Tuesday, March 31, 2015

Jom tukar GST kepada G** S****** T****



Propa sangat kan tajuk... Last weekend aku ke Tesco Nilai selepas melawat adik di USIM. Punyalah ramai orang. Mashaallah. Pagi tu, Mak aku ke NSK pon sama juga kata Mak. Orang semua bershopping. Tak jadi Mak nak beli barang. Bayangkan di rak jualan kebanyakannya kosong. Penangan nak GST atau memang dah gaji. Entahlah.... 

Aku tengok harga barang tidaklah murah mana. Ada yang dah naik pun harganya. Kawan-kawan yang buat kek semua dah merungut harga bahan mentah untuk buat kek naik mendadak. Sempat berborak dengan pemilik Pusat Jahitan tempat aku mengajar mengenai kenaikan harga barang ni. Dia kata harga sebilah gunting jahit naik RM 3. Nampak macam sikit, tapi banyak juga sebenarnya. Cuba bayangkan kalau beli 10 bilah untuk di jual... Modal tambahan RM 30 di perlukan.

Berdasarkan penilaian Aku, harga barang dah start naik sebelum implement GST lagi. Nilai duit semakin rendah. Nampaknya, belanja rumah untuk Mak terpaksa di tambah bulan ni. Mana tidaknya, kalau dulu cukup RM 700 untuk sebulan... Selepas GST? hmmm..... Apa pilihan yang kita ada? Laluilah dengan tenang. Belanjawan bulanan terpaksa revise semula. Rata-rata dari kalangan kita terpaksa melaluinya. Maklumlah, gaji sama setiap bulan kan. Tiada peningkatan pun. Kalau fikir sudut negatifnya memang perit. Bayangkan mereka yang mempunyai belanja isi rumah hanya paras hidung ketika ini, bagaimanalah nasib selepas GST agaknya? 

Jom lihat dari sudut positif pula. Letihlah nak tengok negatif je kan. Sakitnya tuh di sini...  Bila kita tertekan, kita akan cuba untuk keluar dari comfort zone kita... betul tak? Jadi, dah tiba masanya untuk kita keluar dari zone selesa ini yang sebenarnya tidak selesa mana pun. Sudah tiba masanya pendapatan di gandakan. Jika tidak, kita mungkin termasuk di dalam statistik rakyat miskin bandar. 

Pilihan aku ialah Shaklee! Aku betul-betul mahu tukarkan GST kepada Get Shaklee Today. Di samping untuk menjaga kesihatan, Shaklee menawarkan peluang menjana pendapatan. Malah Shaklee bukan sahaja menawarkan CASH bonus...... CAR  bonus juga di bayar di dalam bentuk CASH ... dan dapat FREE TRIP Umrah / Jalan-jalan oversea lagi tau.... di taja sepenuhnya... Best kan? 

Jalan atau tidak itu bukan kepentingan utama. Yang paling utama ketika ini ialah MENGGANDAKAN PENDAPATAN!! Betul tak? Kalau pendapatan di takuk lama.... Bagaimana agaknya.

Jom Tukar! Pendaftaran sebagai ahli hanya RM 79.50 atau PERCUMA dengan setiap pembelian RM 6++. Mulakan langkah yang pertama ini, kerana tanpa langkah pertama tidak mungkin akan ada langkah berikutnya. Beri peluang kepada diri anda untuk KAYA!


Untuk keterangan lanjut bolehlah layari www.cintahealth.com yer. 

Sudah tiba masanya untuk kita HELP OTHER TO HELP OTHERS!!




with luv,

Sunday, March 29, 2015

Amaryllis Spa


Hai semua!
Hari ni gi hantar my Mak ke Amaryllis Spa untuk sauna. Jangan main-main ok. My Mak sekarang dah pandai gi spa.. Hehe... Sape yang ajar? Siapa lagi kalau bukan anak bertuah dia ni kan. Hehehe.

Sementara Mak dok dalam sauna tu, meh kita selfie dulu. Tak de kerjalah kau kan Jah... Selfie tak habis-habis. Muhahaha... Haruslah tuan rumah kedaung feeling feeling poyo kan. Ahak.


Ni lah suasana di dalam Amaryllis Spa. Sedap je mata memandang kan? Memang tenang pon. 

Nampak tak teko putih yang comel tu? Setiap customer yang datang, diorang hidangkan air halia yang di campur madu. Hmmm... Segar ok. Buang segala angin dalam badan. Aku sukaaaa... Air halia ni bukan untuk customer je tau. Untuk orang yang sedang menunggu customer macam aku pon boleh minum. Hehehe.

Fountain ni kadang-kadang diorg on kadang-kadang diorang off. Mungkin aku sampai ni pagi lagi agaknya, so diorang belum on lagi. Kalau tidak, bolehlah dengar desiran air yang mengalir. Serius sedap telinga mendengar. Menenangkan.

Waiting area untuk tetamu. Menggunakan hiasan kayu jati. Sangat village kan.

Ini antara produk yang mereka gunakan jenama Adania. Produk yang berasaskan semulajadi. Facial wash dia wangi ok. Segar je rasa. 

Aku ingat nak cuba dan beli, tapi beauty consultant tu tak bagi ok. Hahhaha... Korang pernah alami, nak beli tapi penjual tak kasi? Ops, jangan salah faham yer. Bukan diorang tak nak jual. Sebenarnya, produk ni berasaskan semulajadi, so kalau nak beli, better ambil full set. Untuk mengelakkan kesan tindak balas yang tak elok sekiranya di campur dengan produk lain. Di sebabkan aku still nak pakai produk kesukaan aku Nutriwhite tu, makanya diorang tak mahulah jual. Takut naik kesan jerawat katanya nanti customer salahkan produk mereka. 

Ok fine! Tak pe everymonth kan aku buat facial kat sini, dapatlah menikmati kesegaran pencuci muka Adania ni. ;-)

Tak adalah pulak naik jerawat muka aku ni after facial tu kan.


Loofah for face. Harga RM 15. Sebagai ahli VVIP, aku dapat less 15% untuk semua produk mereka. Loofah ni macam menarik tau. Berfungsi sebagai scrub muka. Seminggu boleh gunakan 2 atau 3 kali sahaja bagi membuang sel-sel mati.

Ini area untuk foot bath. So kalau korang ambil foot bath, kat sinilah korang akan berehat sambil merendam kaki di dalam air suam yang di campur dengan bunga lavendar dan garam bukit. Syok wooo... Sesekali manjakan kaki apa salahnyakan. Penat ok kaki berkerja setiap hari.

Hair treatment area. Entry sebelum ni aku dah pernah cerita yang aku ambil pakej hair treatment kan? 

Hair treatment pakej dia memang best. Urutan kepala, mask, stim... Laser lagi. Memang bestlah. Recommended. Oh, btw diorang bagi herba mask. So bau herba agak kuat.  Untuk kurangkan bau herba, korang boleh add on papaya mask, baunya lebih harum gitu. Aku hari tu tak tambah pun sebab aku nak tengok berapa lama bau herba kat rambut tu boleh bertahan. Lebih seminggu ok. Itupun dah 2 atau 3 kali aku syampoo dengan rejoice, bau herba masih ada. Bagi yang tak suka bau jamu ni, baik uols add on papaya mask tu. Cuma satu yang aku rasa tidak berbaloi untuk hair treatment ni ialah trim rambut diorang charge RM 15. Which is trim sikit hujung rambut je. Bukannya potong rambut style layer ke apa. So kalau nak jimat, korang tak payahlah trim hujung rambut tu. Hehehe. Yang lain, sangat recommended. Puas hati!



Secara jujurnya, Amaryllis spa ialah spa yang menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan servis yang mantap. Selain dekorasi yang cantik. Bagi aku, penting dekorasi atau interior bagi sebuah spa. Bayangkan orang yang datang spa ni ialah orang yang nak rest. Rest badan, rest minda, rest otak semualahkan. So, benda ni semua memainkan peranan. 

Cuma satu cadangan aku, alunan muzik juga penting ketika treatment.. Mungkin di masa akan datang, Amaryllis boleh extend speaker muzik ke dalam bilik-bilik rawatan. Baru sedap telinga mendengar. Sekarang ni, muzik yang diorang pasang hanya di area front desk je yang dengar. Apa pun, ini adalah cadangan untuk penambahbaikan. 

Service memang mantap. Dari sauna, urutan badan, facial dan hair treatment semuanya aku puas hati. 

So kalau korang ada yang berhajat nak ke spa, bolehlah cuba datang ke Amaryllia Spa. Aku yakin korang jugak akan puas hati.




with luv,

Sunday, March 22, 2015

Air fryer idaman hati...

Siapa ada air fryer? Best kannn??
Memang best. Senang sangat. Yang paling penting dapat reduce penggunaan minyak.

Aku dah lama aim air fryer ni. First time aku tengok jenama Philips. Tapi harganya hamek ko RM 1k ++. Tapi masa tu ada promo dapat harga RM 8++. But still.... Kena fikir 3-4 kali kalau nak beli. So kiv dulu. After a year, tgk ada jenama lain pulak. Harga murah sikit. Yang made in China pon ada jugak tapi tak tahu la kualiti macam mana kan.

Aku punya ni jenama Khind. Beli kat lazada je. Baru RM 349. Fungsi sama je ngan Philips ni. Kira ok lah kan. Made in Malaysia. 

After a week baru nak cuba. Panggang ayam madu. Ayam pon beli yang dah siap marinate. 


 Haa. Ni lah kepak ayam ready made. Dah siap marinate. Aku beli sepeket ada 5 ketul RM 9. Memang sangat berbaloi. Beli kat kedai kepak ayam satu set ada 5 ketul pon dah berapa ringgit kan. Kecik pulak tu saiznya. Yang ni besar dah banyak isi. Kira puaslah makan.

Pakai air fryer ni senang tau. Tak payah defrost pon. Keluar je peti ais terus masuk aor fryer. Set suhu, set masa... Settle. Tuggulah dia masak. 
Ayam madu ni aku set suhu 180° selama 35 minit. Nak bagi garing... 

Senang sangat nak guna. Masukkan ayam, set suhu, set masa dan tinggal. After 15 min, buka dan terbalikkan ayam supaya ianya masak sekata. Senang tak? Dah campak ayam dalam air fryer ni, boleh sambung buat kerja lain. 

Yang paling penting less oil. Banyak sangat kurangnya. Kalau pakai minyak pun, hanya lebih kurang 2 sb sahaja.





with luv,

Saturday, March 21, 2015

Kamus oh kamus



Minggu lepas Boy request nak beli kamus Biology. Honestly, aku pon tak tahu ada kamus biology ni. Haha.. So, gigihlah last weekend ke Popular mencari kamus ni. Tak ada ye kamus ni di Popular. 

Hari ni aku ajak pula Boy ke Pustaka Mukmin di Jalan Tar. Nak beli buku Ulum Al quran. Sebelum ni dah pergi ke Pustaka Mukmin tapi tiada. Mungkin stok tak sampai lagi kot sampailah ada parent yang bagitahu kata Ulum Al Quran ada di Pustaka Mukmin. Gigih la si kakak ni ke Jalan Tar sekali lagi.

Alang-alang menyeluk pekasam, cari sekali kamus Biology ni. Mujur ada. Alhamdulillah. 
Selesai buku wajib beli untuk Boy. Oh btw ada satu lagi buku yang perlu di beli iaitu Akidah dan Pembangunan, yang ni memang tak terbit dah. 

Susah betul nak cari buku-buku yang digunakan Boy di kolej Permata Insan. Mungkin sebab batch pertama. Apa pun, mudah-mudahan Boy dapat menimba ilmu di sana dan dapat mencapai visi KPI menjana cendekiawan Islam. Inshaallah.



with luv,

Thursday, March 19, 2015

Rezeki hari ini...


Di saat malas menguasai diri, rezeki yang datang sangatlah di hargai. Malas sungguhlah nak pergi lunch hari ini. Ingat tadi nak minum ESP je. Sekali ada yang baik hati hantar sandwich cheese bersalut telur dengan jambu potong. Terima Kasih daun keladi. Next time belanjalah lagi... Hehehhee

Rezeki adalah rahsia Allah. Kita tak pernah tahu apa yang akan diberikan kepada kita. Allah hanya mahu kita berusaha, selebihnya urusan Dia. Mungkin nampak sedikit sandwich dan jambu ni tapi cuba bayangkan jika ianya sampai di saat kita memerlukan. Janji Allah itu pasti. Tidak lewat dan tidak cepat.

Begitulah juga duit RM 1 jika sampai ke tangan fakir adalah seribu rahmat bagi mereka tetapi jika RM 1 sampai ke tangan seorang hartawan, apalah nilai yang ada.

Caiyok Eza!
Usaha. Usaha. Usaha.
Untuk rezeki hari esok.

Nak order suplemen?
Layari page ni.



with luv,

Bisnes semakin berkembang



Assalammualaikum wbt,

Hari ni tak ada apa sangat nak cerita cuma nak ucapkan kesyukuran di atas nikmat yang telah Allah berikan. Alhamdulillah. Perniagaan Shaklee semakin berkembang. Ramai juga yang tahu aku jual Shaklee. Kalau dulu malu-malu nak bagitahu, sekarang ni dengan bangganya bagitahu, yer saya jual Shaklee.... ;-)

Bisnes seperti pokok yang memerlukan biji benih. Jika tidak di semai, mana mungkin tumbuh pucuknya kan. Itulah ibarat sebuah perniagaan. Hari ni kita semai, belum tentu esok berbunga... Menanam pokok memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi. Dari biji benih yang di semai, memerlukan air setiap hari dan baja beberapa kali seminggu. Setiap hari rutin yang sama dan perlukan konsisten sebelum ianya bertunas. Apabila bertunas, masih memerlukan perhatian kita. Perlu meneruskan rutin setiap hari menyiram air dan menabur baja tetapi ketika ini memerlukan kita menyembur racun serangga pula untuk memastikan tunas ini dapat hiduy dan membesar. 

Begitulah ibaratnya dunia Shaklee aku. Hasil dari semaian tempoh hari, nampaknya sudah ada tunas yang tumbuh. Alhamdulillah. Harap-harap tunas ini akan tumbuh dengan sihat. Besar impian aku bersama Shaklee. Terlalu besar. Cukup sahaja aku katakan, aku ingin berzakat berpuluh ribu kalau boleh. Sekurang-kurangnya boleh berkongsi bersama mereka yang lain. Ukhwah yang terjalin di dalam group aku juga sangat utuh. Yang paling penting, masing-masing ingat mengingati akan tanggungjawab kita kepada ibu bapa dan yang Maha Pencipta. 

Jujurnya, inilah perniagaan pertama yang aku ceburi yang mengajak dan menyeru untuk memantapkan rohani, menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Pencipta. InshaAllah. Ini yang aku cari. Kaya Dunia dan Kaya Akhirat.

Mahu bersama-samaku? Memanfaatkan 9/10 rezeki yang Allah janjikan?
Jom mulakan perniagaan anda hari ini. Bimbingan akan di berikan. Sama-sama berganding bahu, berpimpin tangan menuju ke puncak jaya. 

Layari Cinta Health untuk keterangan lanjut. ;-)



with luv,

Wednesday, March 18, 2015

4 Permintaan Rasulullah Pada Siti Aisyah Sebelum Tidur




Rasulullah صلی اللہ علیہ وسلم berpesan kepada Siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran....
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat...
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau...
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah... “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran...


2. “Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat.... “


3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau..



4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah...

* Tasbih (Subhanallah)
* Tahmid (Alhamdulillah)
* Takbir (AllahuAkbar)
* Tahlil (Laa ilaha Illallah)

sumber : sportmusang

with luv,

Saturday, March 14, 2015

Kids activity


Maira dan Arif sedang merwarna menggunakan water colour. Suka sungguh mereka. Mak Ngah rajin nak melayan. 

Aktiviti hujung minggu. Pagi-pagi lagi Mak Ngah dah ambil mereka di Nissan service centre. Mummy dengan Papa pergi service kereta so Mak Ngah kidnap diorang. Ahak. 

Dari pagi tengok kartun. Tengah hari dah mula bosan. Mak Ngah memang tak bagi main tab jadi Mak Ngah kena divert perhatian mereka dengan aktiviti lain. So end up dengan aktiviti mewarna. Maira dan Arif nampak happy bermain dengan brush.

Arif dan pink color.

Water colour Pak Su menjadi mangsa. Hehe

Yeay! Ini hasilnya. Pelbagai warna. Lepas ni kita keringkan ye. Lepas boleh main teka warna pulak.

Apa pun, aktiviti macam ni sangat bagus untuk mengisi masa lapang. Biarkan mereka berkreativiti. Jauhkan gadget dari kanak-kanak. Masa untuk mereka explore dan berimaginasi. 




with luv,

Saturday, March 7, 2015

Amaryllis Spa yang best



Last week, aku buat pekerjaan gila apabila tiba-tiba rasa nak pergi spa keesokannya. Di kala jarum jam menunjuk ke angka 12 tengah malam, mana mungkin untuk membuat tempahan spa. Ok, dengan penuh kegigihan menggugel spa yang best di sekitar Wangsa Maju. Terjumpa review tentang Amaryllis Spa ni. Yes aku tahu Spa ni tapi tak pernah cuba. So, terus decide esok nak gamble pergi Spa ni. Harap-harap ada kekosongan.

Keesokannya, aku call Spa ni tanya slot kosong ada tak untuk hari ni. Sedihnya, fully book. Oh, aku dah frust dah time ni. Mungkin tak ada rezeki kan. So aku round area Taman Melewati mencari Spa. Gigihkan. Pusing punya pusing hati tetap nak ke Amaryllis Spa. Aku call lagi sekali, tak pe la tak boleh buat body treatment, try buat hair treatment jerla. Memang nak jadi rezeki agaknyakan. Aku call tanya boleh tak nak buat hair treatment, beautician cakap boleh. Lepas tu aku tanya lagi, ada slot tak kalo nak add on massage je, beautician cakap ada boleh buat. Wah happynya. Yang lagi happy masa aku call tu dalam pukul 11.30 pagi. Boleh walk in pukul 12. Apa lagi, berdesup la drive terus ke Amaryllis. 

Rupanya, ada customer yang cancel booking. Sebab tu aku dapat slot pagi tu. ALhamdulillah rezeki. Plan asal nak hair treatment dengan full body massage kan? End up aku subscribe VVIP members dan tambah hair treatment. Actually masa tengah hair treatment tu, beautician suggest aku ambik pakej hair treatment sebab masalah keguguran rambut yang agak kronik. huhu. Kalau register as VVIP member akan dapat extra discount lagi. So dia explain berkaitan membership as VVIP member. Menarik giler... hahhaa... Subscribe annual fee RM 350 dapat FREE sauna every week, basic facial sebulan sekali, dapat pakej spa one time redemption, less 20% untuk produk dan 20% untuk semua pakej kecuali pakej promo. Oh, btw harga membership VVIP Rm 350 tu harga promosi. Harga biasa RM 399. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatanglah kan. Aku terus subscribe as VVIP member and terus redeem facial, sauna dan spa. Hahhhh.. hambek... seharian kat Amaryllis ni. Nak sangat pergi spa kan... Dari pukul 12 sampai pukul 6.30 baru selesai... fuhhhhhh... best. memang best. Tak sempat langsung nak ambik pic. Tak pe, nanti aku pergi tetiap minggu nak buat sauna aku ambik pic banyak... hehhehe... 

Btw, Amaryllis ada juga VIP member. Just 1++ je untuk setahun. Cumanya tak dapatlah benefit sebanyak VVIP member kan. Tapi rasanya untuk FREE sauna dan facial tu pon ada dalam pakej VIP member. So ikut uols lah nak pilih mana... ;-)

Selamat berspa! 


with luv,

Friday, March 6, 2015

Idea Susun ATur Pejabat Soho


@ 12.23 am
depan ultrabook

Ada yang masih berjaga lagi ke? Malam ni ada mood nak update blog. Bila bukak blog tengok-tengok bulan lepas langsung tak ada entry. Oh, kelaut sungguhlah mood ni. Kehidupan macam biasa, ada up and down. Lebih banyak down daripada up kot. Alhamdulillah, aku masih tegar berdiri untuk meneruskan perjalanan kehidupan hari ini.

Btw, berjaga malam ni memang laparkan... hahhahah... Hari ni tewas melawan nafsu. Makan juga nasi sekepal tadi berlaukkan ikan bilis di goreng dengan belacan dan cili padi. Sebab tengok lauk yang paling simple ni yang kecur air liur. Terus capai pinggan senduk nasi. Haih la. Maka sekarang sudah segar bugar. Boleh update blog sambil layan Cinch Energy Tea.

Sempat berjalan-jalan di blog, terjumpa idea tentang susun atur pejabat SOHO. Oh! suka..... Dah lama aku mengidam nak ada pejabat SOHO di rumah. Tetapi keadaan masih belum mengizinkan. Belum mengizinkan dari sudut ruang dan keadaan rumah. Tak pe, kita berangan dulu ye. Tak kene bayar pon berangan ni kan... ;-)

Sumber : 66 Idea Untuk Membina Pejabat Soho di Rumah Kediaman Anda.

Ini idea SOHO combine dengan bilik tidur. Aku suka jenis yang moden style. Ringkas tapi menarik. Dengan color yang, ruang nampak luas macam hijau dan putih ni. Sukalah dengan susun atur yang ni. Always my first choice. Oh, putih.... kelihatan sungguh suci di situ. Ni boleh bangun tidur terus berkerja ni... hhahaha

Siapa kata ruang yang sempit tak boleh jadi SOHO. Boleh, dengan syarat barang tak banyak. hehhehe.. Kalau ikut susun atur yang ini, tak nampak pulak almari bajunya kan. Mungkin almari baju kena masuk dalam bilik lain. 

Yang ni nampak cam vintage sikit. Tapi aku suka sebab simple. Tak banyak bermain dengan warna. Nampak luas dan selesa. Tidaklah serabut. Katil dan tilam tu nampak owsem. Risau jugak ni. Bila katil dan tilam terlebih empuk, masa tidur lebih lama dari masa berkerja pulak nanti kan... haih laaaa...

Ok, ini sangat fresh. Eh hijau memang nampak fresh kan? Aku nak letak produk-produk shaklee kat compartment yang banyak tu. Senang nak tengok stok apa yang dah habis... Wah, berangankan.... hahhaha... Ruang yang kecil, di gunakan sebaiknya. Menarik.

Siapa kata ruang yang kecil tak boleh setup SOHO? Boleh tengok susun atur ni, "oh, boleh eh?..." hehhehe.... Ok, boleh masuk dalam list idea. Cuma almari yang kecik tu tak muat nak isi baju aku ni.  hahaha.

Yang ini mungkin di sudut antara bilik. Menarik jugak ni. SOHO di ruang yang lain. 

Ok, ini aku suka. SOHO cum bilik jahit. erm, tapi tak ada tempat nak potong kainlah. Boleh maksimakan lantai tu untuk potong kain.

Yes! I really like this. SOHO cum bilik jahit. Walaupun tidak sekali dengan bilik tidur, aku suka. Actually, bilik jahit tak boleh sekali dengan bilik tidur sebab mesin jahit kan bunyi bising. Kecuali kalau tidur sorang tanpa pasangan, yes sesuai bilik jahit cum bilik tidur cum SOHO. Aku suka susun atr yang ni sebab ada ruang untuk letak meja potong kain sekali. Ada meja untuk menjahit dan untuk laptop juga. Ada laci untuk isi barang so that tak nampaklah bersepahkan. Sukalah yang ini. Samada yang no 1 tadi atau pun yang no last ni. Really like it! 

Berangan dulu cik Eza yer. Inshaallah, nanti jadi kenyataan. Kita bagi jadik!
Oh yeah!




with luv,

Wednesday, March 4, 2015

Resepi BBQ


Ok, untuk mengelakkan masalah pelupa, maka aku sharekan resepi masa BBQ day hari tu. Senang aku nak cari semula. Maklumlah, semakin meningkat usia semakin lah penyakit pelupa ni kan...



Sos Lada Hitam / Black Pepper source

Bahan-bahannya:
1 labu bawang besar ~ di cincang halus
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap masin
4 sb sos lada hitam
2 sb lada hitam biji ~ di tumbuk kasar
2 sb mentega ~ untuk menumis bawang
4 sb tepung gandum
3 cawan air

Caranya:

  • Cairkan mentega, tumiskan bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan serbuk lada hitam yang telah di tumbuk dan tumis seketika.
  • Masukkan sos tiram, sos lada hitam.
  • Masukkan air 2 cawan sahaja , kiub ayam & kicap.
  • Bancuhkan tepung bersama baki 1 cawan air.
  • Masukkan ke dalam bahan yang di masak dengan api perlahan dan kacau untuk elakkan tepung dari berketul sehingga mendidih. 
  • Setelah pekat, tutup api dan boleh di hidang.


Sup Cendawan / Mushroom Soup

Bahan-bahannya:
1 keping dada ayam ~ aku tak letak ni
1500 ml air
500 ml susu segar ~ fresh milk
1 ketul kiub ayam ~ aku tambah jadi 2 ketul sebab tak letak dada ayam.
1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
garam ~ secukup rasa
1 cawan tepung gandum
Sedikit lada hitam ~ di tumbuk

Cara-caranya:

  • Potong ayam kecil2. 
  • Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
  • Rebus sehingga masak. Kalau tak ada ayam, tak pe, tambahkan kiub ayam untuk impak rasa ayam.
  • Masukkan susu dan kiub ayam. Aku tak pakai isi ayam so aku tambah kiub ayam jadi 2 ketul.
  • Masak guna api yang perlahan. 
  • Masukkan mushroom. 
  • Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
  • Tambah garam mengikut citarasa. Taburkan lada hitam yang telah di tumbuk. 
  • Sedia untuk di hidangkan bersama roti. Sebagai hiasan aku letak kucai halus.
Note: Sup ni sedap tau. Adik aku cakap lagi sedap dari mushroom soup pizza hut. Haaaa, melampaukan.... hehheheh


Potato Salad

Bahan-bahannya:
5 biji kentang ~ di potong dadu besar
1 sb perahan lemon ~ limau nipis pon boleh
4 sb mayonis ~ boleh tambah sesedap rasa
4 bj baby tomato ~ di potong 2
1 sb lada hitam ~ di tumbuk kasar
Garam ~ secukup rasa
Air ~ untuk merebus kentang

Cara-caranya:

  • Rebus kentang bersama garam
  • Setelah kentang empuk, toskan airnya
  • Didalam mangkuk lain, masukkan kentang dan semua bahan lain. Gaul sebati.
  • Siap! Hiaskan dengan baby kucai. Baru nampak menarik dan colourful. 






with luv,

Monday, March 2, 2015

BBQ Day with my family


BBQ day with my family sempena CNY.
Cadangan asalnya apabila salah seorang adik aku minta mak perapkan bahan-bahan untuk BBQ sebab dia teringin nak makan. So, dah alang-alang nak berBBQ, maka sesi jemputan pon bermula. Kebetulan pula Boy pon bercuti 4 hari. So agak seronoklah untuk berkumpul kan. Semua adik-beradik pun ada. 

Asalnya, aku tak adalah plan nak buat apa-apa pun. Cuma terfikir nak buat black pepper source dengan garlic bread. Google je resepi. 

Garlic roll
Roti garlic ni aku buat sendiri. Main campak-campak dalam bread maker lepas tu tinggal. Haaa tunggulah siap di uli dalam tempoh 1 jam setengah. Garlic spread tu pon aku buat sendiri. Tapi kalau aku canai nipis sikit mesti lagi mesra rasa garlic tu. Tak pe, first try. Pas ni pandai dah... buleh derhaka kat resipi... hehhehe

Ini ialah potato salad. Adik ipar aku yang buat.
Sampai je rumah, dia mintak tolong aku adjust rasa potato salad ni. 
"Kak Iza, tolonglah orang adjust rasanya... orang rasa tak sedaplah..." 
I is like...what? Haluuu... Akak pon tak penah makan potato salad ni tau. hehhehe...
Ok la, nak sedapkan hati adik ipar, aku pon rasa.... Aku rasa ok je.. yer la mungkin tawar sikit tapi itukan memang sifat kentang. Kentang akan absorb garam dan rasa yang lain. So tak de hal punyalah... Bila aku kata, ok ni... letak black pepper source confirm sedap. Baru dia puas hati. Kalau tidak, muka cam nak nanges sebab masak tak sedap.. hahahha... Oh adik ipar!



Udang, ayam dan daging memang mak aku dah marinate siap-siap. 2 hari 2 malam kot marinate. Confirm semua rasa mesra kan.. kalau tak cukup mesra lagi tak tahulah kan... hheheheh
So tukang bakar mestilah adik-adik bujangku. Kakak tukang makan... ;-)

Mushroom soup ni aku masak. Serius sedap. hahhahah... Masuk bakul nampak..
Eh, tak... memang sedap.. Abang ipar aku pon puji sedap.. siap cakap lebih sedap dari pizza hut tau... haru sungguh. Resipi ehsan en gugel. Nanti kat entry lain aku bagi resipi penuh yer. Ishhhh... memang serius sedaplah... Tak sangka buat dia senang jer...

Black pepper source. 
Cubaan pertama yang menjilat jari. Ahak. Serius weh, resepi ni memang menjadi. Aku sangat puas hati... Boy siap cakap, kakak, pas ni kakak dah boleh bukak kedai makan western... hahhaha.. Yang ni pun senang je buatnya..

The making of garlic roll. 
Nak bakar garlic roll kena masuk loyang yang muat-muat letak rapat-rapat. Aku guna loyang cam terbesar sikit so roll tak berapa jadik bila di bakar jadik kembang and terbukak. Tapi rasa tetap tak kalah okey... ;-)

Adunan kedua roti. Lepas dah siap satu adunan, aku buat lagi satu adunan. Cam biasa, campak je dalam breadmaker. Tapi kali ni mak mintak buat roti kosong je. Boleh makan dengan mushroom soup. So simple jer la roti ni. Masuk satu loyang. Settle.

Aku kira-kira semula kos untuk BBQ Day kitorang ni dalam seratus lebih je. Untuk 11 orang makan. Siap boleh tapau lagi udang, ayam, daging ngan mushroom soup tu. Kiranya memang puas makanlah. Rasa pun sedap. Memang puas hati. Cubaan berBBQ di rumah menjadi. Lepas ni boleh plan BBQ lagi. Semuanya masak sendiri.... Haaaaaa... memang best.




with luv,