Saturday, September 29, 2012

Berbaik sangkalah.



Indahnya perancangan Allah itu tidaklah terjangkau dek akal dan fikiran.
Seringkali kita tertanya-tanya apakah hikmah disebaliknya?
Hati mula gundah gulana. Fikiran mula diracuni. Akal mula berbelah bahagi.

Berbaik sangkalah dengan Yang Maha Pencipta.
Tidak mungkin Dia ingin menghancurkan hasil ciptaanNya.
Bukankah kita semua dicipta dengan penuh kasih sayang?



with luv,

Wednesday, September 26, 2012

Prof Muhaya : 10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu




10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu

1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru, termasuklah:

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. 

Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com






with luv,

Monday, September 24, 2012

very important thing...


Semenjak berada di Corporate Opis, benda ni memanglah sangat penting. Yang jadik lebih pentingnya sebab ai ni banyak makan semut. Asyiklah pelupa. Ko pikir boleh bagi alasan ni time keje? Jangan harap ok! So terpaksalah mencari alternatif untuk solvekan masalah pelupa yang semakinlah ketara sekarang ni.



Memo pad. Yes! Tak pernah okey menggunakan benda ni selama ni. Tapi nampaknya now memang sangatlah memerlukannya. Selalu sangat receive call and message yang perlu di forwardkan. Kalau tak dari orang luar, dari bos yang terchenta. huhu. Banyak sangat request. Kalau tak catat confirm terlupa. Kan dah ada Note. Tak boleh guna Note je ke? Dulu boleh guna Note but now tak sempat pon nak menaip. Lagi cepat menulis nih. 


Wajah asalnya. 

Setelah di make-over. Baru semangat nak guna.

Nota kaki : Sedang membina semangat yang telah hilang. So kene buat something yang ai suker supaya suker jer nak datang opis. ;-)



with luv,

Saturday, September 22, 2012

My Sunshine ...

Happy dapat jumpa Arif dan Maira. Hilang segala tekanan yang ada dok layan diorang main. Arif Syahmi pun bukan main lagi tunjuk skill naik basikal.


Arif and Maira.


Macholah Arif. Ni baru gentleman kan.

Kakak tak pandai kayuh so kakak tak nak bawak beskal. Nak dok kat blakang jer. 


Maira sibuk nak main layang-layang.

Pak cik gigih datang dari Puchong.

Asyiknya kamu.

Tak pandang pon kamera. Berkali² Mak Ngah panggil pon wat tatau jek.

Arif Syahmi

Ni lah tempat main layang² kat umah area Maira.



Nampak tak kesungguhan Maira nak main lelayang tu?

Yeay! Lelayang dah naik.

Ops! Lelayang dah nak jatuh sebab tak de angin dah.

Steady Maira!

Hai cayang Arif.

Time ni Mak Ngah panggil Arif dok tepi pagar.

Hai, kesianlah anak Mak Ngah nih. Keletihan lepas seharian bermain.
Duduk pon boleh tdo.




with luv,

Prof Muhaya : Pasangan Kehidupan






with luv,

Friday, September 21, 2012

Ubat Migrain!



I think i need something to divert all the workload pressure to other thing that ai really enjoy.
Long break lastweek lepak rumah jer. Ada juga keluar sekejap² gi cari barang and window shopping but still tak bley nak release all d pain. End up balik rumah and selongkar bilik. Wat to do? Mencari mood nak menjahit bag ntah ke mana menghilangnya. Puas dok belek² tutorial, blog untuk cari idea. Tapi tetaplah tak dapat mengisi kekosongan jiwa yang melanda.

Mulalah memandang deretan tempahan manik yang masih belum siap. Haih! Where is my idea? Kenapa tak datang² ni. Empty mood! 
Tak boleh jadi nih. I've to work. I've to. Ok, fine dunia career tak berapa nak indah lately nih, tapi takkanlah dunia sewing pon nak gelap gelita jugak kan. Please Eza! wake up! 

Tarik nafas dalam² dan lepas.

Bismilahhirohmannirohim...
Tarik baju yang perlu di siapkan. Ambil sebiji manik dan sebiji labuci. Pasang benang dan jarum. Ting! Idea datang mencurah². Alhamdulillah. Dah jumpa ubat stress yang paling mujarab. 



with luv,

Wednesday, September 19, 2012

Migrain Attack!



Almost 2 week dah bertahan dengan kesakitan kepala yang menyerang. Today dah tak tertahan rasanya. Terpaksa juga ke klinik ambil ubat. Tak suka sebenarnya bergantung dengan ubat tapi smalam betul2 tak tertahan dengan serangan ganas migrain ni. 

"U are 2nd stage migrain suffer! and u kene ambil suplemen for your saraf...If go to 3rd stage u kena ambil injection.. "

hah.... ammekkawww.... baru 2 week kene transfer dah migrain. adeh...


with luv,

Tuesday, September 18, 2012

Saturday, September 15, 2012

Aidilfitri 2012



Salam,
Syawal dah nak berakhir baru nak upload gambar Raya. Finally, baru ada mood nak update pasal Raya kali ini. Seperti biasa raya pertama di Johor. Really like it! Kebelakangan ini, keputusan untuk pulang beraya di mana adalah keputusan ai. Oh suker! Bukan tak suka beraya di Sabak Bernam tapi rasanya 1 Syawal lebih meriah di Johor. Dengan suasana 'kampung'nya yang masih belum tercemar sungguh meninggalkan nostalgia setiap kali Aidilfitri menjelma. 


Inilah kampungku yang sangat kampung! 
Rumah kampung yang masih kekal dengan ciri-ciri kekampungannya. 
Cuma upgrade skit jer toilet dah dalam rumah.
Kalau dulu-dulu, toilet kat luar rumah. Belum masuk jamban yang nun jauh di dalam kebun getah belakang rumah. Oh sungguh nostalgia saat itu. Mana taknya, bila 'panggilan' telah sampai mulalah gelabah cari teman. Tambah-tambah kalau di malam hari, semua pon tanak temankan sebab takut. haha. Kalau di kenang-kenang zaman dulu memang indah. 

Biasanya, akhir Ramadhan dah mula sibuk di dapur menyediakan juadah untuk pagi raya. So masing-masing akan mengambil bahagian. Para-para emak memang sangat sibuklah time nih. Di sebabkan now sepupu sepapat dah besar panjang so tak ramailah kanak-kanak yang ada di rumah. Hanya Maira dan Arif shj. Of coslah menjadi tumpuan kan. Semua pun sibuk layan diorang nih. 

Moment inilah yang tidak ada di Sabak Bernam. Kekecohan persiapan hari raya. Belum lagi berebut ironnya. Haha. Memang menjadi kebiasaan waktu menggosok baju adalah malam raya. Sebab biasanya malam raya dah siap masak. Time nih lah masa berborak dan bertukar-tukar cerita. Masing-masing mula menayang baju raya. 

Siapa yang dapat iron awal, dapatlah tidur awal, siapa yang last iron alamatnya tidurlah 1-2 pagi. Kebiasaannya masing-masing hanya tidur selepas siap iron baju sebab senang esok pagi taklah terkocoh-kocoh.

Pagi raya sekali lagi keadaan akan jadi kecoh apabila berebut bilik air. Haha. Tapi biasanya yang perempuan akan beri laluan kepada lelaki dahulu untuk mandi so yang lain mulalah sediakan apa yang patut. Isi kueh raya. Menyiapkan hidangan di pagi Syawal dan lain-lain. 

Bila kaum lelaki mula ke Masjid, tibalah giliran sejelita-jelita yang tinggal ni pula berebut bilik air untuk mandi dan bersiap sementara menanti kaum adam pulang dari masjid. Sesi bermakeup pun bermula. Sungguh meriah rasanya.

My Atuk Mak. 
Atuk masih sihat dan boleh menjaga diri sendiri walaupun usianya sudah lanjut.  

My parent with cucu-cucu kesayangan.
This year Kak Ima beraya sekali dengan kitorang. So bertambah meriahlah dengan gelagat cucu-cucu atuk nih.

Boy, Pak cik, Mak Ngah, Maira and Arif.
Suka gambar ni. Nampak ceria.

Abang.
Abang adalah anak lelaki sulung sebab itulah dipanggil abang walau abang anak yang ke3 dalam keluarga. Di sebabkan dia lelaki sulung kewibawaannya memang sangat terserlah. 
Maklumlah bakal pemimpin! Haha.

 Adik.
Kenapa adik? Sedangkan dia bukan bongsu. Sebab jarak adik ngan boy hampir 14 tahun so dah terbiasa panggil adik. 

 Serupa?
Beza ai dengan abang ialah 6 tahun. 

 Abang, Maira dengan Abah.


Amboi Arif. Suka dok ngan atuk yer.

Kak Ima sekeluarga.
Inilah papa ngan mummy Maira.
Ada rupakan?
Tahun ni tema diorang warna hijau.

My Family. 

My Family with Atuk Mak.

Mak Itam and family.

Mak Long and Family

Pak Cik Din and family.
Ni adik mak yang paling bongsu.

Mummy nak bergambar dengan Maira dan ARif tapi Maira tanak. Terpaksalah Mak Ngah enterprem skali. huhu.

Arif Syahmi dah start mengantuk. Nasib baik dah awal-awal bergambar.

Selesai bersalaman. Tengah tunggu nak gi beraya pulak.

My cousin and Ai. 

My cousins

Maira memang tak kasik can kat Mak Ngah nak bergambar kan. 

Dara pingitan.
  
Saper nak duit raya?
Dah cam Joyah kak Ima nih. Hahahha

Turn Mak Ngah bersalaman. 
Maira tetaplahkan mengekor Mak Ngah jer.

Percubaan Pak Cik mengambil Maira nak bagi peluang Mak Ngah bersalaman. 
Haruslah Maira sentap menangis kan.

Beramah mesra dengan anak buah.

Ok saper nak duit raya? Pertama kali Pak Cik bagi duit raya nih. Puas Mak ngah mengendeng Pak Cik tapi tetaplah tak dapat kan. ceh.

Inilah muka-muka pemberi duit raya. Senyum yer. 
Dah kira kos kerugian ker? ekekkeke

Lihatlah Maira. Anak manja kesayangan Mak Ngah.

Yang ni pulak penerima duit raya. Haruslah senyum nampak gigi kan. 

3 Dara Pingitan.

Jambatan yang telah uzur.
Tapi sinilah spot paling cantik nak bergambar.




Adik dan Boy.

Perasan hensem!

Mamat skema!
hahaha




with luv,