Mereka tidak mengira bahawa sesudah kebaikan ada keburukan dan mereka tidak mengira bahawa keburukan itu merupakan kepastian yang tidak dapat di tawar-tawar lagi...
Seseorang yang telah mencapai kebahagiaan berkata; "hari yang indah adalah hari di mana kita menguasai dunia, dan ia tidak menguasai kita. Ia adalah hari di mana kita dapat mengendalikan syahwat dan kesenangan serta kita tidak pernah tunduk kepadanya baik secara terpaksa atau sukarela."
Berbahagialah anda dengan apa yang anda miliki dengan rasa Qanaah dan puas atas apa yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada anda. Tinggalkanlah angan-angan kosong yang tidak sesuai dengan jerih payah atau kemampuan anda.
*** petikan dari buku Jangan Bersedih : Jadilah WANITA yang paling bahagia ***
with Luv,