Nampak tak tajuknya. Maknanya minggu ni memang minggu makan-makan. So lupakanlah sesi diet anda. Muhahaha.
Bayangkan setiap hari ada jemputan. Makanya, makan jer lah kan. Dalam setahun, time ni je akan dapat jemputan setiap hari. Itupun bergantung. Kengkadang clash. So ada juga jemputan yang tidak pergi. Tapi tahun ni aku suka sebab susunan jemputan macam cantik je. Pandai dorang pilih tarikh....
Jemputan Syawal dimulakan dengan Puspanita Nour El Iman. Puspanita IIUM ni aktif jugak. Banyak juga aktiviti yang mereka buat sepanjang tahun. Kengkadang kita ni tak nak masuk persatuan sebab kena bayar yuran RM 5 sebulan. Tapi bayangkan dengan sumbangan RM 5 tu sebenarnya macam-macam boleh dapat dengan join aktiviti mereka. Contohnya bila mereka anjurkan kursus masakan, ahli adalah percuma. Cuba pergi kursus Kat luar, beratus-ratus ringgit kena bayar. And then, Puspanita ni adalah perjumpaan kaum wanita. So biasanya time perjumpaan ni lah tempat melepaskan stress kerja dan stress di rumah. Kalau nak cerita pentingnya berpersatuan tak cukup satu entry kot... Tapi itu lah... tak payah lah nak kedekut sangat RM 5 sebulan. Mana tahu esok lusa time kita kesempitan, persatuan ni lah yang akan membantu. Ataupun melalui persatuan ni lah kita memperolehi ilmu yang boleh jana pendapatan , siapa tahu kan... Maklumlah wanita kan bionic women.
With setiausaha Puspanita Nour El Iman, Kak Sally.
Di Majlis ni, rektor kami merasmikan World #QuranHour. Di mana, satu hari di pilih untuk satu dunia berhenti seketika dari aktiviti harian dan membaca Al Quran. Boleh bayangkan tak aura dari Al Quran apabila seluruh dunia mengalunkan ayat-ayatnya. Sama konsep dengan earth hour.
Sambung bergambar lagi. Hehe.
Kat sini je boleh nak berfoto-gedik sebab tidak ada kaum Adam. Nak karaoke, nak menarik, nak berjoget.... no problem. Bak kata our Rector, Puspanita adalah program santai untuk melepaskan tekanan. Cukup-cukuplah seharian kita sibuk dengan kerja-kerja serius dan urusan rumah tangga yang memenatkan. So time for ourselves. Haaa gitu kan.
Geng Bas Skola. Hehe.
Ok, next jemputan keesokannya ialah dari Pejabat Qualiti. Tak de gambar sebab asyik sangat makan laksa penang. Sedap weh laksanya sehingga menjilat mangkuk. Memang marvelous. Cukup pedas, masin, masam dan ikannya. Eh.. memang sedap lah.... tak terkata....
Ok, next jemputan ialah opis aku sendiri. Tapi yang ni aku buat entry lain sebab banyak sangat pic nyer.... Jenuh pulak nak scroll down nanti ka.
Ok, next ialah jemputan dari Residential Services Department. Pon tak de pic sebab ramai sangat orang nya.... cam segan pulak nak bergambo kan... Kat sini aku pilih laksa Johor. Sedap. Maklumlah, bila hari-hari ada jemputan, kita ada banyak pilihan menu. Tapi kalau nak makan semua memang boleh meletup perut... muhahaha... Antara menu wajib ada ialah, lemang, rendang, sate, nasi impit, kuah kacang.... eh macam-macam lagik la. Tak larat nak senaraikan. Hehe.
Ok, so next ialah jemputan dari former ofis, Pejabat Korporat.
Tapi kan...... ada satu je pic... sebab makanan sedap dan asyik sangat menyembang sampai lupa nak bergambo kenangan.
Paling banyak aku makan kat sini kot. Dengan beriani kambingnya... sotonya.... sate nya... kek nya... agar-agar koko yang super yummy... pergh. Memang best... dengan garlic bread dan mushroom soup nya.... sengkuang calit.. kuah durian cicah roti.... eh, banyak nya aku makan.... hahahha.... serius semua sedap... itupun ada juga yang tak makan sebab dah kenyang giler....
Dah kenyang, menyesal pulak makan. Aduhai... ok, sekian untuk cheating month. Orang diet selalu ada cheating day kan... hah ni aku hambik cheating month terus... muhahaha.. Menangislah ko nak diet pas ni za.... Dalam mind dah setting lepas ni samada puasa atau eat clean.....
WAJIB untuk kekalkan berat badan idaman. 😂😂😂
P/s: oh btw, ada 2 jemputan lagi yang belum selesai... hahhaha...
wiTh luv,