Yeay! Event lagi.
Sejak join committee VVIP Usher ni memang banyak je join event anjuran Universiti. Tapi still bergantung kepada masa dan tanggungjawab utama terhadap tugas. Selain daripada fokus dengan kerja hakiki, sesekali kenalah juga bersosial dengan rakan-rakan sekerja kan. Maksudnya, dengan join aktiviti Universiti. Barulah kenal orang. Hehehe.
Honestly, kalau berada di office aku dengan jawatan aku sekarang, memang agak sukar nak mengenali orang. Maklumlah sebagai orang teknikal, lebih banyak berada di belakang tabir. Lebih banyak deal dengan pc. Mujur jugak aku pernah berada di Pejabat Korporat... Dapatlah kenal orang.. huhu..
Ok, berbalik kepada tajuk utama, aku telah di nominate untuk duty untuk event di Kuantan lebih spesifik sempena perasmian Teaching Hospital. So, bertolak hari Isnin pagi sebab mengikut jadual, pukul 10 pagi ada briefing, rehearsal pukul 3pm dan Selasa ada full dress rehearsal bersama pihak Istana Pahang dan event sebenar ialah hari Rabu. Bas di sediakan untuk ke Kuantan.
Tapi aku bertolak hari Isnin petang sebab sebelah paginya ada discussion dengan Vendor yang telah di setkan sekian lama. So tak boleh skip. Ok, tak pe.. Kasik settle keje dulu. Aku bertolak dengan 2 orang lagi kakak-kakak Usher aku yang tak boleh bertolak sebelah pagi menaiki kenderaan sendiri. Nampak tak kegigihannya? hehe.
Uniform Usher untuk program ni warna royal blue. Ok, recycle baju lama. Memandangkan kami ni hanya di berikan hostel sebagai penginapan maka haruslah membawa semua peralatan yang sesuai kan. Maklumlah, akak dok hostel dik. Segala iron, selimut, bantal semua kita hangkut yer... ekekkeke...
Wah, ni team yang bertolak menaiki bas. Sepatutnya bertolak pukul 7 pagi tetapi malangnya bas hanya datang pada pukul 8.30 pagi disebabkan oleh miscommunication. Gigih diorang ni menunggu pagi tu. ahak. Demi Universiti tersayang... hahahah
Bilik hostel aku. Oh btw, kitorang di sediakan sebilik sorang. Konon-konon untuk privacy tapi korang tau tak, akak-akak ni bukannya berani sangat nak tidur sorang-sorang. hahhahaha... Kita tengok malam ni macam mana.
Gigih akak ni kira duit collection.
Cukup ke tidak agaknya tu. hahaha
Aku sampai di asrama penginapan dah lewat petang sebab bertolak dari Gombak pukul 3 pm. Pukul 7 pm baru sampai. Gigih pulak nak memanjat tingkat 4 bilik kitorang ni. So rehat2 sebentar sebelum kitorang plan untuk dinner malam ni. Malam ni dinner special sikit bagi meraikan perpisahan salah seorang team mate kitorang yang akan ke Jakarta untuk bertugas.
Kitorang decide buat collection untuk dinner malam ni. Yer kitorang kongsi-kongsi duit diknon... Maklumlah, ada yang kata untunglarr kami usher vvip bos yang belanja... Huhuhu... Takde maknanya dik... Tapi kitorang tak kisah, yang penting enjoy... ahak...
Dinner di Ana Petai Ikan Bakar.
Termasuk abang-abang driver dengan bos tu lebih kurang 20 orang lah jugak yang join.
Harga kat sini not bad. Perbelanjaan malam ni lebih kurang RM 450. Murah lah jugak kan... Average tak sampai RM 25 pon sorang. Order dah la banyak. Udang, ikan, sotong, sata, kailan, kangkung dan telur dadar. Ikan pulak ada 3 jenis... dengan bakarnya stimnya... ikan parinya. Memang kenyang giler lah.... Alhamdulillah.
Muka-muka ceria lepas perut kenyang.
Majlis penyampaian hadiah buat dalam bas jek. Sempoi tak kitorang...?
ekkekek
Bilik siapakah ini? Hahahha...
Kan dah kata, akak-akak ni bukannya berani sangat nak tdo sengsorang... Ni Kak Yus dengan Kak Nita.. Dorang kata, sharing is caring... Muhahahha..
Tapi malam ni aku tdo sorang je... Tidak ler join deme bentang tilam.. Acah-acah berani .. haha.. Ok dah, time to sleep. Esok kena get ready pagi².
Pagi ni keluar dari hostel pukul 7 sebab nak pergi breakfast dulu. Maklumlah, breakfast tidak di sediakan makanya moh ler kita carik makan dulu...
Jom!
Abg driver bawak kitorang breakfast kat sini. Sedap kuih-kuih kat sini weh...
Pukul 8.30 am kitorang dah ready untuk briefing dan rehearsal.
Eh, di manakah semua orang ni? Kitorang je ke yang excited? Ahak.
Dalam jadual kitorang 8.30 am briefing, 9.00 am rehearsal. Haruslah menepati masa kan. Tapi biasalah, adat melayu..... korang sambunglah sendiri....
Habis rehearsal pukul 1.30 pm. Sebelum balik kita bergambor dulu dengan baggy ni. Confirm esok tak boleh naik benda ni dah kan.
Petang ni misi mencari baju uniform untuk Kak Nita. Baju dia dah ketat katanya....
Gigih yer dari mall ke mall di Kuantan ni mencarik. Dari butik ke butik. Nasib baik jumpa. Kitorang sampai hostel lebih kurang pukul 5 petang. Malam ni dinner kat luar lagi tapi aku tak join diorang. Penat weh tawaf mall... hahhahha
IIUM Medical Centre.
Final briefing before event start.
Ready?
Of course la kat sini tepek pic yang senyum-senyum je kan...
Tapi hakikat sebenarnya, kekalutannya... Biorlah kami-kami je yang tahu. Adat lah menganjurkan event kan.
Dengan salah seorang top management. Kebetulan pulak sama color. Hahaha.
Dengan salah seorang top management a.k.a ex bos pejabat korporat.
Dengan bos baru Pejabat Korporat dan special assistant Tan Sri President.
Antara VVIP hari ni.
Ok, selesai!
Ada bergambar dengan Sultan tapi tak tahu camera mana.. Jadik, dengan kerusi Sultan pon ok jugak... Hahahhaha..
Event selesai lebih kurang pukul 1.30 pm. Terus bergegas pulang ke bilik untuk mengemas pulak. Janji dengan bas pukul 3 pm. So sempatlah balik bilik rehat dan solat dulu. Tepat pukul 3 pm kitorang pun bergerak pulang ke Gombak.
Sempat lagi singgah beli Sata dan kepok leko. Dah kenyang nak ke restroom pulak kan. So singgah lagi di RnR Temerloh. Minum petang kejap.. huhu...
Alhamdulillah, selamat sampai di Gombak kira-kira jam 7.30 pm. Memandangkan malam ni aku nak tumpang Kak Nora makanya aku terpaksalah tunggu Kak Nora sampai di Gombak. Kak Nora tak join kitorang naik bas. Aku sampai rumah lebih kurang pukul 9.30 malam. Fuhhh... Perjalanan yang meletihkan tapi happy.
with luv,
No comments:
Post a Comment