Monday, May 25, 2009

SSS - 4

babak empat: dia yang bernama Dato' Rizwan...

Temujanji pertama aku dengan Jun berlangsung di café apartment aku je. Malas aku nak gi jauh-jauh. Dia yang tepon ajak dating, dia la yang datang ke teratak aku, ye dak?

Panggilan dari Jun tu taklah begitu mengejutkan bagi aku. Seperti yang aku katakan pada Black, aku dah jangka yang Jun akan dapatkan nombor aku darinya, sebab Jun nampak seperti seorang go-getter… dia takkan tunggu dan buang masa.

Cuma yang agak mengejutkan, pada pertemuan pertama, Jun terus akui yang dia dah ada boyfriend. Bukanlah aku kisah sangat, sebab pertemuan aku dan Jun tu sekadar sesi perkenalan dan memandangkan Jun yang cari aku, aku tak bolehlah dituduh mengacau girlfriend orang. Tapi aku musykil jugak kenapa Jun beriya-iya nak kenal dengan aku. Aku ni kalau dah musykil, aku tanya je… tak reti nak selindung-selindung…

“Kenapa call I?” tanya aku.

“Maksud you?” tanya Jun kembali.

“Orang yang telefon I ni selalunya ada dua sebab. Satu berkaitan kerja, satu lagi berkaitan sosial. Jadi, tujuan you yang mana satu?” tanya aku dengan lebih jelas.

Jun tersenyum. “Can’t it be both?” Eh… main usik-usik pulak dia.

“Sorry, I don’t mix business with pleasure,” jawab aku, tegas. Peringkat awal ni belum boleh kasi can lagi…

“That’s too bad,” balas Jun. “Kalau kena pilih, I pilih untuk bersosial lah,” putusnya.

Aku nak je cakap “Masalahnya you dah ada boyfriend”… tapi aku cuma menganggguk aje dengan keputusannya. Yelah, bukannya dia masuk meminang! Dia cuma nak berkenalan je. Tak salah kalau dia nak tambah sorang lagi kawan dalam hidup dia…

“Kenapa you kata kalau you kena pilih? Maksudnya, you ada urusan kerja jugak dengan I ke?” tanya aku lagi, masih tak puas hati.

Jun senyum penuh misteri. “Yang tu nantilah dulu”

Ewahhh… pandai jugak dia main permainan ni ye. Menarik, menarik…

Perbualan dengan Jun petang tu agak menarik. Kami berkongsi cerita tentang kehidupan masing-masing. Jun seorang pelajar Mass Communication dengan pengkhususan dalam bidang kewartawanan. Daripada cara dia bercerita tentang kursusnya, dia bukanlah seperti kebanyakan kawan-kawan aku yang pernah mangambil MassCom dulu… yang hanya memilih kursus tersebut sebagai last resort ataupun dengan tanggapan salah yang itu merupakan kursus paling senang. Jun memang betul-betul berminat dengan bidang kewartawanan, dan pengetahuannya juga agak meluas. Jadi, mungkin urusan kerja dengan aku yang dia maksudkan tu ada kena-mengena dengan kursus dia.

Bercakap tentang keluarga, tanggapan pertama aku tak jauh meleset. Jun memang datang dari keluarga berada. Ayahnya seorang peguam yang ada firma sendiri, sementara emaknya pula seorang doktor pakar kanak-kanak di sebuah hospital swasta. Dia cuma ada seorang kakak yang kini dah berkeluarga, jadi kedua ibu-bapanya memang menumpukan sepenuh perhatian kepada anak bongsu mereka.

Bila aku mengusik Jun mengatakan dia anak orang senang, dia sekadar tersenyum sambil memandang bangunan apartment aku dengan penuh sinis. Aku paham maksudnya… itu cue aku untuk bercerita tentang keluarga aku pulak. Heh, masih terlalu awal, Jun…

Menengokkan aku tak bukak cerita pasal keluarga, dia tanyakan tentang pelajaran. Dia tanya kenapa aku pilih Germany untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni fotografi… kenapa aku tak pilih universiti terkemuka di Amerika seperti Rochester Institute of Photography ataupun di Australia seperti Royal Melbourne Institute of Technology. Aku kagum seketika kerana Jun tahu mengenai universiti-universiti tu… ke dia dah buat research sebelum berjumpa aku? Kewujudan internet zaman sekarang ni memungkinkan segalanya…

Aku kata aku sengaja pilih Germany sebab aku tak pernah ke sana. Amerika dan Australia adalah dua negara yang aku selalu lawati setiap kali mengikut ayah aku untuk urusan bisnes. Jun mengangguk. Kalau dia dapat tangkap yang tu bukan jawapan sebenar, barulah aku sungguh-sungguh kagum…

Setelah puas berborak, aku mintak diri untuk naik ke apartment aku [ewahhh… macam anak dara pulak, main mintak-mintak diri]. Mungkin Jun sangka yang tujuan aku bertemu dengan dia di café apartment aku ialah sebab aku nak ajak dia naik ke rumah aku lepas tu… mungkin sebab tu terpapar sedikit kehampaan di raut wajah bujur sirihnya bila aku tak berbuat demikian. Hehe, sorry bebeh… my home is my sanctuary. Orang-orang terpilih je leh masuk… dan masih terlalu awal untuk Jun melayakkan diri dalam senarai tu.

Dan sebaik saja aku bukak pintu rumah aku petang tu, salah seorang daripada orang terpilih tu dah pun duduk di ruang tamu…

“Hai, Tan Sri… bila sampai?” tegur aku.

Seorang lelaki berumur awal 50-an berpakaian formal sedang duduk minum kopi sambil menonton televisyen. Kotnya yang berwarna kelabu gelap disangkut pada high-stool di ruang bar dalam apartment aku dan briefcasenya juga diletakkan di atas kerusi tersebut.

Dia berpaling bila aku menegur, menampakkan wajahnya yang sudah sedikit ditelan usia tapi kekacakan zaman mudanya masih terserlah. Rambutnya yang keputihan hanya menambahkan lagi daya penariknya. Bila dia berdiri, perutnya yang tak berapa lama dulu sedikit boroi sudah tidak lagi kelihatan. Hmm… sibuk dengan kerja sampai tak jaga makan lah ni…

“Baru je sampai. Balik kerja ke?” soal lelaki itu.

“Tak. Jumpa kawan,” jawab aku sambil mengambil jus oren dari peti ais aku. Aku meletakkan gelas di atas kaunter bar dan menuang jus oren ke dalamnya.

Lelaki itu tersenyum mengejek sambil duduk bertentang aku atas high-stool tempat dia meletakkan kot kelabu gelapnya. “Why bother buying coffee when you only drink orange juice, kiddo?” soalnya.

“Because I know you drink coffee, old man,” jawab aku sambil tersenyum.

Dia membalas senyuman aku dengan gaya yang aku cukup kenali. Kerana dari sekolah menengah, gaya itulah yang menjadi ikutan aku… dan lelaki inilah idola aku.

Lelaki yang bernama Dato’ Rizwan.

Abah aku.

“Tadi keluar dengan kawan ke… “kawan”?” abah aku menyoal.

“Baru kenal la, Tan Sri,” jawab aku, menggunakan gelaran yang aku selalu guna bila memanggil abah aku. Aku selalu kata, manalah tau kalau masin mulut aku, untung-untung nanti dapat Tan Sri. Kalau dah dapat Tan Sri, aku panggil Tun pulak. Kata-kata tu kan doa.

“Apa tak kenalkan kat abah?” abah aku bertanya sambil tersenyum nakal.

“Tak payah! Kang abah kebas,” balas aku dengan nada seloroh.

“Don’t tell me you’re insecure of this old man,” usik abah lagi.

“Perempuan zaman sekarang ni mana pandang orang macam Amir, abah… a young, struggling, roguish, handsome, charming photographer,” balas aku.

Abah ketawa besar. “So you’re saying they’re looking for an old, stable, nice, drop-dead gorgeous, super-stud Dato’?”

Touché!” ujar aku sambil mengangkat gelas aku yang berisi jus oren.

Hubungan aku dan abah memang rapat sejak aku berumur 10 tahun... sebaik saja mama tinggalkan abah untuk seorang lelaki berbangsa German. Aku tak tahu apa sebenarnya yang terjadi…

Yang aku tau, di satu pagi Sabtu yang hening, setelah memekup kedua telinga aku dengan bantal sepanjang malam mendengarkan mama dan abah bertengkar, aku bangun dan nampak abah duduk di hujung katil aku. Sebaik saja dia nampak yang aku dah bangun, dia memeluk aku dengan erat. Bisiknya, “I tried to make her stay, sayang… I really did. I’m so sorry…”

Aku tak pernah salahkan abah atas apa yang terjadi. Aku tau abah sayangkan mama lebih dari nyawanya sendiri, tapi mama yang buat keputusan untuk pergi. Lepas mama pergi ke Germany, aku dan abah jalani kehidupan berdua… dan kadang-kadang bertiga. Perempuan datang dan pergi bersilih-ganti dalam hidup abah… tapi tak pernah ada yang kekal. Aku rasa ruang hati abah tak pernah dan tak akan benarkan ia diisi oleh sesiapa selain mama.

Orang yang tak cukup mengenali abah akan mengatakan yang dia tak lebih daripada seorang Dato’ kaya-raya yang suka berpoya-poya dengan perempuan dan tak pandai membesarkan anaknya dengan nilai-nilai yang patut dicontohi.

Tapi aku menyanjung abah lebih daripada mana-mana manusia dalam hidup aku. Di saat aku keliru dan kesunyian, abah sentiasa ada. Dia memahami dan memberi sokongan atas apa jua jalan yang aku pilih dalam kehidupan aku, walaupun kadang-kadang jalan tu tak berapa nak lurus…

“Nape tak sound dulu nak datang,” kata aku sambil mengajak abah kembali duduk di ruang tamu.

“Saje nak surprise,” jawab abah. Konfiden je abah aku ni… buatnya aku tengah… tengah apa ek? Hehe…

Abah memandang di sekeliling apartment yang baru aku kemas beberapa hari lepas. “Lawa tempat ni,” ujarnya.

“Yep,” aku setuju.

Abah menggeleng kepala seorang diri. Aku tau apa yang sedang abah fikirkan…

Apartment ni dulu abah belikan untuk seorang perempuan bernama Marlis. Antara semua skandal abah, aku nampak abah paling serius dan paling lama dengan Marlis ni. Dia wanita berumur awal 30-an dan bekerja sebagai seorang eksekutif di syarikat yang pernah berurusan dengan syarikat abah. Bijak, anggun, bergaya… nak katakan abah jatuh cinta dengannya mungkin sedikit keterlaluan… tapi yang pasti, abah nampak macam dah bersedia nak akhiri zaman dudanya dengan Marlis.

Abah beli apartment sebagai satu kejutan untuk Marlis… tapi alih-alih, abah yang dapat kejutan. Abah dapat tahu yang Marlis dah bertunang, tapi selama ni merahsiakannya dari abah. Dia kata dia keliru bila abah muncul dalam hidupnya, dan dia perlukan masa untuk tahu lelaki mana yang dia harus pilih. Dan akhirnya, Marlis pilih untuk kekal dengan tunangnya.

Dan apartment yang sepatutnya jadi milik Marlis… menjadi milik aku sempena kepulangan aku dari Germany. Aku tahu abah boleh je jual balik apartment tu dan dapat untung, dan aku boleh duduk dengan abah di rumah banglonya. Tapi abah tau aku suka duduk sendiri, dan apartment tu sebagai memujuk hati lara yang aku bawa pulang dari Germany…

Jawapan sebenar kepada soalan Jun tentang kenapa aku pilih Germany untuk melanjutkan pelajaran jauh lebih kompleks. Sebenarnya, aku nak cari mama. Aku tak tau kenapa pikiran gila aku di ketika tu terlalu bercita-cita tinggi… sambil belajar, aku nak cari mama dan yakinkan dia untuk kembali ke pangkuan abah. Tinggi kan cita-cita tu? Nak cari mama tu tak susah… tapi nak berjumpa dengan mama depan keluarga baru dia dan suruh dia kembali kepada keluarga lama? What the hell was I thinking!

Tapi kerja aku telah ‘dimudahkan’ oleh mama. Di suatu hari, setelah aku kumpul segala keberanian untuk pergi ke rumah mama, aku telah menerima kejutan bila mama sendiri yang membuka pintu depan rumahnya. Aku senyum, dan aku nantikan pelukan ala rancangan Jejak Kasih daripada mama…

Tapi sebaliknya, apa yang aku dapat ialah, “Yes? How may I help you?”

How may I help you? Aku ni nampak macam jurujual dari pintu ke pintu ke? Ke aku nampak macam wakil dari Jabatan Air yang nak memaklumkan akan ada gangguan bekalan air untuk 2-3 jam?

Kemudian aku sedar satu perkara… mama tak kenal aku. Kemungkinan besar, dia dah buang aku dan abah jauh dari hidup dia. Dia dah bahagia dengan keluarga baru dia. Dan pada soalan mama, aku cuma katakan, “Sorry, wrong house” dan berlalu pergi.

Aku pikir, cukuplah hidup aku dengan abah je… diselang-seli dengan wanita-wanita yang menghiasi hidup kitorang, hehe…

“Abah datang ni sebenarnya nak kasitau, abah nak balik kampung weekend ni. Nak ikut?” soalan cepumas keluar dari mulut abah.

“Weekend ni saya ada hal, Tan Sri,” sepantas mee segera aku bagi jawapan.

“Hal apa?” aiseyman, kena soal-siasat pulak…

“Hal orang muda-mudi,” balas aku sambil tersengih.

“Meh lah ikut abah balik. Boleh ganti-ganti drive. Amir kan memang suka balik kampung, jalan-jalan tepi pantai,” pujuk abah.

Memang tak dapat dinafikan yang aku suka balik kampung. Keadaannya tenang, pemandangannya pun indah… kebanyakan gambar-gambar kegemaran aku diambil di kampung aku sendiri. Tapi…

“Tak payahlah lepak dengan Tok Wan. Gi la ikut Tok ke laut ke,” cadang abah, seolah-olah membaca fikiran aku.

“Yelah tu! Macam la Tok Wan nak bagi,” balas aku.

Abah ketawa. “Come on, temanlah abah. We’ll suffer the wrath of Tok Wan together,” pujuk abah lagi.

Giliran aku pulak tertawa. Abah pun selalunya tak terlepas daripada ‘kritikan-kritikan membina’ Tok Wan.

“Okaylah, okaylah. But you know this means I get to date your new secretary, right?” usik aku.

“Owh, abah dah test-run… too wild for you to handle, kiddo,” abah membalas.

Aku ketawa lagi.

Hai, Dato’ Rizwan, Dato’ Rizwan…



sumber : kapasitor.net


with luv,

No comments:

Post a Comment