Terjebak pulak dengan bunga ros ni. Alahai, tak boleh tahan tengok kecantikannya. Asalnya tidak ada niat pun nak tanam bunga ros ni memandangkan sebelum-sebelum ni pernah beli pokok bunga ros cameron tapi tak pernah bertahan. Selepas habis gugur bunga, dengan pokok-pokok sekali terkubur.
Tapi bila tengok kawan-kawan yang minat ros ni hari-hari update fb tunjuk bunga ros mereka buat hati aku meronta-ronta nak cuba juga. Chewah..
So, seorang yang bernama Eza ni memang tak bolehlah kan. Bila inginkan sesuatu, makanya akan diusahakan sampai dapat baru puas hati. Haha.
Jadi bermulalah misi study pasal bunga ros ni. Cara penjagaan, jenis baja, jenis bunga dan macam-macam lagi. Sebelum nak involve, kenalah study dulu kan. Takkan bela pastu mati pulak. Baik tak yah bela. So melalui pertanyaan dengan member-member yang dah ada bunga ros ni katanya tidaklah susah mana. Just jaga air, baja, racun dan cahaya. Haaa gitu katanya senang je. Aku apalagi, semakin membuak-buak la hati ni nak beli pokok bunga ros ni.
So survey punya survey, jumpalah Addarosa Garden. Banyak jugak pilihan bunga ros dia. Tambahan pula ada promosi YES 4 pokok hanya RM 100. Maka aku rembat terus 8 pokok. Tamakkan. Ko tak tahu untung nasib kau macam mana lagi kan. Tak pe, pelan-pelan kita kayuh kata suara hatiku.. Maklumlah bila sudah ada kemahuan mesti banyak alasan untuk mengiyakannya kan. 😂
Yang bestnya, Addarosa Garden boleh membuat penghantaran terus ke rumah dengan kos RM 50 charge delivery. Dah beli bunga mesti kena ada racun dan baja sekali kan. Kalau tidak, mahu meroyan pulak aku nanti tengok pokok tak menjadi. So aku tambah pulak set baja, racun dan booster. Alang-alang nak cuba, kenalah lengkapkan keperluannya kan. Dah macam bela anak orang weh. Haha.
So anak-anak duri ni selamat mendarat di rumah pada 14 December. Jom layan bunga pertama yang sampai. Ada pokok yang sedang berbunga dan ada juga yang belum berbunga. So kita layan bunga yang ada dulu.
Beatrice
Beatrice.
Indah tersusun kelopaknya.
Beatrice
Emilian Guillot
Warna oren kemerahan.
Emilian Guillot
Emilian Guillot
Lavender Crystal
Warna purple lavendar.
Lavender Crystal
Sizenya lebih kecil tapi sangat cantik dan wangi.
Jeanne Moreau
Jeanne Moreau
Suci murni warnanya.
Royal Jubilee
Royal Jubilee
Cantik pinknya dan bentuk kelopak lain dari yang lain.
So inilah pokok yang sedang berbunga ketika sampai di Laman Bonda. Ada lagi dua yang belum berbunga, Roxburghii Plena dan Phoenix.
Tak pe, pelan-pelan sayang. Hati mummy pon kembang semangkuk tengok awak. Heheheh.
So lepas ni misi mencari pasu bunga pulak. Harap-harap adalah di kedai eco. Hehe.
with luv,
No comments:
Post a Comment