Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Illahi, impian my little brother untuk menyambung pengajian ke Kolej Permata Insan akhirnya tercapai. Satu kejayaan yang agak membanggakan. Tidak ada kata yang dapat diungkapkan. Selain dari tawaran melanjutkan pelajaran di Kolej Permata, Boy juga terima tawaran ke SBP Sekolah Menengah Agama Kajang dan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan.
Kalau ikutkan pilihan Boy, yang pertama ialah Kolej Permata dan kedua Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan. Tetapi memandangkan Boy bersekolah di Selangor agak sukar untuk mendapat SMAWP ni. Tapi siapa tahu rezeki Allah. Aku memang selalu pesan pada Boy, jangan berhenti berharap. Alhamdulillah, Boy di panggil sesi interview untuk kemasukan ke SMAWP walaupun harapan tipis. Jangan berhenti berusaha. Ketika sesi interview ni, Boy masih dalam program intensif untuk pemilihan ke Kolej Permata. Selagi belum ada surat tawaran, selagi itu perlu berusaha.
Pada hari terakhir program intensif Permata Insan, selepas menjalani ujian demi ujian, cabaran demi cabaran, Boy di terima masuk ke Kolej Permata Insan.
Tidak lama selepas itu, Boy juga terima tawaran ke SBP SMKA Kajang. Beberapa hari sebelum kemasukan sesi persekolahan 2015, Boy terima pula tawaran ke SMAWP seperti yang diidamkannya. Akhirnya, Kolej Permata Insan yang menjadi pilihan Boy kerana modul pembelajarannya berasaskan pembangunan aqli & naqli. Seimbang antara sains teknology dan agama.
Kemasukan Boy ke Kolej Permata Insan adalah batch yang pertama. Agak gusar sebenarnya, maklum sahaja, keberkesanannya belum teruji. Namun apabila di fikirkan semula, ketika pemilihan Boy ke Kem Permata Insan yang pertama ketika usia 8 tahun dahulu pun tak tahu isi kandungannya sehinggalah kami tawakal. Alhamdulillah, tidak silap percaturan kami membenarkan dia untuk menyertai Kem Pemata Insan dahulu.
17 January 2015 mencatat sejarah. Kemasukan pertama Kolej Permata Insan, USIM.
Kami bertolak awal. Jam 7.15 am kami dah bertolak ke USIM. Pendaftaran bermula jam 8.30 am - 10.30 am. Excited muka Boy nak masuk asrama.
Mujur Boy pilih Kolej Permata sebab risau juga kes buli yang semakin berleluasa sekarang ni agak menggusarkan. Batch pertama mungkin kes buli tiada. Lebih lagi mereka dah mengenali sesama mereka seawal usia 8 tahun.
Akhirnya Kompleks Permata Insan di USIM siap seperti yang dirancangkan.
Anak syurga yang menjadi kebanggaan.
Moga terus cemerlang dan mampu membawa misi dan visi Permata Insan untuk melahirkan cendekiawan Islam.
Serba baru.
Walaupun masih ada kekurangan, tetapi kemudahan asas telah tersedia. Lantai yang berdebu membuatkan kami ibubapa memilih untuk berkongsi wang ringgit memasang tikar getah.
Alhamdulillah. Semua parent juga memberikan kerjasama bagi memberikan keselesaan anak-anak untuk menuntut ilmu.
Sebilik menempatkan 2 & 4 orang pelajar. Boy dapat 4 orang sebilik seperti yang dia mahukan. Taknak duduk berdua katanya tidak happening. Hehe.
Untuk bilik Boy, parent2 bersetuju untuk menambah tikar getah, penyidai tuala, carpet kecil dan alas kaki. Kerjasama yang superb. Alhamdulillah.
Aku tengah memeriksa barangan yang di terima ketika sesi pendaftaran.
Setiap pelajar di bekalkan cadar dan sarung bantal. Selain uniform blazer, seluar slack, kemeja, t-shirt dan baju melayu yang di bayar ketika pendaftaran. Sesi fitting telahpun di buat awal ketika kem intensif tempoh hari.
Surau merangkap kelas tasmiq.
Jadual takwim setahun.
Sementara menanti sesi taklimat untuk ibubapa.
Ketika sesi taklimat ini ibubapa di terangkan mengenai modul pembelajaran, hal ehwal pelajar, silibus dan sebagainya.
Ini yang paling aku tunggu-tunggukan. Nak tahu silibus pembelajaran. Kalau ikutkan ketika taklimat, silibus pembelajaran mengikut silibus permata pintar tetapi di tambah modul USIM yang menekankan konsep islamik (hafazan,bahasa arab). Pelajar juga bukan sahaja belajar bahasa wajib, english, bm & b.arab tetapi di tambah dengan bahasa ke 4 seperti bahasa German dll mengikut keperluan. Konsep pembelajaran mereka adalah mengikut Kementerian Pelajaran tetapi lebih advance (Advance Learning). Mereka juga akan mengambil peperiksaan PT3 & SPM seperti pelajar lain cuma mereka di benarkan mengambil international exam seperti O Level dsb mengikut pencapaian pelajar.
Oleh sebab pembelajaran mereka berkonsepkan advance learning, so mereka tiada buku teks. Semuanya bergantung kepada nota dari lecturer. Buku rujukan juga menggunakan international reference book yang aku pon tak tahu berapa kosnya. Huhu.
Bagi permulaan, pelajar akan bermula dengan Program Pemerkasaan Personaliti (PPP) selama 40 hari. Program ini menekankan konsep seperti solat berjemaah, tidur seketika di tengah hari mengikut sunnah Nabi, tasmiq, bacaan al quran sebelum tidur malam dan pelajar juga di bahagikan kepada kumpulan kecil yang di gelar Baiti Jannati. Di dalam kumpulan ini, pelajar di bahagikan kepada kumpulan kecil 3 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar wanita bersama seorang pensyarah pembimbing.
Setiap aktiviti akan di pantau oleh pensyara masing-masing dalam tempoh 40 hari. Ibubapa juga di minta memantau anak-anak Permata Insan ketika di rumah apabila cuti.
Semoga kumpulan pertama Kolej Permata Insan ini dapat menjadi pelopor kepada anak-anak permata insan yang lain.
Ameen.
with luv,
salam..anak pakcik akan ke kpi sessi 2016 ni..setahun boy di sana macam mana perkembangannya..pembelajaran dan hafazan maca mana..
ReplyDelete