Saturday, September 22, 2018

My new hobby....



First of all,  salahkan kedai Eco. Kenapalah kedai Eco ni wujud.  Dah aku terjebak dalam aktiviti pertanian ni. Tak pasal-pasal kan. Haha..

Well,  hidup ini memang membosankan jika kau tak explore. Selepas dijangkiti penyakit bercucuk tanam ini,  maka terhasillah set semaian yang pertama.

Ini ialah benih Kailan. Tanam sayur yang mudah dulu untuk permulaan. Moga-moga ada hasilnya.

Pelajaran pertama yang aku dapat dari aktiviti ini ialah memupuk sifat kesabaran yang tinggi.  Yang kedua tawakal. Sesungguhnya rezeki itu datangnya dari yang Maha Pencipta kan. Nak tunggu benih-benih semaian itu bertunas bukan sehari dua...  Jadi, sabarlah Eza..  Hahaha..

Di sebabkan hari ni Weekend makanya dapatlah melihat hasil Ros Jepun yang dah di tanam dua minggu lepas.

Sebenarnya,  titik permulaan aku bercucuk tanam ni ialah dari RJ ni la. Syok tau bila tengok dia berbunga. Hati kitapon jadik berbunga-bunga sekali.

Barulah aku faham perasaan wanita-wanita yang menghabiskan masa dengan pokok-pokok ini. Serius kau akan rasa tenang tengok bunga yang mengembang ni.





Ni bunga RJ yang kembang hari ni. Bunga ni akan kembang pukul 10 pagi setiap hari tau. Weekdays tak dapat tengok dia kembang. Masa cutilah yang boleh kelebetnya pun.

Moga ko istiqomah Eza.  😂😂😂

with luv,

No comments:

Post a Comment