Friday, July 17, 2009

usaplah air matamu

Ini adalah puisi yang lahir dari hati meresap ke jiwa dan terlafaz di bibir..

usaplah airmatamu
wahai insan yang terluka
jangan bazirkan utk itu lagi
utk sebuah kisah yang telah berlalu

usaplah airmatamu
saat kau memandangnya
kerana ianya bukan seperti dulu
seperti yang kau kenali dahulu

usaplah airmatamu
tatkala kau teringatkannya
kerana sesungguhnya mengingati dia
adalah terlalu sakit buatmu

usaplah airmatamu
untuk yang terakhir kali
lihatlah di hadapanmu
masih ada pelangi yang menunggu

usaplah airmatamu
berhentilah dari merenungi dosa...

nukilan ~ msraiza ~


with Luv,

No comments:

Post a Comment