenarnya nak carik kebaya labuh yang kembang plain color. Tapi bayang pon tak nampak Kat Jalan TAR. Maka sempat capai shawl mosscrepe RM 25 2 helai. Jadikla memandangkan aku memang tak de langsung shopping baju, kasut ataupun shawl raya. Nampak tak? Bila sudah semakin 'matang' usia, dah tak kisah ada baju raya atau tidak. As long as ikut color theme ok dah. Ahak.
Weols.
Alhamdulillah dapat berkumpul bersama-sama.
Pagi raya. Sesi wajib. Bermaaf-maafan bersama ibu-bapa.
Memang ada kalanya ada yang mengguris hati. Maklumlah masing-masing ada egonya apatah lagi ibu bapa lebih banyak makan garamnya kan.
Tidak aku nafikan adakalanya hubungan aku dan Mak agak panas. Tapi baik buruknya tetap mak ayah kita.
So bagi aku, selagi mereka ada, bersabarlah. Mereka yang melahirkan, membesarkan dengan jerih perihnya... sampai masa kita sebagai anak menjaga mereka seperti mana mereka menjaga kita sewaktu kecil.
Abah.
Dulu-dulu Abah sangat garang. Tapi semakin usia meningkat, semakin pudar sifat garang Abah.
Sayang Abah.
Selesai menjamu selera dan bermaafan di pagi Aidilfitri, kitorang decide ke Titiwangsa untuk sesi outdoor photoshoot sebelum pulang ke kampung halaman. Maklumlah, bukan senang nak berkumpul begini dan bergambar bersama-sama. So kesempatan yang ada di ambil sepenuhnya.
We are family.
Nothing can break our relationship.
Di balik tabir.
Anak sulung Abah, Kak Ima mengabdi gambar bersama Mak dan Abah.
Kami adik beradik yang masih bujang pula mengambil giliran.
Adik bersama isterinya yang Sarat. Next month bertambahlah cucu Mak dan Abah.
Kak Ima sekeluarga.
Adik-adik lelaki aku.
Aku dan kak Ima bersama adik iparku.
We are ladies in the family. Hehe.
Maira pon dah semakin besar.
Adik dan Azima.
Si bongsu bersama abang dan kakak ipar.
Kesayangan ambe.
Mak dan Abah.
Cucu kesayangan Atuk.
Maira & Arif
Semakin besar dan bijak.
Sayang kamu.
Jom pulang ke kampung halaman.
We are ready.
Selesai photoshoot, aku dan kak Ima terus bergerak pulang ke Johor. Manakala adik terus ke Kepong beraya bersama mertuanya.
Dah sampai.
Bergerak dari KL pukul 11 pagi dan tiba di Panchor lebih kurang 1.15 petang. Trafik agak perlahan dari tol sungai besi sehingga ke Senawang.
Bergambar itu harus.
Lepas zohor terus pergi beraya di rumah saudara-mara di Johor. Semuanya ialah Pakcik dan Makcik Mak. So kiranya pangkat atuklah dengan aku.
Selesai beraya, bergambar lagi.
Port wajib bergambar ialah jambatan usang. Maira cukup takut nak lalu atas jambatan ni. But don't worry my dear... Jambatan ni kukuh walaupun nampak usang. Hehe.
Ke mana tempah kuah kalau tidak ke nasi. Nasib Maira rajin melayan Mak Ngah bergambar. Paksu pon sporting tukang ambik gambo. Kita geng lah! 😃
Ok dah siap Bergambo, moh le kita sambung beraya.
Balik beraya sambung Bergambo lagi. Bergambo sampai lebam. Muhahaha.
Ok, last pic sebelum kita bergerak pulang ke KL.
Tahun ni cuti raya sangat singkat. Jadi kami tidak bercadang nak bermalam di Johor. So lepas beraya, rehat sebentar di rumah Atuk. Plan asal lepas maghrib nak gerak balik ke KL tapi biasalah apabila dah berkumpul dengan sanak saudara, rasa masa terlalu singkat dan tak puas. Akhirnya pukul 10 malam baru bergerak ke KL dari Johor. Alhamdulillah, traffic sangat behave malam ni. Tiba di KL lebih kurang pukul 12 tengah malam.
Transit di rumah malam ni sebelum bertolak ke Sabak Bernam keesokan hari.
Ok, jom pergi beraya lagi!
Memandangkan kami bertolak sekali dengan kak Ima, so timing kena adjust skit. Maklumlah ada budak kecik. So kitorang decide bertolak jam 10.30 pagi. Plan asal nak singgah breakfast dulu sebelum ke Tg. Malim.
Destinasinya Tg. Malim -> Simpang Lima -> Sabak Bernam.
Ok, jom!
Kanak-kanak yang paling happy sekali nak pergi beraya ni. Rumah pertama ialah kakak Abah di Felda Sg. Tengi.
Yang paling kanan itu lah kakak Abah, Wak Yah. Biasanya time raya macam ni lah baru berkesempatan jumpa dengan cousin-cousin sekali.
Kitorg bersama dengan anak-anak Wak Yah. Inipun ada yang tak balik kg lagi.
Maira dengan dua pupunya. Seiras tak muka diorang? Hehe.
So selesai di Tg. Malim, terus gerak ke Simpang Lima. Sebenarnya Abah ada dua orang lagi kakak yang kitorang selalu ziarah iaitu di Tg. Karang dan Kuala Selangor. Tapi this year tak melawat sebab kakak Abah yang berada di Tg. Karang baru sahaja kembali kerahmatullah. Al Fatihah.
Next destinasi ialah ke Simpang Lima rumah Kakak Abah yang sulung. Memang setiap tahun akan singgah di sini dari aku kecil lagi. Banyaklah memory nya.
Abah anak bongsu di kalangan adik-beradik yang masih hidup. Sebenarnya Abah ada adik lelaki tetapi telah kembali kerahmatullah ketika remaja. Dan Abah hanya 2 beradik lelaki. Yang lain semua perempuan. Sabak Bernam ialah rumah Pakcik aku atau abang Abah. Kitorg memang sangat close dengan family pakcik aku. Maklumlah Atuk dan nenek sebelah Abah telah kembali kerahmatullah ketika aku masih kecil. Jadi kami menumpang kasih dengan abang Abah. Beliaulah yang bertindak sebagai the eldest one.
Wah detail pulak citer kali ni. Hehe. Jadi co-pilot ada la masa nak update blog. Btw, time ni aku baru je sampai rumah dari Sabak Bernam. Bertolak dari Sabak Bernam pukul 10.15 malam dan tiba jam 12.20 tgh malam. Alhamdulillah.
Jom sambung beraya di KL pulak.
with luv,
No comments:
Post a Comment