Friday, July 31, 2015

Kerepek crabstick yang mudah dan sedap.


Holaaa... Pernah tengok crab stick ni tak? Pernah kan. Ok, korang tahu tak yang crab stick ni boleh buat kerepek yang kalau di kunyah membawa korang ke dunia yang lain.... Haaaa gittew kan.... Hahhaha...

Kerepek crab stick ni memang layannn ok. Konsepnya kalau makan time tengok tv ke layan movie ke, confirm tak perasan, eh, dah habis? Serius tak tipu.

First time aku makan, masa beraya rumah Mak Long aku. Setengah balang sekejap je habis, naik malu pulak rasanya... Nak wat camne, tangan ni tak berhenti nak ambik masuk mulut je.

So disebabkan keenakannya, maka aku gigih untuk membuatnya... Btw, senang giler buat dia. Bahan pon tak banyak di gunakan. Hanya serbuk kati, daun kari, lada sulah atau black pepper.

Memula sekali, defroslah dulu crab stick korang tu untuk memudahkan proses siatan. Bahasa apa daa ni. Haha.

Lepas dah defros agak-agak lembut, boleh mula menyiat kepingan crabs stick ni. Senang je. Korang picit je dia akan pecah. Lepas tu siatlah ikut pecahan tu.

Buat sampai habis yer. Yang ni aku buat 3 peket crab stick yang harganya setiap satu lebih kurang rm 5.50. Dapatlah sebesen selepas di siat. Banyak ok.

Lepas tu, masukkan lada sulah, serbuk kari dan daun kari. Kacau sebati. Berapa banyak serbuk kari nak letak, ikut citarasa koranglah yer. Aku gantikan lada sulah dengan black pepper sebab tetiba cari lada sulah kat rumah tak jumpa lak. Dah habis agaknya.. Hehe.. Guna je apa yang ada. Tapi black pepper tu janganlah letak banyak sangat. Nanti berasap pulak telinga tu.. Ahak.

Macam aku, sebab crab stick yang dah di siat ni dapat banyak, aku ambik dua genggam tangan (lebih kurang) dan masukkan dalam bekas lain untuk menggaul. Kuantitinya lebih kurang untuk sekali goreng. Tip ni adalah untuk memastikan serbuk kari tu rata di gaul. Tak perlu letak garam lagi ye sebab crab stick ni sendiri dah ada perasanya. 

Lepas tu panaskan minyak dan gorenglah crab stick yang telah di gaul tadi. Kacau-kacau untuk elakkan dia hangit ye. 

Setelah kekuningan, boleh di angkat dan di toskan minyak. Taraaa... Macam ni lah rupanya setelah siap. 

Time ni aku dah start mengunyah. Tangan menggoreng sama cepat dengan tangan yang ngap masuk mulut. Hahahahha... 

Selamat mencuba!




with luv,

Monday, July 27, 2015

Mari mendonut



Hola hola...

Kerjaan semalam. Dari pagi dok pasang niat nak buat donut. Sudahnya, petang jugak baru start buat. Jenuh juga nak mendapat mood kan. Tambah-tambah lagi menggunakan tenaga empat keratku.. Hahaha.. Yang sebenornya malas nak bawak keluar BM yang dah tersimpan rapi. Raya kan... huhu... 

Pertama kali buat donut ni sebenarnya sebab Arif Syahmi suka sangat makan donut dengan keria. So, gigihlah Mak Ngah belajar buatkan. 

Jom tenguk resepinya.

250 g Tepung gandum
1 biji kentang yang telah direbus dan dilenyek. (Aku blend guna hand blender, so hasilnya lebih halus)
1 biji telur ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung apa2 jenama.
70 ml air sejuk peti ais.
1 1/2 sudu besar shortening/marjerin (Aku guna marjerin jer)
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis 

Cara-caranya : saya uli guna tangan jer. Boleh juga guna BM atau mixer.

1. Masukkan semua bahan kering dalam bekas adunan. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu letak sikit2 ye sambil uli sehingga doh tu tak lekat kat tangan). Kemudian masukkan marjerin/shortening dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik, Uli selama 20 minit.
- Tip : Untuk dapatkan doh yang lembut, lepas uli 20 min, masukkan doh dalam plastik bag dan picit-picit doh sehingga berkilat. Lebih kurang 10 min.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam bergantung kepada suhu bilik. Cara saya, perap jer terus dalam beg plastik lepas picit-picit tu.
- Tip : Gunakan plastik bag atau bekas besar untuk beri ruang kepada doh mengembang.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tepung gandum dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....selamat mencuba... 
-  tips nak gebu lagi..masukkan shortening 1 sudu makan dlm minyak panas tu insyaallah gebu.

Tips:
1. Untuk dapatkan doh yang lembut, lepas uli 20 min, masukkan doh dalam plastik bag dan picit-picit doh sehingga berkilat. Lebih kurang 10 min.
2. Gunakan plastik bag atau bekas besar untuk beri ruang kepada doh mengembang.
3. Tips nak gebu lagi..masukkan shortening 1 sudu makan dlm minyak panas tu insyaallah gebu.
4. Untuk frozen, bakar donut pada suhu 170 degree selama 7 minit untuk mematikan yis. Tunggu sejuk sebelum di simpan ke dalam fridge.



Nah, ini hasilnya donut yang telah di bakar. Sangat lembut dan gebu ok. Tak boleh tahan tengok kegebuannya itu, maka cilok satu dan terus ngap. Perghhh... Memang lembut. Aku buat untuk di bekukan sebab rumah aku memang suka makanan frozen ni. Lagipun senang kalau tetamu datang, terus je goreng. Boleh buat stok di rumah. ;-)

Selamat Mencuba!


with luv,

Friday, July 24, 2015

Tips renew passport

Assalammualaikum...

Masih mood raya lagi ke? Hehe.. Mood raya aku dah suam-suam kuku je. Move to next agenda. Hoo yeah! Ada agenda yang lebih besar lagi dalam perancangan. Maka aku tangguhkan mood raya seketika.

Untuk move ke next agenda, perkara pertama harus renew passportku yang telahpun tamat pada 2013. Mean that since 2013, aku bercuti di dalam negara jer. Haha. Ok, will plan next year utk keluar negara lagi. Sebenarnya ada perancangan ingin ke Turki next year with my BFF. Tapi not sure menjadi atau tidak. Apa pun, jom menabung dulu ye.

Kembali ke tajuk asal entry, aku nak bagi tip untuk renew passport untuk memudahkan uols2 yang nak renew passport yer.

Di sebabkan aku pergi ke imegresen pada hari yang masih mood raya a.k.a raya ke tujuh, makanya orang tak ramai. Memang tak ramai langsung.

Aku sampai jam 8.40 am, selesai collect passport lebih kurang pukul 9.20 am. Boleh bayangkan tak berapa ramai je umat manusia dalam tu. Boleh di kira dengan jari. Alhamdulillah.

Ok, jom baca langkah-langkah nak renew passport.

1. Sila bawa passport lama dan IC. Wajib ye!
2. Pergi ke kaunter no giliran untuk ambil no dan serahkan IC dan passport lama. Tidak perlu isi form. Sangat mudah sekarang ni.
3. Tunggu angka giliran di panggil. Setelah no giliran di panggil, proses pengesahan akan berlaku. Dan proses mengambil gambar secara digital. Ok, masa ni sila pastikan anda bertudung gelap bagi yang bertudunglah ye. Kalau tidak, merasalah pakai tudung hitam yang di sediakan. Haha. Yang ni aku tak tahu, so aku pakai tudung cerah. Kiranya aku merasalah pakai tudung hitam diorang... Hahahha..
4. Setelah selesai, tunggu bayaran. Nombor anda akan di panggil sekali lagi untuk pembayaran. Harga sekarang flat rate RM 200 untuk 5 tahun (as of 27 July 2015). Jimat banyak dah sekarang ni.
5. Selepas pembayaran, tunggu lagi nombor anda di panggil untuk collection passport.
6. Ketika collection new passport, sila pastikan semua maklumat adalah betul sebelum tandatangan.
7. Selesai!

Mudah je kan prosesnya. Yang sukarnya jika ramai orang. So masa menunggu tu agak lamalah ye.

Tips:
1. DATANG AWAL sebelum kaunter di buka. Kaunter buka jam 7.30 am. My friend ada yang datang pukul 7.30 am dapat no seratus lebih ok hari biasa. So, sila schedule betul-betul untuk mengelakkan anda menunggu lama.
2. BAWA IC & PASSPORT LAMA. Yang ni wajib bawa. Kalau agak-agak tertinggal, silalah tabah untuk mengambilnya semula yer.
3. TIDAK PERLU bawa gambar. Gambar akan di ambil secara digital di kaunter.
4. TIDAK PERLU bawa fotostat IC dan dokumen-dokumen lain. Sekarang ni dah paperless kot. So tak perlu bersusah payah nak fotostat semua tu ok.
5. Sila tunggu sehingga membuat pembayaran. Kalau agak-agak lama sangat menunggu tu kan, bolehlah pergi breakfast dulu ke. Balik dulu ke tapi PASTIKAN selesai step 4 iaitu selepas bayaran. Korang pergilah nak pergi mana pun. Selagi tak buat bayaran, selagi itulah permohonan tidak di proses. So sia-sia lah datang awal bagai kan tapi korang tak bayar dah lesap. So masa menunggu akan jadi lebih panjang.

Ok, rasanya inilah tips yang aku boleh kongsikan berdasarkan pengalaman aku sendiri. Semoga bermanfaat. ;-)




with luv,

Monday, July 20, 2015

Lontar Belakang : Iftar bersama GBS



Satu-satunya Iftar yang aku sertai sepanjang Ramadhan yang lalu. Iftar bersama GBS. Nak mencari masa bersama semua ahli GBS bukanlah mudah. Maklum sahaja semua dah ada komitmen masing-masing. Apatah lagi, tidak berkerja di satu organisasi. 

Beberapa pertemuan sebelum ini di rancang tetapi tidak menjadi. Ada sahaja halangannya. Iftar ini pun, last minute punya plan. Cik L sendiri pon hanya confirmkan kehadiran beberapa jam sebelum berbuka. Haha. Memang last minute kan.

Dari kiri : Msraiza, Dorisya, Cik L
Ladies time. Husband sila jaga anak yer. Heheheh.

Si Gonjeng Nizam selepas kena bebelan dengan akak kawasan a.k.a Dorisya, barulah nampak dia mendukung anak. Haha. Nasib ler ko Nizam, dapat kawan macam kitorg ni kan. Ekeekeeke

10th years of friendship.
Nizam, Msraiza, Dorisya dan Cik L.
Forever GBS.

Yang bestnya our friendship ni, husband and wife masing-masing pon sporting. 


Dari bujang hingga dah berkahwin dan beranak-pinak, persahabatan tetap terjalin. Walau kadangkala ada masanya tegang, adakalanya suweet-suweet je, adakalanya happy-happy....Adakalanya marah-marah.. Maklumlah masing-masing mempunyai karakter yang berbeza... Si gonjeng, si garang, si mak-mak, si perasan suweet.. Hahahha.. We compliment each other.

Alhamdulillah.





with luv,