Sunday, March 30, 2014
Kenapa wanita hidup lebih lama?
KENAPA WANITA ISTIMEWA~~
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...
ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..
bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...hehehe
[Forwarded msg]
with luv,
Just a beautiful mistake ...
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Dalam hidup ni, kita akan melalui beberapa fasa kehidupan. Setiap fasa yang kita lalui kadangkala memerlukan pengorbanan. Adakalanya, jalannya terlalui indah. Di iringi kicauan burung, cuaca yang tenang. Tetapi adakalanya, jalannya berliku sambil cuacanya yang tidak menentu. Setiap jalan ada ceritanya. Setiap cerita ada kisahnya. Dan setiap kisah ada pentasnya dan setiap pentas ada pelakonnya.
Setiap fasa yang berjaya dilalui, mengundang seribu satu mimpi yang nyata dan abadi. Mengajar tentang kehidupan yang punya beribu kenangan. Adakalanya indah. Adakalanya duka. Setiapnya punya cerita. Namun, tidak semua yang kita jangka akan menjadi seperti yang di duga kerana selalunya, ada cerita di tengah-tengah cerita. Namun inilah fasa kehidupan kita.
Dari satu cerita ke satu cerita yang lainnya. Bisa menambah ilmu di dada. Namun yang pastinya, di akhir cerita, Yang Maha Pencipta yang di cari jua. Kerana Dia milik segalanya. Suka dan duka. Hati dan cinta. Cinta Sang Pencinta!
with luv,
My new skincare ... Nutriwhite
Assalammualaikum w.b.t,
Hari ni nak citer pasal skincare yang aku gunakan sekarang ni. Kenapa aku bertukar skincare dan apa rasionalnya....
Dalam n3 skincare sebelum ni memang aku dah bagitahu aku pakai Bio Essence. Boleh baca citer kat sini. Maksudnya, sebelum aku bertukar ke Nutriwhite, skincare terakhir yang aku gunakan ialah Bio Essence. Sebelum Bio Essence aku guna Nutox. Juga boleh baca di sini. Dan b4 that aku guna Dermedex. Yang akhirnya membawa kepada misi mencari skincare.
Sejarah Skincare Aku.
Aku ni jenis yang suka bertukar-tukar skincare ke? Jawapannya ialah TIDAK. Kalau ikut kronologinya, aku guna Dermedex January 2010. Hanya sekitar November 2011 baru aku bertukar kepada Nutox. Manakala Bio Essence aku mula guna bulan December 2012. Dan skincare terbaru aku NUTRIWHITE aku mula gunakan pada January 2014. That means dah almost 4 bulan aku guna skincare yang baru ni.
Kenapa aku bertukar kepada NUTRIWHITE?
Sejak misi pencarian Nutox lagi aku cuba mencari produk-produk yang natural based. Cuba untuk kurangkan kadar pengambilan chemical pada kulit.
Sebab utama ialah aku Distributor sah Shaklee. Of course la aku kena cuba dahulu. Kalau ok baru yakin nak share dengan orang lain yang sedang mencari-cari produk skincare.
Sebab kedua ialah kerana ia berasaskan sumber alam semulajadi. Gabungan 16 ramuan botani yang mujarab. Nak tahu detail tumbuhan semulajadi yang terdapat di dalam Nutriwhite ni boleh baca sini yer.
Sebab ketiga ialah kerana ia disempurnakan dengan sains. Apa maksudnya? Ianya telah di uji secara klinikal. Nutriwhite ni dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika. Bertindak dengan 5 cara iaitu :-
- Menghalang
- Mengurangkan
- Menyekat
- Mencerah
- Memperbaharui
Kalau dulu aku insist nak mencerahkan kulit sekarang tak lagi. Aku lebih suka cerah secara semulajadi. Untuk apa mengganggu pembentukan lapisan kulit. Kerana risikonya ialah Kanser kulit!. Yer, KANSER KULIT. So, now aku memang go for natural based. Yakin dan selamat. ;-)
Apakah kesan setelah aku pakai Nutriwhite ni?
Apa yang boleh aku katakan ialah kulit aku semakin licin. Kalau sebelum ni kulit aku jenis kering dan cepat menggelupas terutamanya keadaan office aku yang beraircond. Memang sangat membantu. Aku tak perlukan extra moisturizer lagi sejak aku pakai Nutriwhite ni. Di samping aku menjaga pemakanan aku. Maksudnya aku jaga dari dalam ke luar....
Aku suka Nutriwhite terutamanya serum sebab buat kulit aku moist.... Kalau setakat di rumah aku tak payah pakai moisturizer lagi. Cukup mencuci, penyegar dan serum. Jimat. Oh ya, boleh di katakan aku menggunakan set regime yang agak lengkap untuk kegunaan harian. Iaitu, mencuci, menyegar dan melembap.
- Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
- Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener
- Nutriwhite Daily Defense Whitening Essence
- Nutriwhite Daytime Whitening Lotion
- Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream
Berapakah kosnya? Aku tahu ini bab yang paling penting. Aku pun sebelum mencuba any produk memang kos adalah faktor yang paling penting sekali.
Gentle Deep Foaming Cleanser
Harga runcit : RM 119
150 ml
Wow! jangan panik yer. RM 119 nampak macam mahal tapi hakikatnya satu tube ini boleh bertahan lebih setahun lamanya mengikut pengguna-pengguna sebelum ini. Kenapa boleh sampai setahun? Sebab sekali cucian hanya perlukan 'secoet' je. Serius aku tak tipu. Memang pakai sikit sangat. Aku yang dah pakai almost 4 bulan ni pun suku tak habis lagi. So berapakah kos sebulan agaknya? RM 119/12 = RM 9.90. Tak sampai RM 10 pon.
Soothing Radiance Whitening Softener
Harga runcit : RM 138
150 ml
Yang ini ialah penyegar yang berfungsi untuk mengembalikan kulit kepada pH yang seimbang. Bertindak menyegarkan, mencerah dan menegangkan kulit. Yang ni boleh bertahan sehingga 6 bulan. Atau mungkin lebih. Kenapa? Sebab aku punya banyak lagi. Masih ada separuh lagi walau penggunaan telah mencecah ke bulan ke empat. Dan selalunya aku pakai banyak-banyak sebab botolnya besar. Haha. Mesti lambat habiskan. Tapi tak lah aku membazir. Sekadar boleh tepek-tepek kat muka dengan leher. Memang lembab dan menyegarkan sangat. Aku perlukan penyegar ni sebab kulit aku kering. Penyegar ni berfungsi untuk melembabkan sedikit kulit dengan erti kata lain mengembalikan kulit pada pH yang seimbang. Kos sebulan lebih kurang RM 138/6=RM 11.50.
Daily Defense Whitening Essence
Harga runcit : RM 231
30 ml
Wow! Harganya. Untuk pengetahuan harga serum memang mahal. Apa jenama sekalipun memang harganya mahal. Serum yang paling murah aku pernah pakai ialah Nutox yang berharga lebih kurang RM 60++. Manakala Bio Essence RM 75++. Demedex aku pernah pakai harga mencecah RM 300++. Tapi of courselah kesannya berbeza kan. U get what u pay lah.. tapi Nutriwhite serum ni kesannya lebih better dari Dermedex dulu walaupun harganya lebih murah... ;-)
Serum ni optional je tapi sebab aku memang suka pakai serum so aku masukkan dalam regime penjagaan kulit aku. 30 ml nampak sikit. Dan botol pun kecik je. Tapi kan.... aku dah pakai nak dekat 4 bulan masih belum habis ok. Aku estimate boleh bertahan sehingga ke bulan ke lima atau mungkin sehingga ke bulan ke enam. Yang ini memang aku berjimat cermat. Tak macam penyegar. Sangat psycho kan. Ahak. Kos sebulan lebih kurang RM 231 / 6 = RM 38.50
Ultimate Protection Whitening Lotion
Harga runcit : RM 200
50 ml
Ini adalah moisturizer. Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran. Cream ni yang melindungi kulit aku dari kekeringan kesan dari aircond. Memang berbeza kalau aku pakai cream ni dengan kalau aku tak pakai. Selalunya lepas solat aku malas nak pakai so kesannya memanglah ketara. Tahan sehingga 6 bulan. Tapi aku rasa mungkin mencecah 7-8 bulan baru habis. Kalau ikut perkiraan aku la. Lagipun pakai siang sahaja. Kalau serum pakai siang dan malam dan hanya 30 ml pon masih berbaki lagi walau penggunaan dah mencecah 4 bulan korang rasa logik tak boleh bertahan hingga 7-8 bulan. Nanti aku test tengok exactly berapa lama ye.. hehhehe..
Kos sebulan lebih kurang RM 200 / 6 = RM 33
Overnight Renewal Whitening Cream
Harga runcit : RM 225
28g
- Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
- Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
- Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
- Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
- Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri
Night cream ni boleh bertahan sehingga 6 bulan. Dan of course aku pakai boleh bertahan sehingga 8 atau 10 bulan. Kenapa? Sebab kalau aku rajin je baru aku pakai night cream ni. Kalau tak rajin, cukup sampai serum. hahahha... dasar P*****s kan....
Kos sebulan dalam RM 225 / 6 = RM 37.50.
So agak-agaknya berapakah kos sebulan secara keseluruhan? Hanya RM 130.40 sebulan. Korang perasan tak aku letak harga runcit di sini. Kenapa? Sebab sebenarnya kos aku tak sampai banyak tu. Korang boleh jimat dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Penjimatan sehingga 20% dari harga runcit. Dan berapa pulak yuran pendaftaran. Yuran pendaftaran hanya RM 65 seumur hidup. Bukan setakat Nutriwhite korang boleh beli dengan harga diskaun malah semua produk Shaklee akan dapat diskaun. Tapi..... lagi best, korang dapat FREE MEMBERSHIP kalau ambil set ni sebagai permulaan. Dapat bonus lagi di bulan berikutnya. Pernah tak korang beli skincare dapat bonus? Haaa.... ni lah bijak namanya.... Sebab ke empat kenapa aku beralih ke NUTRIWHITE. ;-)
Nak tahu lebih detail boleh masuk blog kesihatan aku yer... Cinta Health ... Jemputlah yer..
Yang paling penting NUTRIWHITE best dan sangat sesuai dengan kulit aku yang extra-extra sensitif ni. Oh ye, now aku dah tak ada alergic ngan kacang lagi.... hoyeh....*lompatbintang*
with luv,
Tuesday, March 25, 2014
Kesedihan yang bertimpa-timpa..
Gambar sekadar hiasan.
Saat negara bersedih dengan kehilangan MH 370, ada lagi yang meruntun jiwa. 529 Pengikut Ikhwanul Muslimin di jatuhkan hukuman mati. Allahu Akbar. Dunia semakin tenat. Kuasa menjadi rebutan. Yang layak hilang kelayakannya. Yang rakus semakin kerakusannya. Syahid mereka pasti. Kita? Atau spesifiknya aku? Allah. Entah bagaimanalah pula nasibnya. Sejauh mana Islam di hatiku? Tegarkah aku seperti mereka yang memperjuangkan Islam? Atau mampukah memiliki sedikit kecekalan hati anak-anak palestin yang sentiasa di tindas? Tanya pada hati....
with luv,
Murahnya air mata
Hari ni, air mata teramatlah murah. Sedih hati masih bersisa. Semalam menangis kesedihan sampai terlelap. Entah bila mata terlelap. Sedar-sedar dah pukul 4 pagi. Dengan keadaan lampu yang terpasang. Leher yang lenguh dek kerana posisi tidur yang tidak sempurna.
Terjaga terus mandi. Ingatan tentang MH 370 masih bermain-main di minda. Sengaja pagi ini aku tak on kan radio di dalam kereta. Sungguh. Hati terlalu nipis. Sedih. Newsfeed di FB rata-rata mengenai ucapan takziah. Status demi status meruntun jiwa. Yang paling menyayat hati bila terbaca status Intan Nurmaizura, isteri salah seorang krew yang terlibat dengan tragedi MH 370. Allah. Entah bila nasibku pula. Sepanjang hari menahan air mata. Adakalanya mengalir juga. Cepat-cepat memandang monitor. Agh.. sungguh murahnya air mata. Betapa tragedi ini terlalu dekat di hati ini. Allah. Al Fatihah.
with luv,
Dear Indian Ocean.
Surah Aal-e-Imran, Ayat 145:
Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.
with luv,
Monday, March 24, 2014
The feeling that I Can't explain.... :-(
DAY 17 : PRAY4MH370
انا لله وانا اليه راجعون...الفاتحة
Sedih tak terkata saat press conference sebentar tadi. Kenapa ye? Sedihnya teramat sangat seperti ada saudara mara terdekat bersama mereka. Allah. Sungguh-sungguh sedih. MH 370 di sahkan terhempas di lautan Hindi. Ya Allah, tiada daya dan kuasa melainkan kuasaMu Ya Allah. Saat jari jemari menari-nari ini pun, air mata masih deras mengalir. Allah. Allah. Allahu Akbar. Darimu kami datang, kepadamu jua di kembalikan.
Al fatihah untuk untuk mangsa yang beragama Islam. Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang Kau Redhai Ya Allah... Semoga keluarga mangsa tabah menerima dugaan ini. Amin. Amin Ya Robb.
Allah...
Apalah daya kami Ya Allah..
Apalah yang ingin Kau tunjukkan kepada kami Ya Allah..
Kami sedar akan dosa-dosa yang menyelubungi kami Ya Allah..
Maka Kau turunkan ujian kepada kami..
Tanda kasihMu ya Allah...
Tetapi... sungguh terlalu berat untuk kami laluinya...
Terlalu sukar untuk kami tempuhinya...
Allah... lindungilah hati-hati kami..
Agar kami menerimanya dengan terbuka...
Dengan penuh keredhaan Mu Ya Allah...
Kau Yang Maha Kuasa....
Pasrahkanlah kami dengan ujianMu...
Tempatkanlah mereka di kalangan hambaMu Yang Kau paling kasihi...
Ameen.
with luv,
Sunday, March 23, 2014
Siapa alihkan keju saya?
Who moved my cheese?
Buku yang mengisi hujung mingguku. Sebuah buku motivasi yang di olah secara santai tetapi besar impaknya. Buku ini menceritakan tentang 2 ekor tikus dan 2 orang kerdil. Watak-watak di dalam buku ini melambangkan atau mewakili setiap kita. Siapakah kita? Yang mana satukah sikap yang mewakili kita? Bakal terjawab di dalam buku ini. Kisahnya mudah di fahami tetapi memberikan kesan yang mendalam andai dipraktik sehari-hari.
Harganya RM 29.90 berkulit tebal. Boleh di habiskan dalam masa sejam mengikut penulis tapi aku ambil masa berjam-jam. Campur tidur dan makan. Sambung tengok running man memanglah memakan masa berjam-jam untuk habiskan sebuah buku.
Personally, aku suka buku ni. Buku ni membawa aku untuk mengenalu watak manakah yang mendominasi aku selama ini. Luckily, sejak aku berada di departme baru, seterusnya menceburkan diri dalam dunia perniagaan Shaklee menjadikan aku watak Haw. Mungkin agak lambat ingin menerima perubahan tetapi akhirnya menerima perubahan yang berlaku dan keluar dari 'comfort zone' untuk terus maju di dalam kehidupan harian. Better late than never. Tepat sekali.
Bila kita menerima perubahan dan cuba menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang berlaku, hidup lebih tenang dan gembira. Keluar dari ketakutan yang kita sendiri wujudkan di dalam diri untuk mengecapi bahagia yang menanti. Benar, apabila berada di dalam zon selesa kita jadi leka. Leka dengan keselesaan tersebut sehingga terlupa nak mempersiapkan diri dengan perubahan yang bakal berlaku.
Apa pun, buku ini sangat sesuai untuk semua golongan. Bahasa yang mudah. Kisah yang ringkas untuk di teladani dan hasil yang besar jika di amalkan.
with luv,
Monday, March 17, 2014
HARGA PROMOSI : {Supplemen Protein Terhangat}
{Supplemen Protein Terhangat}
Promosi sah sehingga 31 March 2014.
Sumber protein yang TERHANGAT ini adalah keluaran Shaklee Malaysia.
Kenapa TERHANGAT?
Sebab ketika promosi pada tahun 2012, gudang Shaklee Malaysia terpaksa restock berkali-kali!!
Tidak ada keraguan pada sijil HALAL dan KKM. PASTI.
Nak lagi BESTTTT....
Bulan ini ada PROMOSI iaitu beli 6 tong PERCUMA 1 tong !!
#PERCUMA 1 TONG (worth RM 150)
#PERCUMA Lifetime Membership (worth RM 65)
#PERCUMA Konsultasi
#PERCUMA Group Coaching di secret group kami.
#BONUS RM 36
#COD area Taman Melati, Taman Melewati, Wangsa Maju, Wangsa Melewati, Keramat, Ampang dan Gombak.
Yang nak mendapatkan harga BORONG 6+1 sila PM SEKARANG!!!
012 3917458 - Raiza
Cinta Health
with luv,
Friday, March 14, 2014
Day 7 : Pray4MH370
Masih tiada perkhabaran. Sedih. Duka...
Tolonglah Ya Allah.... Tolonglah Kami Ya Allah.
Kami merayu padaMu Ya Muhaimin....
with luv,
Thursday, March 13, 2014
Trip to Tioman
Trip ke Tioman ialah last minute planning. Tak plan sangat pun Eh, tak... Plan skit-skit... hehheh.. My BFF yang survey semua... Aku follow je. Plan asal ialah ke Pulau Redang. Tapi akhirnya bertukar ke Tioman. Ok la aku pun tak pernah pergi lagi Tioman ni.
Kitorang bertolak naik bas je. Bas transnasional di TBS (Terminal Bersatu Selatan). Tiket pukul 11.30 malam Sabtu dan di jangka tiba sekitar 5.30 am Sabtu pagi. Tapikan.... Punyalah laju driver bas bawak. Kitorang sampai di Stesyen bas Mersing jam 4.00 am. Perghhhh... gila awal... Apa nak buat ni.. Ahak..
Maka, dari stesyen bas kitorang berjalan kaki ke Jeti Mersing. Feri pertama dari Mersing ke Tioman ialah pada pukul 12.30 tgh hari. Masak nak tunggu dari subuh tu kan. Lebih kurang 8 jam lagi... So kitorang decide check in hotel di kawasan jeti. Hotel bajet je. Boleh jugaklah nak sambung tidur dan mandi segarkan badan.
Ketika di sinilah kami menerima perkhabaran pesawat MAS MH 370 hilang dari radar. Masa ni memang terkedu dan tersentap. Apakah? Sedikit terganggu emosi percutian.
Pukul 11.00 am kami mencari kedai makan mengisi perut dahulu sebelum bergerak ke Jeti. Harus mengisi perut sebelum menempuh perjalanan lautan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sekitar jam 12 kami terus check out dan bergegas ke Jeti. Janji dengan agen before 12.30 pm.
Tiba di Jeti lebih kurang jam 12.15 pm dan terus bergegas mencari agen. Rupanya, kami tersilap. Oh, bukanlah silap cuma tak tahu. Tak tahu yang kena datang sejam sebelum masa berlepas. Agen pon tak bagitahu ok. Aduhh... Terpaksa tunda ke feri berikutnya jam 2.00 pm. Mujur dah makan siap-siap. Maka tunggulah kami di Jeti.
Wajah-wajah bosan menanti ketibaan feri. Selfie la apalagi kan.... hehheheh
Prosedur di Jeti Mersing. Panduan untuk sesiapa yang ingin ke Tioman.
Pertama. Silalah check jadual perjalanan feri awal-awal supaya korang bersedia. Dan dapat kurangkan masa menunggu. Oh ya, jadual perjalanan Feri berbeza mengikut hari. Itu yang penting untuk check jadual terlebih dahulu.
Kedua. Datang sejam awal walaupun korang dah booking siap-siap dengan agen. Tak ada maknanya ok. Korang tetap kena beratur dan melalui prosedur yang ditetapkan. Belilah tiket di kaunter yang disediakan. Tiket berharga RM 35 (kalau tak silap) Kalau korang guna agen biasanya agen dah belikan. But still kena datang awal untuk melalui prosedur berikutnya. Mula-mula beratur untuk menulis butiran peribadi. Kemudian tunggu kaunter boarding tiket di buka. Kemudian beratur lagi ambil boarding pass pulak.
Ketiga. Jangan lupa beli tiket Marine Park bernilai RM 5 dan tiket Taman Negara juga RM 5. Tiket-tiket ni boleh di beli kaunter yang di sediakan.
Keempat. Tunggulah boarding time korang.
Layan novel. Memang dah jangka, masa menunggu yang panjang...
Gadis kecil di pinggir Gaza. Yes, inilah novelnya. Nasib baik pouch bag besar so boleh muat novel ni.
Yeay! Dah sampai Tioman. Kami di jeti Kg. Salang.
Setelah melalui perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Jeti Mersing. Indah sungguh panoramanya. Oh ya, kitorang tinggal di Kg. Salang. Mengikut review, Kg. Salang tempat yang paling best di Tioman. Happening. Kedai makan pon banyak selain boleh snorkeling suka-suka hati. Bilik di sini boleh dapat harga serendah RM 50 semalam untuk bilik yang tiada aircond manakala bilik aircond RM 125 semalam. Kitorang pilih bilik aircond sebab kami kan puteri lilin. hahhahaah
Suasana di tepi jeti.
Lihatlah. Cantiknya batu-batuan pantai...
Aktiviti santai di petang hari ialah jalan-jalan tepi pantai sambil survey harga untuk snorkeling dan menjelajah pulau keesokan hari. Kitorang akhirnya memilih khidmat Pak Long Enterprise untuk aktiviti ke pulau-pulau. Kitorang pilih custom route. Di mana kitorang decide nak ke mana dan masa. Normal route is half day tapi kitorang pilih full day. Sehingga lewat petang. Charge RM 120 per head untuk 6 destinasi. 3 untuk snorkeling terumbu karang. 1 marine park. 1 pantai untuk mandi manda. 1 tempat makan dan kedai bebas cukai iaitu Kg. Tekek. Kalau untuk normal route just RM 85 per head. Dan kalau nak melawat keliling pulau charge lebih kurang RM 100 per head. Kedua-duanya halfday activities.
Jalan-jalan ambil angin. Sempat layan sunset tapi terlupa nak capture picture.
Dinner malam pertama di Pulau Tioman. Dinner biasa-biasa je malam ni. Keletihan perjalanan dari KL masih terasa. Bantal dan tilam seolah-olah memanggil-manggil.
Suasana di pagi hari sebelum menjelajah pulau dan aktiviti snorkeling.
Cantikkan langit yang membiru. Tenang lagi menenangkan.
Menanti boat ready. Breakfast here. Pagi ni breakfast bread toast with jam.
Dalam speedboat sementara tiba ke destinasi pertama.
with my BFF.
Lihatlah ikan-ikan yang berenang-renang. Cantik sangat. Indahnya perasaan berenang-renang dengan ikan-ikan di lautan. Dulu aku geli. Hahaha... Sekarang tak lagi sejak trip ke KK tempoh hari. Dah biasa dengan ikan-ikan ni.. hehehe.. But my BFF still geli-geli gittew. Terjerit² la member.. ;-)
Lihatlah kejernihan airnya.
Destinasi ke dua. Di tepian pantai. Tepi pantai pun ikan ada.
Jernih sangat airnya.
Rindu pulak dengan ikan-ikan ni. ;-)
Tapi kan... dalam keseronokan ni ada juga yang tak bestnya.... Tak bestnya ialah aku terkena food poisoning. Sedikit sebanyak terganggu. Keadaan hanya terkawal di 2 destinasi. Destinasi ke tiga aku dah tak tahan. Really spoil my day. Terus mintak boatman hantar balik ke chalet. Nasib baik sempat juga menikmati keindahan alam.... Rasa macam ruginya tak join lagi 3 destinasi... Tak pe lah. Mungkin ada hikmahnya. So next destinasi my BFF jer yang pergi. Maka baliklah aku ke chalet melayan perasaan memerut. haha.
Dan yang kelakarnya, boleh pulak tersesat nak ke bilik aku. Bayangkan kritikalnya keadaan aku ketika itu sampai tersesat bilik. Pastu cam blur. Eh aku kat mana ni? hahahha..
Sampai bilik terus mandi, ambil nutriferon as immune booster dan terus tidur. Terjaga apabila jam menunjukkan ke angka 5pm itu pun sebab bunyi my BFF balik. Haih. Lama sungguh tidur.
Suasana petang di Kg. Salang, Pulau Tioman.
Dalam keadaan yang tak berapa nak ok tu, berjalan menghirup udara pantai. Harus gagahkan diri. Rugi pulak rasa time bercuti kena duduk bilik kan. So petang ni memang dah plan nak tengok sunset sambil layan banana spilt di tepi pantai.
Buai laju-laju sampai pokok sena..... sila sambung sendiri ye.. ;-)
Lepak di restoran tepian pantai sementara menanti sunset.
Khusyuk akak berborak. Kisah tragedi feri meletup beberapa tahun yang lepas. Kitorang kat sini ada jurucakap khas. ;-) Baik dengan akak yang uruskan Pak Long Enterprise. So banyaklah dapat story yang berkaitan dengan Tioman.
my stylo sunglass
Sunset dah mula menunjukkan bayang.
Cantikkkkkk sangat. Sambil² layan banana split. Borak-borak. Malam ni kitorang plan makan seafood. My BFF dah siap² booking untuk malam ni.
Yer, tidak ada gambar sebab... sebab... excited makan.. hahahha... Kitorang ambil set. Satu set RM 35 untuk 2 orang makan. Set ni ada semangkuk tomyam seafood, 5 ekor udang, 2 ekor sotong, sayur, dan seekor ikan. FOC juice. Nampak macam sikit kan.... Tapi bagi aku lah... set untuk 2 orang ni boleh makan untuk 3 or 4 orang ok. Banyak yer. Ikan dah lah besar... Sotong pon besar... Udang apatah lagi.. Sebab kitorang ni tamak haloba, maka kami ambil 2 set. Sekali sampai atas meja.. Hah.. Ambik kau.... Senak perut nak habiskan... hahhaha... Harga bagi aku consider murah. Tapi sambal cicah tak berapa umph... but overall ok.
Habis Dinner terus balik bilik layan mata... hahhaha.. kekenyangan ok...
Day 3. Good bye Tioman!
Day 3 adalah hari terakhir di Tioman. Asalnya tiket bas kami ialah jam 12.30 tengah hari. Tapi malangnya feri pertama dari Tioman adalah jam 12 tengah hari. Terpaksalah burn tiket tu dan beli tiket lain. So the new tiket jam 6.00 petang. The only tiket yang ada. hahaha... layan jer la...
Sebab tiket bas lewat petang, maka kami ambil feri yang terakhir jam 2.30 pm. So tak adalah tunggu lama sangat kat Mersing nanti. Sempatlah pagi tu bersnorkeling lagi. Layan snorkelling tepi pantai je. Sambil² bagi ikan makan... Syokkkkk.... Ikan-ikan ni macam friendly sangat.... Pagi-pagi lagi dah turun pantai. Breakfast dan terus bersnorkelling sampai jam menunjukkan pukul 10.30 am. Balik bilik dan packing. Around kul 1.30 pm kami dah bersedia di tepi jeti. Takut kena tinggal lagi.. hehhehe... Tapi feri kul 2.30 pm pon tak gerak lagi.
Lebih kurang pukul 5.00 pm sampai di jeti Mersing terus ke station bas. Masa menunggu tidaklah terlalu lama. Sempatlah minum dahulu sebelum naik bas. Bas memulakan perjalanan tepat jam 6 pm. Perjalanan dari Mersing ke Terminal Bersatu Selatan mengambil masa lebih kurang 5 jam. So kami tiba di TBS jam 11 malam. Ok, la. Trip yang best. ;-)
Next trip adakah Korea? hehhehe.. in my dream...
with luv,
Subscribe to:
Posts (Atom)