Sunday, February 20, 2011

Trilogy Cinta

Oh, Rosyam Nor! 
Ai memang minat sama ini hero tua daaa..... 
Setiap lakonan Rosyam akan mengingatkan ai kepada seseorang
yang karakternya hampir sama dgn setiap lakonan Rosyam.




As salam,


Drama terbaru yang ai layan skang nih. First 3 episode tak layan pon... Ntah camne ada sehari tu terbukak citer nih yang di siarkan di TV1 setiap hari Ahad - Selasa jam 10 mlm. Tengok lak hero Rosyam Nor yg menjadi pujaan hatiku... muhahhaha.. so layan jer la citer nih... Setelah beberapa ep ai rasa citer nih memang best.. Adaptasi dari 3 buah novel (Tak Seindah Mimpi,Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi) Sharifah Abu Salem memang tidak menghampakan. 


So now, every Sunday - Tuesday start kul 10 jer ai dah mengadap dok depan tv. Susah nak tengok ai ngadap tv nih... Untuk selected movie jer ai layan.. Yg lain tuh, ala² di angin lalu.. Lebih baik ai menjaet dr ai layan citer yg ntah apa²... 

**********************

Trilogi Cinta mengisahkan cinta tiga segi antara Razif (Rosyam Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi tanpa diduga. Kecurangan Salmi mendatangkan musibah apabila dia terlibat dengan kemalangan dan lumpuh. Kerana cinta yang mendalam, Razif menerima Salmi semula.

Norjinah pula pada awalnya seorang pembantu rumah yang ditugaskan menjaga kedua-dua anak Razif. Namun keadaan menjadi tegang apabila hubungan mesra mereka dicemburui Salmi. Dalam diam Razif menaruh hati kepadanya, namun serba salah melihatkan keadaan isterinya yang lumpuh.
Drama ini turut dibintangi oleh Raissudin Hamzah, Aida Khalida, Siti Fazurina, Reza Hasbi dan Nazim Othman.

Saksikan kesudahan drama hebat 40 episod ini setiap Ahad dan Isnin bermula 2 Januari 2011 pada jam 10.00 malam di saluran TV1.





Sumber gambar : Mangga Online.

Sinopsis Trilogi Cinta
Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.
Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.
Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.
Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

credit to cik dara.




with luv,

No comments:

Post a Comment