Aku tak faham
sungguh aku tak faham
dengan manusia berhati batu
atau mungkin lebih keras dari batu
aku tak faham
kenapa ada manusia
yang suka berlawak jenaka
perkara yg melibatkan jasad dan nyawa
Tidak punya hatikah?
Tidak punya perasaankah?
Mungkin belum kena di hidung mereka
maka sewenangnya berkata dan terus berkata....
Tanpa menyedari ada yang terluka
yer... kerana apa?
kerana mereka belum terima seumpamanya
maka berkata-kata itu terlalu mudah di bicara...
Al-fatihah untuk arwah Mustamirah. Moga kau damai di sana. Tiada apa yang dapat ku kirimkan hanya doa....doa dari seorang sahabat ...
with luv,
No comments:
Post a Comment