Monday, November 1, 2010

Perginya seorang sahabat ...


Salam,

Pagi subuh semalam 31 Oct 2010, saya telah kehilangan seorang sahabat yang saya  kira sangat baik, Mustamirah bt Md. Hilal. Perginya arwah di sebabkan sesak nafas. Dan arwah baru sahaja 12 hari melahirkan seorang bayi perempuan yang bernama Naurah Awni. Sangat hiba dan sebak mendengar berita pemergian beliau. Saya tidak kuat untuk menaip semalam. Tiba² segala memori ketika bersama dengan arwah terpancar di kotak fikiran seperti tayangan filem. Satu per satu keluar di kotak fikiran. Sedey. Sangat Sedey.
Arwah yang saya kenali adalah seorang yang periang. Mungkin saya bukan terdiri dari kawan baik arwah tapi arwah adalah kawan yang sangat baik kepada saya. Banyak sebenarnya kenangan yang arwah tinggalkan sehingga memaksa air mata mengalir tanpa henti.

Arwah adalah teman bergurau saya di opis. Sikap arwah yang lurus itu kadangkala menjadi bahan gurauan saya dan seperti biasa arwah tak pernah membalasnya. Kadangkala saya sengaja mengusik arwah ketika hayatnya. Saya senang dengan arwah. Seorang yang tidak banyak kerenah dan tak pernah berkira. Seorang yang boleh berbincang dan bercerita. Saya tidak boleh meneruskan coretan ini sebab saya terlalu sebak.... Semalaman saya menangis dan menangis teringatkan momen bersama arwah. 

Sebelum arwah bercuti maternity, saya sering mengusap perut arwah yang sangat 'besar' itu. Oh .... tiada lagi momen ini ..............................

 Gambar arwah 4 tahun yang lalu. Ketika ke Terengganu 2006.
Ceriakan arwah?


Baru saya perasan yang setiap gambar arwah semua wajah yang ceria dengan senyuman lebar. Oh hati, sabar laa.. Semoga arwah lebih tenang dan damai di sana. Tarikh kematian arwah adalah tarikh lahir anak sulung arwah yang telah meninggal dunia 2 tahun yang lepas. Sungguh beruntung arwah kerana ada yang menanti di pintu syurga. Di dunia saat ini, ada yang mendoakan kesejahteraan arwah iaitu anak kedua arwah Naurah Awni.

 Gambar terbaru arwah sebelum bercuti maternity.

Naurah Awni .... Masih belum kenal erti kehidupan..
Masih merah dan mentah ketika kehilangan ...
12 hari usianya ketika ibunya meninggalkannya...

Naurah Awni .... Moga kau membesar menjadi anak solehah...
Yang bisa mendoakan kesejahteraan buat ibumu...
Naurah Awni... anak yang comel dan suci...



sumber gambar : AFY's blog.


sedang bersedey ,

2 comments: