Thursday, July 9, 2009

weekend @ Petrosains

Apa ada di Petrosains ?

Ni cerita last weekend. Baru skang dapat mengupload pic. So ala² cerita yang dah basi ler. hehhe.. Apa pun, layan jek..

Last weekend kami (me, boy, abg & mak) pergi ke Petrosains, KLCC. Percaya atau tidak, sepanjang hidup me tak pernah menjejakkan kaki ke Petrosains walaupun telah beratus kali ke KLCC. See... betapa me agak kureng dengan aktiviti² ilmiah ni. Seperti yang di janjikan setelah seminggu berjanji ngan Boy nak bawa dia ke Petrosains sebagai hadiah kerana exam dapat no 1 dlm kelasnya, hari sabtu kami ke sana. Tiba di Petrosains kira² jam 11.30 am. Mujur semasa kami tiba di sana pengunjung masih belum ramai lagi so agak selesa keadaan di situ.

Terdapat beberapa station yang boleh di lawati. Nope, bukan beberapa tapi banyak yer station yang boleh di lawati. Di sebabkan di sini menggunakan kaedah one way so semua station pasti akan di lalui sehinggalah ke check point terakhir sebelum keluar dari Petrosains.

Aktiviti yang me paling suka ialah cabaran go-cart stimulator. Memang best and real giler.. hehhe.. aktiviti ni hanya utk mereka yang berusia 9 thn ke atas atau pun yang mencapai tahap ketinggian minima yang telah di tetapkan di mana Boy masih tak layak utk menyertai cabaran ini. Tapi kakak dan abang dia layak okey.. Boy tensi giler time nih sbb jeles. hahahha..

Kesimpulannya, tak rugi datang ke sini. Terlalu banyak ilmu sains yang boleh di dapati di sini dengan kadar bayaran RM 12 utk dewasa dan RM 6 untuk kanak² (tak termasuk diskaun yang di beri) memang sangat berbaloi. Me hanya membayar RM 33 shj utk 3 dewasa dan 1 kanak². Berbaloikan?

Kami hanya keluar dari Petrosains kira² hampir jam 4 ptg. Itu pon terpaksa speedy di station² terakhir kerana mengejarkan waktu solat zohor yang hampir berakhir. Sungguh berpuas hati!
Sesiapa yang mempunyai anak² yang bersekolah seawal darjah 1 boleh datang ke sini untuk menambahkan pengetahuan atau pon memupuk minat dari kecil terhadap dunia sains dan teknologi. Bak kata pepatah melayu, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.



kenderaan yang di gunakan untuk ke station pertama. (apa nama , tak ingat la.. me banyak makan semut nih.. hehe)



Boy berlakon tahan teksi..


sila perhatikan imej kereta ini. Ini menggunakan teknik imej dan pantulan cahaya. Yang sebenarnya kereta ni tidak berada di sini. Ia berada di bahagian bawah bulatan yang di kelilingi cermin.

Boy teruja naik jentolak nih.

Bukan Boy shj, abang pon sama okkey... lebih abang dari adik.. heheh

ala² mengayuh beskal gitu..

Dinosour menyanyi


Dinosour yg sangat besar... Mcm real jek..

Pemandangan di dalam hutan

gunung berapi yang baru shj melepaskan lavanya...

me & boy di station petroleum. Jagn jeles, kami dah sampai di station petroleum di Kerteh okey.. hehhe.. ilusi semata²..


so, marilah beramai² ke Petrosains. Memang menyeronokkan untuk semua peringkat usia. Terokailah dunia sains yang begitu mencabar minda untuk berfikir.


with luv.

No comments:

Post a Comment