Thursday, January 31, 2013

Jom buat eskrim sendiri....


Siapa penah wat eskrim sendiri?
Senang je wat eskrim ni rupanya. Resipi pon mudah. Yang paling penting ada mixer. 

Bahan-bahannya :

1 tin susu cair 
(Saya pakai whipping cream sbb whipping cream sy dah nak expired lg sebulan... huhu)
1/2 tin susu pekat manis 
(saya guna 1/4 tin)
1 sudu kecil ovalette
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
perasa 
( saya guna strawbery (10 biji), mocha (serbuk milo + serbuk indocafe) & vanila)


Cara-cara :
  1.  Masukkan semua bahan kecuali perasa dalam mangkuk mixer.
  2. Pukul hingga kembang menggunakan kelajuan perlahan - laju. Maknanya, startla kelajuan paling perlahan dan ubah ke sederhana hingga ke laju sehinggalah adunan kembang dan pekat seperti krim lebih kurang 15-20 min.
  3. Namanya es+krem kan... harus lah pukul sampai jadik krim.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian (strawbery, mocha & vanila)
  5. Ambil setiap bahagian dan masukkan perasa kecuali strawberi. Kacau sebati. Letak tepi.
  6. Ambil 1 bahagian untuk strawbery tu masuk dalam blender dan blend sekali dengan strawbery hingga strawberi hancur. Letakkan sedikit pewarna merah untuk bagi effect warna strawberi. Kalau krim tadi jadik cair, masukkan semula dalam mangkuk mixer dan pukul lagi hingga pekat.
  7. Kalau nak buat 1 perasa buah je... Tak yah lah buat step 1-4 tu... Terus je blender sumer bahan termasuk buah yg nak guna. Lepas dah blend hancur baru masuk dalam mangkuk mixer dan pukul sampai jadik krim. 
  8. Ambil tupperware eskrem (kalo nak feeling-feeling cam beli kat kedai). Masukkan setiap krim yang pekat di mulakan di bahagian tengah. Macam saya, saya letakkan krim perasa vanilla di bahagian tengah tupperware dahulu. Kemudian diikuti dengan perasa lain di sebelah kiri dan kanan vanila. Bukan apa, saje nak bagi vanilla as center point.
  9. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga beku. Biasanya dalam 5-6 jam.
  10. Dah siap!




Pukul sampai lebam... eh tak.... pukul sampai pekat.. hehhe

Dah siap masuk tupperware eskrem... (Konon-konon cam beli kat kedai la..)
Nampak tak cam tanduk-tanduk tu? Kalau sampai kuar tanduk tu maksudnya cukup pekat. Yang strawberry ni cair skit sbb tu tak kuar tanduk. So moral, pukul sampai kuar tanduk... hehhehe


Dah siap untuk di makan... Dah nak habis baru teringat nak snap pic.

Tips : 
  • Lagi gebusss/kembang krim korang pukul, lagi lembutlah aiskrim korang.
  • Tidak di sarankan guna blender untuk gantikan mixer sbb blender tak jadik cam krim. Akan jadik cair. Kalau cair, nanti eskrem korang keras tak lembut cam beli kat kedai.
  • Gunalah mixer... hehhehe... ...Selamat Mencuba!

Nota kaki: Makan eskrim ngan roti macam zaman skola-skola dulu pon sedap.... Yummy....



with luv,

Rindunya...




Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"

Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."

Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."

Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulullah."

Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."

Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."

Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."

Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka...."





with luv,

Wednesday, January 30, 2013

I'm in love....



Lalalala... senangnya dalam hati... haha..
Yes.. I'm in love again.... Jatuh cinta pada siapa?
Woppsss... Don't serkap-serkap okey. hehe
I'm in love with Al Humaira Contemporary hijap. 
Serius best materialnya..



Dah lama tak gilakan tudung dan tak sopink tudung beriya-iya. 
Yer, sopink tudung yang beriya-iya seperti tidak pernah ada tudung. Muhahah
First time pegi butik Al Humaira kat The Strand Jumaat lepas. Agak berpusing-pusing jugaklah mencari. Maklumlah tak biasa menghala ke sana. Lelagi jenjalan sorang2. Mana nak tengok signboardnya. Nak tengok nama butiknya. Pusing punya pusing finally jumpa jugak. Happy giler. Dan yang paling best masa sampai tu tak ada customer pon. So bolehlah mendominasi segenap ruang. 

Miera (tengah) model Al Humaira.

Selalu tengok kat website sangat cantik. Of coslah kan sebab model yang menggayakan pun cantik. Memang cantik pun. Material yang sangat mudah dibentuk. Lembut sangat. Yang chiffon pon jenis yang mudah di bentuk.


Just grab 2 helai jer selendang. 1 jenis cotton shirt (RM39) dan satu lagi chiffon (RM49) dan satin inner neck (RM 49) for the first time. Selesa je pakai inner neck ni. Melekap terus kat muka. Tak de longgar pon. Harga adalah berpatutan dengan kualitinya. Last i'm in love with hijab ialah brand Nurbarakah. Murah dan selesa but now Nurbarakah banyak keluarkan tudung jenis haji so ada lapik di dagu yang aku tak berapa nak berkenan. Ahak. So memang dah bertahun kot tak wat collection tudung. Before Nurbarakah, aku in luv dengan Munawwarah. Memang best sangat tudung ni tapi harganya mahal. Sehelai mencecah seratus ringgit. Ok tapi time gila dulu, beli je pun. Ahak. Tetiap minggu turun TTDI gi butik Munawwarah. Lepas tudung Munawwarah femes la baru wujudnya Ariani semua tu. 

Ok Ariani aku tak suka. Haha. Samada dari segi material mahupun cuttingnya. Sebab tu aku tak ada satu pon koleksi tudung Ariani. Dan yang paling membuatkan aku menyampah dengan Ariani bila kene 'paksa' beli oleh manager kat Jakel dulu. Siap selak tudung yang aku pakai masa tu sebab nak tengok brand...(Kisah long long time ago)... Masa tu memang slumber jer aku sound mamat tu kata aku tak suka Ariani sebab tak best dan mahal.. kalau best tapi mahal accept la jugakkan... hhahahha... hangin aku kan... 

Ok, seriusly I'm in luv with Al Humaira Contemporary Hijap! Next month kena allocate budget untuk AHC hijap lah nampaknya. ahak.



with luv,

Tuesday, January 29, 2013

Jimba Time..



Kedai pon tak bukak lagi.

CNY dah start...

Sabtu yang di habiskan dengan aktiviti berjimba-jimba dengan my Favorite GBS. Sempat la layan Hansel & Gretel. Keluar rumah seawal jam 8 pagi. Gila awal kan. Biasala kene ikut schedule GBS yang shift malam so layan jer lah. Pukul 8 kedai apa yang dah bukak? So kitorang gi breakfast dulu di Ukay Perdana. Lepak sat sampai kul 9 dan terus bergerak ke The Curve.







Hari ni plannya nak round-round Flea Market. Sampai the curve sangatlah awal... stok tolong bukak kedai punya. Ahak. Sementara nak tunggu flea market bukak, kitorang gi Tesco dulu. Pusing-pusing Tesco setengah jam sedang elok la Flea Market pon bukak.


So berjalan-jalan sekitar The curve dulu. Masuk butik-butik kegemaran cuci-cuci mata. Heaven. Dah lama tak buat aktiviti santai macam ni. Layan handbag, layan kasut, layan baju. Memang terapi minda. Mind setting turn 360 deg.... Hilang segala stress yang bersarang. Butik kegemaran Charles & Keith haruslah masuk juga kan. Nak cari handbag baru sebenarnya. Ok, ada berkenan satu handbag. Cinta pandang pertama. Ahak. Discuss² dengan GBS and GBS suggest jalan kat Flea Market dulu. Ok, let's cuci mata lagi.


Oh gila sungguh tengok HP cover ala² vintage gitu. Cantik. Tapi aku nak cari yang 'blink-blink' macam yang lama jugak. Tak ada la pula untuk Note. Ada untuk Iphone 5 jer. Ok, tak pe... GBS shopping tudung. Aku dah beli tudung semalam di Al Humaira butik kat kota Damansara. Lagipon, tengok materialnya sama lebih kurang dengan Al Humaira. Harga pun sama. So lebih baik shopping kat AL Humaira. Boleh try² dan sangat selesa shopping di butik. Nanti aku citer pasal tudung nih.

Tawaf Flea market berkali-kali. Banyak sungguh benda-benda yang menarik perhatian. Pusing punya pusing tak beli apa pun... Terus gi cineleisure. Ops.. movie start kul 12.30 so jalan² area situ dulu. Memang puaslah layan mata kan. Sempatlah beli cover Note baru yang blink-blink. Yeay! Finally jumpa jugak. Dalam mind nak beli hand bag Charles & Keith jer balik nanti. So terus lepak wayang. 

Citer Hensel & Gretel ni agak menarik dan ganas. Berkisar tentang ahli sihir. Filem ‘Hansel and Gretel’ mengisahkan tentang sepasang adik beradik yang dikenali sebagai Hansel dan Gretel lakonan Jeremy Renner serta  Gemma Arterton. Filem bergenra aksi, komedi dan seram ini merupakan arahan Tommy Wirkola dan untuk makluman Tommy sebelum ini pernah mengarahkan beberapa filem komedi seram seperti ‘Norwegian Nazi Zombie’ serta ‘Dead Snow.’

Secara umumnya filem ’Hansel and Gretel’ ini merupakan kesinambungan kepada kisah dongeng Hansel dan Gretel oleh Brothers Grimm, di mana ia menceritakan tentang Hansel dan Gretel yang ditinggalkan oleh bapa mereka di dalam sebuah hutan dan pada ketika itu mereka telah memasuki sebuah rumah yang dikenali sebagai ‘Gingerbread.’

Sewaktu berada di dalam rumah tersebut, adik beradik ini telah ditahan oleh seorang ahli sihir tua dan mereka nyaris di makan oleh ahli sihir tersebut. Namun begitu, sebelum menjadi makanan kepada ahli sihir tersebut, Hansel dan Gretel telah sempat menyelamatkan diri mereka dengan mancampakkan ahli sihir jahat itu ke dalam sebuah ketuhar. Selepas daripada insiden tersebut, adik beradik ini telah menjadi berani dan menjalankan aktiviti memburu serta menghapuskan ahli sihir.

Segala konflik bermula apabila Hansel dan Gretel mendapat tahu bahawa ahli-ahli sihir bakal mengadakan ‘Perayaan Bulan Darah,’ yang mana mereka perlu mengorbankan 12 orang kanak-kanak, di mana masing-masing merupakan enam orang lelaki dan enam orang perempuan yang lahir pada bulan yang berlainan. Mampukah Hansel dan Gretel menyelamatkan kanak-kanak tersebut?

Dalam usaha untuk menumpaskan ahli-ahli sihir, tiba-tiba Hansel dan Gretel mendapat tahu bahawa ibu mereka juga merupakan seorang ahli sihir yang bernama Adrianna dan disebabkan itu bapa mereka meninggalkan adik beradik ini di dalam hutan pada suatu ketika dahulu. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Ingin ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menonton filem ‘Hansel and Gretel’ di pawagam berhampiran anda sekarang! 




 Habis wayang terus layan Fish Manhattan. Yummy..... Dah jemu makan ayam. Ahak. Asalnya GBS nak makan sushi tapi aku adalah tidak berapa gemar sushi. Makan tapi bukanlah makanan kegemaran. makan cepat² sebab nak beli hand bag idaman hati di Charles & Keith. Yeay!

Sampai umah sekitar jam 4 pm dengan penuh kepuasan. Haha. Oh ye, jalan tidak jam yer ke kitorg pandai cari jalan yang tidak jam. Ahak. Yang pasti tidaklah lalu Batu Caves kan. Itu mencari penyakit namanya. 


Nota kaki : Skang nak tepek kat blog gamba byk².. biarla org nak kata SS pon. haha... Sebab ext HD asiklah problem. Habis semua pic hilang.... 



with luv,

Wednesday, January 23, 2013

Berbagi rasa....


Di sini tempat meluahkan rasa
Di sini tempat menitiskan air mata
Di sini tempat melepaskan marah yg membara
Di sini tempat memujuk duka dan lara

Yer, di sinilah tempat setiap emosi bersatu
Sedih, duka, lara, marah dan gembira
Bercampur menjadi satu rasa yang baru
Untuk meneruskan sebuah perjalanan
Hingga ke hujung nyawa

Benar aku telah cukup dewasa
Untuk menjadi hamba emosi yang ada
Namun aku tetap manusia biasa
Yang adakalanya tertewas jua...

Tolonglah hormati apa yang aku rasa
Kalaupun tidak mahu menyelaminya
Apatah lagi merasainya

Adakalanya hidup perlu simple
Tapi ada kalanya hidup perlu di nikmati
Dengan berbagai rasa yang ada

Bukankah Tuhan menguji setiap hambaNya
Sebagai tanda kasih dan sayangNya
Atau mungkin untuk meningkatkan darjat yang ada
Menuju ke puncak bahagia

by,
msraiza




with luv,

Tuesday, January 22, 2013

Friday, January 18, 2013

Thank you...


susah berkata-kata dengan org yang dalam kesedihan..
banyak diam dari berkata-kata
saat pertanyaan demi pertanyaan itu mengundang duka
diam mungkin caranya
untuk mengawal emosi dan intonasi
sehingga yang memanggil itu tidak menyedari
yang adanya airmata utk di sembunyi

Benar... letih berkata-kata dengan manusia yang jiwanya kacau
kerana setiap bicara seperti kaca yang menikam jiwa
perit pedih luka kecewa bersatu bersama

Tidak mengapa jika kamu tidak memahaminya
Bahasa jiwa seorang yang kecewa
Tidak mengapa jika kamu memarahinya
Apabila apa yang kamu inginkan darinya tiada
Tidak mengapa kamu mengherdiknya
Kerna mungkin ini caranya kamu melepaskan kesakitannya

Orang yang jiwanya sedang gelora
Tidak mungkin dapat bertindak seperti yang kamu minta
Orang yang hatinya terluka
Tidak mungkin dapat bertindak seperti biasa

Terima kasih kerana menjadi seseorang yang 'sangat memahami'...
Bahasa jiwa seorang yang kecewa. Thank you very much!!


~ msraiza @ 7:25 pm ~
...I'm sorry.. I cant be wat u wanna me to be ...

Nota kaki : camne nak ilangkan bengkak mata? adeh... dah mata panda lak. ahak.







with luv,

.................................







with luv,

Thursday, January 17, 2013

sedih....




Sedih sangat hari ni. Rasa down gila. Kenapa perlu ada kehilangan lagi? Perpisahan yang dulu pon masih terasa rindunya, sedihnya. Perlu melalui kehilangan sekali lagi buat hati ini lelah sekali. Hari yang di mulai dengan meeting yang menyesakkan minda. Sambung diskusi di tengah hari sampai skip makan tengah hari dan sambung lagi dengan meeting yang lain. Sungguh melelahkan. Saat fizikal tercari-cari energy, terima pula berita yang sangat mengejutkan. Hati mula bersedih. Fizikal mula lemah dan minda mulai lelah. Tidak mampu mendigest kesedihan itu menjadi kegembiraan. Tidak mampu. Mata mula memainkan perannya. Air mata mula mengambil alih menunjukkan kesedihan itu sakit sekali.

Please....please...please positive aura come to me. Need u... really need u... Hati, terimalah ini jalan yang tertulis. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahannya. Sampai masa berpisah jua. Tapi kenapa skang? Perpisahan lampau masih sukar di terima sudah perlu melalui perpisahan sekali lagi. Allahhuakbar. Allah maha Besar.





with luv,

Gila Maxi!


Kenapa lately ni suka sangat tengok maxi. Bila nampak maxi suka. Nampak orang pakai pun suka. Nampak cam cantiknya lah. It looks very feminine. Apakah? Apakah maksud tersiratnya? Hahaahha..
Yer, aku dah semakin berusia. Muhaha.. Oh tidak! Semakin dewasa je. Tak nak mengaku tu. 

Btw, cantikkan maxi kali nih. Kali ni blogwalking ke The Poplook pulak. Cantik dan harganya berpatutan. Tapi aku tak pernah beli kat sini lagi. Nak sangat beli tapi harus di ingat motto tahun ini, JANGAN MEMBAZIR! ok ok... cuci mata jer sambil-sambil melawan nafsu bersopink. 

U know what? Nak melawan nafsu bukan perkara mudah ok. Asyiklah ada argumentnya. ok tarik nafas .... hembus... tarik nafas... hembus.... tarik nafas... hembus... arghhhh... Nak beli jugak! muhahhaha












Bulan ni punya gaji kena proper manage. Kalau tak, maunya aku hangkut semua baju-baju nih. Gila! u r crazy gurlzzzz.... oh my god!!! 







with luv,

Tuesday, January 15, 2013

Saturday, January 12, 2013

Thursday, January 10, 2013

Rutin penjagaan muka


Rutin penjagaan muka saya menggunakan Nutox dan Bio Essence with ATP. Maklumlah, bila usia dah semakin meningkat, penjagaan muka kena extra care lah kan. Untuk kelihatan sekurang-kurangnya seusia dengan umur semasa. Hahaha. 

Ok, kita mulakan dengan penjagaan di pagi hari start dari bangun tidur.

Pagi
1) Scrub muka dengan Deep Exfoliating Gel with ATP - Setiap 2 hari sekali.

2) Cuci muka dengan Silky Foaming Cleanser with ATP
3) Segarkan dengan Deep Nourishing Toner with ATP 
4) Bio-Energy Eye Bag Vanishing Serum - Penjagaan mata.

4) Radiant Youth Essence with ATP
5) Bio-cell Repair Rejuvenating Serum with ATP
tapi sekarang saya tukar kepada 

White & Firm Double Action Essence

Tengah hari

1) Wrinkle Away Cleanser - Nutox
2) Skin Refining Astringent
3) Radiant Youth Essence with ATP

4) Moisture Emulsion SPF25PA++


Malam

1) Cuci muka dengan Silky Foaming Cleanser with ATP
2) Segarkan dengan Deep Nourishing Toner with ATP 
3) Face Lifting Cream with ATP

4)Superstar Night Mask - 3x seminggu


Inilah rutin penjagaan muka saya setiap hari. Nampak macam banyak je tapi sebenarnya tak pun. Lelagi kalau dah biasa. Hanya ambik 5 min sahaja untuk complete every session. Kalau mood rajin tengah datang, keraplah pakai Superstar Night Mask, tapi kalau malas setakat cuci dan toner sahaja. Bila kulit dah teruk barulah sibuk ikut semula rutin harian. Haih la... Kadang-kadang konsisten kadang-kadang tak konsisten. Biasanya rutin sebelah malam yang selalu tak konsisten. 

Untuk Nutox set sekarang saya beli trial pack je sebab senang nak bawa everyday ke office. Walaupun hanya trial tapi still boleh tahan lebih sebulan. Mungkin untuk facial wash saya akan kembali kepada Nutox. Suka sangat bau Nutox. fresh.

Dan sekarang saya perasan pigmentation dah mula ada walau tidak ketara. Mujur kulit saya jenis gelap so tidaklah ketara sangat. So, saya tukar Bio-cell Repair Rejuvenating Serum with ATP kepada White & Firm Double Action Essence from Tanaka White range untuk memudarkan pigmentation.



with luv,