Aidilfitri kali ini sedikit terganggu dengan berita2 yang mengejutkan. Walaupun ianya memberikan tamparan yang hebat namun hati cuba untuk menterjemahkan dalam perspektif positif. Yes, i've been transfered to another department to help and assist them on technical matters. Perubahan besar dalam dunia kerjaya dan hala tujunya. Bayangkan apabila terpaksa belajar sesuatu yang baru yang bukan my speciality.
9 tahun berkhidmat memberikan pengalaman yang bercampur baur antara pahit dan manis. Dari budak hingusan yang tak punya pengalaman hingga menjadi seseorang yang independant mengundang bukan sedikit pengalaman untuk berada di tempat sekarang. Mungkin sudah terlalu selesa maka Allah turunkan sedikit ujian untuk aku terus belajar dan belajar walau tersasar jauh dari study background. Dari seorang programmer yang bergelumang dengan ulat2 coding turn 360degree to website and promotion yang deal dengan ramai org. Kalau sebelum ni, hanya berdepan dengan komputer yang tidak bernyawa walau kadangkala agak stress tapi tidak perlu memikirkan perihal hati dan perasaan. Kerana sesungguhnya deal dengan hati dan perasaan ini terlalu sukar berbanding deal dgn sebuah mesen yang tidak bernyawa.
But now, membawa imej yang lebih korporat, mempromosikan dan menaikkan rangking organisasi dipersada dunia bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu berat tanggungjawab yang perlu digalas namun inilah tanggungjawab yang harus dipikul saat ini.
Sedih masih menguasai diri. Kenapakah? Sedih meninggalkan sesuatu yang kita sayang. Tapi career harus di teruskan. Itu yang pasti. Hai lah hati, redhalah. Mungkin luarannya nampak bahagia sekali tapi dalam hati tiada siapa yang tahu. Yess, benar... Ini bukanlah penghujung kehidupan, transfer jer kot. Kenapa nak sedih sangat? Aku tahu ada yang berkata beginikan. Itulah peliknya hati.
Bukan aku tak gembira berada di tempat baru, gembira sekali. Masih berada dalam persekitaran yang positif. Penerimaan rakan2 setugas yang baru banyak membantu untuk aku sesuaikan diri tapi itulah hati. Yang lama tetap dirindui. Kata-kata semangat dari rakan terdekat banyak memberikan kekuatan namun ada satu ingatan dari seseorang yang buat aku terdiam lalu memikirkannya....
Ingat pesanan ni……
”Kadangkala kita amat menyukai sesuatu itu padahal ia bukan yg terbaik buat kita….manakala kita tidak menyukai sesuatu itu padahal ia yg terbaik buat kita….hanya Allah yang maha mengetahui”
Kata-kata yang banyak memberi sumber inspirasi.
Mizah, I need you..... really need u to talk... to cry... n to share... will miss that moment my dear!
with luv,
No comments:
Post a Comment