Salam,
Syawal dah nak berakhir baru nak upload gambar Raya. Finally, baru ada mood nak update pasal Raya kali ini. Seperti biasa raya pertama di Johor. Really like it! Kebelakangan ini, keputusan untuk pulang beraya di mana adalah keputusan ai. Oh suker! Bukan tak suka beraya di Sabak Bernam tapi rasanya 1 Syawal lebih meriah di Johor. Dengan suasana 'kampung'nya yang masih belum tercemar sungguh meninggalkan nostalgia setiap kali Aidilfitri menjelma.
Inilah kampungku yang sangat kampung!
Rumah kampung yang masih kekal dengan ciri-ciri kekampungannya.
Cuma upgrade skit jer toilet dah dalam rumah.
Kalau dulu-dulu, toilet kat luar rumah. Belum masuk jamban yang nun jauh di dalam kebun getah belakang rumah. Oh sungguh nostalgia saat itu. Mana taknya, bila 'panggilan' telah sampai mulalah gelabah cari teman. Tambah-tambah kalau di malam hari, semua pon tanak temankan sebab takut. haha. Kalau di kenang-kenang zaman dulu memang indah.
Biasanya, akhir Ramadhan dah mula sibuk di dapur menyediakan juadah untuk pagi raya. So masing-masing akan mengambil bahagian. Para-para emak memang sangat sibuklah time nih. Di sebabkan now sepupu sepapat dah besar panjang so tak ramailah kanak-kanak yang ada di rumah. Hanya Maira dan Arif shj. Of coslah menjadi tumpuan kan. Semua pun sibuk layan diorang nih.
Moment inilah yang tidak ada di Sabak Bernam. Kekecohan persiapan hari raya. Belum lagi berebut ironnya. Haha. Memang menjadi kebiasaan waktu menggosok baju adalah malam raya. Sebab biasanya malam raya dah siap masak. Time nih lah masa berborak dan bertukar-tukar cerita. Masing-masing mula menayang baju raya.
Siapa yang dapat iron awal, dapatlah tidur awal, siapa yang last iron alamatnya tidurlah 1-2 pagi. Kebiasaannya masing-masing hanya tidur selepas siap iron baju sebab senang esok pagi taklah terkocoh-kocoh.
Pagi raya sekali lagi keadaan akan jadi kecoh apabila berebut bilik air. Haha. Tapi biasanya yang perempuan akan beri laluan kepada lelaki dahulu untuk mandi so yang lain mulalah sediakan apa yang patut. Isi kueh raya. Menyiapkan hidangan di pagi Syawal dan lain-lain.
Bila kaum lelaki mula ke Masjid, tibalah giliran sejelita-jelita yang tinggal ni pula berebut bilik air untuk mandi dan bersiap sementara menanti kaum adam pulang dari masjid. Sesi bermakeup pun bermula. Sungguh meriah rasanya.
My Atuk Mak.
Atuk masih sihat dan boleh menjaga diri sendiri walaupun usianya sudah lanjut.
My parent with cucu-cucu kesayangan.
This year Kak Ima beraya sekali dengan kitorang. So bertambah meriahlah dengan gelagat cucu-cucu atuk nih.
Boy, Pak cik, Mak Ngah, Maira and Arif.
Suka gambar ni. Nampak ceria.
Abang.
Abang adalah anak lelaki sulung sebab itulah dipanggil abang walau abang anak yang ke3 dalam keluarga. Di sebabkan dia lelaki sulung kewibawaannya memang sangat terserlah.
Maklumlah bakal pemimpin! Haha.
Adik.
Kenapa adik? Sedangkan dia bukan bongsu. Sebab jarak adik ngan boy hampir 14 tahun so dah terbiasa panggil adik.
Serupa?
Beza ai dengan abang ialah 6 tahun.
Abang, Maira dengan Abah.
Amboi Arif. Suka dok ngan atuk yer.
Kak Ima sekeluarga.
Inilah papa ngan mummy Maira.
Ada rupakan?
Tahun ni tema diorang warna hijau.
My Family.
My Family with Atuk Mak.
Mak Itam and family.
Mak Long and Family
Pak Cik Din and family.
Ni adik mak yang paling bongsu.
Mummy nak bergambar dengan Maira dan ARif tapi Maira tanak. Terpaksalah Mak Ngah enterprem skali. huhu.
Arif Syahmi dah start mengantuk. Nasib baik dah awal-awal bergambar.
Selesai bersalaman. Tengah tunggu nak gi beraya pulak.
My cousin and Ai.
My cousins
Maira memang tak kasik can kat Mak Ngah nak bergambar kan.
Dara pingitan.
Saper nak duit raya?
Dah cam Joyah kak Ima nih. Hahahha
Turn Mak Ngah bersalaman.
Maira tetaplahkan mengekor Mak Ngah jer.
Percubaan Pak Cik mengambil Maira nak bagi peluang Mak Ngah bersalaman.
Haruslah Maira sentap menangis kan.
Beramah mesra dengan anak buah.
Ok saper nak duit raya? Pertama kali Pak Cik bagi duit raya nih. Puas Mak ngah mengendeng Pak Cik tapi tetaplah tak dapat kan. ceh.
Inilah muka-muka pemberi duit raya. Senyum yer.
Dah kira kos kerugian ker? ekekkeke
Lihatlah Maira. Anak manja kesayangan Mak Ngah.
Yang ni pulak penerima duit raya. Haruslah senyum nampak gigi kan.
3 Dara Pingitan.
Jambatan yang telah uzur.
Tapi sinilah spot paling cantik nak bergambar.
Adik dan Boy.
Perasan hensem!
Mamat skema!
hahaha
with luv,
No comments:
Post a Comment