Green Tea Ice
Today getaway. Looking stuff for Boy. Sepatutnya semalam lagi dah keluar cari barang tapi disebabkan terperangkap dalam kesesakan orang nak balik kampung, makanya terus balik rumah selepas ambik seluar sekolah Boy dari tailor dan pos laju borang biasiswa boy.
Bila terperangkap dalam jem ni memang boleh menaikkan kemarahan. Sebelum mood semakin swing, baiklah balik rumah dan tido. Ahak.
So hari ni boleh keluar dengan gumbiranya. Boy request nak makan sushi king. Lagipun bukan selalu makan sushi ni. Ikut mood dan ikut budget yang ada. Hahaha. Well, bila dapat kakak seorang menteri kewangan memang malanglah. Semuanya kena justify.
Mix Bento
The struggle is real bak kata Boy bila tengok kakak makan bento pakai chopsticks. Muhahha. Well, kita orang Melayu ok. Yang dah biasa makan pakai tangan. Apa barang makan pakai chopsticks padahal tak reti guna chopsticks tu. Muhahaha. Buat at least tak de kejadian sushi terbang ok.
Chuka Iidako - sushi version
(Sotong kurita muda berperisa)
Favorite Boy ni. Entah apa yang sedap pon kakak tak tahu. Tak cukup bento, tambah pulak sushi kurita ni.
Chuka Iidako
Dah habis sushi kurita, sambung pulak kurita dalam plate ni berpinggan-pinggan. Ish, serius kakak tak paham kakak berapa besar Partition dalam perut Boy ni.
Masa kakak update blog ni, dah habis 4 pinggan tapi habis je kakak update blog ni bertambah jadi 7 pinggan dengan total bill almost RM 90 for two person. Terbaiklah Boy. Untung kalau bawa pergi makan buffet ni.
with luv,
No comments:
Post a Comment