Monday, March 2, 2015

BBQ Day with my family


BBQ day with my family sempena CNY.
Cadangan asalnya apabila salah seorang adik aku minta mak perapkan bahan-bahan untuk BBQ sebab dia teringin nak makan. So, dah alang-alang nak berBBQ, maka sesi jemputan pon bermula. Kebetulan pula Boy pon bercuti 4 hari. So agak seronoklah untuk berkumpul kan. Semua adik-beradik pun ada. 

Asalnya, aku tak adalah plan nak buat apa-apa pun. Cuma terfikir nak buat black pepper source dengan garlic bread. Google je resepi. 

Garlic roll
Roti garlic ni aku buat sendiri. Main campak-campak dalam bread maker lepas tu tinggal. Haaa tunggulah siap di uli dalam tempoh 1 jam setengah. Garlic spread tu pon aku buat sendiri. Tapi kalau aku canai nipis sikit mesti lagi mesra rasa garlic tu. Tak pe, first try. Pas ni pandai dah... buleh derhaka kat resipi... hehhehe

Ini ialah potato salad. Adik ipar aku yang buat.
Sampai je rumah, dia mintak tolong aku adjust rasa potato salad ni. 
"Kak Iza, tolonglah orang adjust rasanya... orang rasa tak sedaplah..." 
I is like...what? Haluuu... Akak pon tak penah makan potato salad ni tau. hehhehe...
Ok la, nak sedapkan hati adik ipar, aku pon rasa.... Aku rasa ok je.. yer la mungkin tawar sikit tapi itukan memang sifat kentang. Kentang akan absorb garam dan rasa yang lain. So tak de hal punyalah... Bila aku kata, ok ni... letak black pepper source confirm sedap. Baru dia puas hati. Kalau tidak, muka cam nak nanges sebab masak tak sedap.. hahahha... Oh adik ipar!



Udang, ayam dan daging memang mak aku dah marinate siap-siap. 2 hari 2 malam kot marinate. Confirm semua rasa mesra kan.. kalau tak cukup mesra lagi tak tahulah kan... hheheheh
So tukang bakar mestilah adik-adik bujangku. Kakak tukang makan... ;-)

Mushroom soup ni aku masak. Serius sedap. hahhahah... Masuk bakul nampak..
Eh, tak... memang sedap.. Abang ipar aku pon puji sedap.. siap cakap lebih sedap dari pizza hut tau... haru sungguh. Resipi ehsan en gugel. Nanti kat entry lain aku bagi resipi penuh yer. Ishhhh... memang serius sedaplah... Tak sangka buat dia senang jer...

Black pepper source. 
Cubaan pertama yang menjilat jari. Ahak. Serius weh, resepi ni memang menjadi. Aku sangat puas hati... Boy siap cakap, kakak, pas ni kakak dah boleh bukak kedai makan western... hahhaha.. Yang ni pun senang je buatnya..

The making of garlic roll. 
Nak bakar garlic roll kena masuk loyang yang muat-muat letak rapat-rapat. Aku guna loyang cam terbesar sikit so roll tak berapa jadik bila di bakar jadik kembang and terbukak. Tapi rasa tetap tak kalah okey... ;-)

Adunan kedua roti. Lepas dah siap satu adunan, aku buat lagi satu adunan. Cam biasa, campak je dalam breadmaker. Tapi kali ni mak mintak buat roti kosong je. Boleh makan dengan mushroom soup. So simple jer la roti ni. Masuk satu loyang. Settle.

Aku kira-kira semula kos untuk BBQ Day kitorang ni dalam seratus lebih je. Untuk 11 orang makan. Siap boleh tapau lagi udang, ayam, daging ngan mushroom soup tu. Kiranya memang puas makanlah. Rasa pun sedap. Memang puas hati. Cubaan berBBQ di rumah menjadi. Lepas ni boleh plan BBQ lagi. Semuanya masak sendiri.... Haaaaaa... memang best.




with luv,

No comments:

Post a Comment