Thursday, March 19, 2015

Bisnes semakin berkembang



Assalammualaikum wbt,

Hari ni tak ada apa sangat nak cerita cuma nak ucapkan kesyukuran di atas nikmat yang telah Allah berikan. Alhamdulillah. Perniagaan Shaklee semakin berkembang. Ramai juga yang tahu aku jual Shaklee. Kalau dulu malu-malu nak bagitahu, sekarang ni dengan bangganya bagitahu, yer saya jual Shaklee.... ;-)

Bisnes seperti pokok yang memerlukan biji benih. Jika tidak di semai, mana mungkin tumbuh pucuknya kan. Itulah ibarat sebuah perniagaan. Hari ni kita semai, belum tentu esok berbunga... Menanam pokok memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi. Dari biji benih yang di semai, memerlukan air setiap hari dan baja beberapa kali seminggu. Setiap hari rutin yang sama dan perlukan konsisten sebelum ianya bertunas. Apabila bertunas, masih memerlukan perhatian kita. Perlu meneruskan rutin setiap hari menyiram air dan menabur baja tetapi ketika ini memerlukan kita menyembur racun serangga pula untuk memastikan tunas ini dapat hiduy dan membesar. 

Begitulah ibaratnya dunia Shaklee aku. Hasil dari semaian tempoh hari, nampaknya sudah ada tunas yang tumbuh. Alhamdulillah. Harap-harap tunas ini akan tumbuh dengan sihat. Besar impian aku bersama Shaklee. Terlalu besar. Cukup sahaja aku katakan, aku ingin berzakat berpuluh ribu kalau boleh. Sekurang-kurangnya boleh berkongsi bersama mereka yang lain. Ukhwah yang terjalin di dalam group aku juga sangat utuh. Yang paling penting, masing-masing ingat mengingati akan tanggungjawab kita kepada ibu bapa dan yang Maha Pencipta. 

Jujurnya, inilah perniagaan pertama yang aku ceburi yang mengajak dan menyeru untuk memantapkan rohani, menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Pencipta. InshaAllah. Ini yang aku cari. Kaya Dunia dan Kaya Akhirat.

Mahu bersama-samaku? Memanfaatkan 9/10 rezeki yang Allah janjikan?
Jom mulakan perniagaan anda hari ini. Bimbingan akan di berikan. Sama-sama berganding bahu, berpimpin tangan menuju ke puncak jaya. 

Layari Cinta Health untuk keterangan lanjut. ;-)



with luv,

No comments:

Post a Comment