Friday, December 8, 2017

Family get2gether


Short escape. 
Percutian singkat yang tidak dirancang. Hanya 2 hari 1 malam di Tanjung Tuan,  PD.  Tak kiralah lama atau sekejap,  dekat atau jauh.  Yang penting kualiti masa bersama. 

Disebabkan parent aku dari JB sejak weekend,  aku drive sendiri dari Kl. Malas pulak nak ikut diorang ke JB. Kebetulan Isnin & Selasa aku memang dah apply cuti. So Isnin lepas subuh terus aku drive ke Semenyih rumah Kak Ima.  Disebabkan Isnin ialah hari kerja,  terpaksalah keluar awal untuk mengelakkan jem di MRR2.  Sampai rumah Kak Ima lebih kurang pukul 7.30 pagi.  Jalan clear so santai-santai je drive. 

Bergerak ke PD lebih kurang pukul 8.30 pagi dari Semenyih. Kak Ima nak sampai awal supaya anak-anak dia dapat swimming lama sikit. Sampai Tanjung Tuan lebih kurang pukul 9.30 pagi. Check-in sepatutnya pukul 3ptg. Tapi disebabkan kitorang dah sampai awal,  Kak Ima cuba minta check in awal. Alhamdulillah  dapat early check-in pukul 11 pagi. Bebudak masih berendam di swimming pool. 

Check in dan terus angkut barang. Bahan mentah memang dah bawa siap-siap dari rumah. So apalagi,  bersilatlah kat dapur. For sure lepas mandi mesti akan lapar kan. 

Mak, abah dan adik-adik aku dari Muar so diorang lewat sikit sampai. Diorang tidur JB semalaman dan terus ke Muar. Bermalam di rumah kawan Haji Mak abah semalam pula.  So lambat sikitlahkan. Jumpa kawan lama. Banyak benda nak diborakkan. 

Pool view dari atas apartment kitorang. 


Sea view dari apartment. 
Di sebabkan pantai ni hanya untuk resident so tak adalah ramai sangat orang. 

Kejadian di hari pertama. 
Dalam syoknya mandi laut,   tak perasan air dah pun naik ke pesisir pantai. Makanya,  berenang-renanglah seliper dan hp di tepian pantai.  Haha. 

Serius tak perasan masa tu. Cepat betul air naik. 4 hp yang masuk air,  hanya 2 yang selamat.  Al kisahnya,  hp aku termasuk dalam kategori yang tidak dapat diselamatkan petang itu. Huhu.  Makanya,  tiadalah gambar.  Semua gambar dah berkubur di dalam hp yang tidak boleh di on kan. 😂😂😅

Tak pelah.  Tak de rezeki. Pasrah. Walaupon,  dalam phone terlalu banyak gambar untuk bisnes aku.  Redha. 

Hari kedua.  Guna hp Abg.  Mujurlah semalam abg tak bawa hp. Dapatlah snap beberapa pic.

Aku tak join mandi laut pagi ni. Malas nak basahkan baju plus mood nak ambik pic banyak-banyak je. Walaupon pakai hp orang.  Haha. 

Syoklah diorang main pasir. Lepas berendam, main pasir. Lepas tu sambung berendam lagi. 

Pak usu kena tanam. 

Lepas main pasir dan mandi laut, sambung pulak dalam pool. Maklumlah dapat late check out. So puaslah diorang berendam.  Confirm sunburn.  Masing-masing dah gelap kulit. 

Maira &  Arif dengan Pak Usu. 

Arif Syahmi

Family Kak Ima

Masa Pak Lang pegi Jb sempat singgah toys r us beli puzzle. So malam semalam layan puzzle. Maklumlah hp tak boleh hidup. Lepas layan puzzle keluar ke jetty pulak layan bubble. Ambik angin luar.  Malam tu memang no hp so Dapatlah spent masa yang berkualiti dengan adik-beradik ipar duai dan anak-anak buah. 

Walaupun percutian yang singkat, dapat juga habiskan masa bersama-sama. Maklumlah nak kumpulkan semua adik beradik memang agak payah.  Inipun adik aku yang nombor 4 tak dapat join sebab keja. Tak pelah,  next time boleh plan lagi.  Tapi biasanya yang plan ni susah nak menjadi. Yang tak plan tu jugak yang jadik. 😘

Tanjung Tuan, PD
4&5 December 2017





with luv,

No comments:

Post a Comment