Saturday, March 21, 2015

Kamus oh kamus



Minggu lepas Boy request nak beli kamus Biology. Honestly, aku pon tak tahu ada kamus biology ni. Haha.. So, gigihlah last weekend ke Popular mencari kamus ni. Tak ada ye kamus ni di Popular. 

Hari ni aku ajak pula Boy ke Pustaka Mukmin di Jalan Tar. Nak beli buku Ulum Al quran. Sebelum ni dah pergi ke Pustaka Mukmin tapi tiada. Mungkin stok tak sampai lagi kot sampailah ada parent yang bagitahu kata Ulum Al Quran ada di Pustaka Mukmin. Gigih la si kakak ni ke Jalan Tar sekali lagi.

Alang-alang menyeluk pekasam, cari sekali kamus Biology ni. Mujur ada. Alhamdulillah. 
Selesai buku wajib beli untuk Boy. Oh btw ada satu lagi buku yang perlu di beli iaitu Akidah dan Pembangunan, yang ni memang tak terbit dah. 

Susah betul nak cari buku-buku yang digunakan Boy di kolej Permata Insan. Mungkin sebab batch pertama. Apa pun, mudah-mudahan Boy dapat menimba ilmu di sana dan dapat mencapai visi KPI menjana cendekiawan Islam. Inshaallah.



with luv,

No comments:

Post a Comment