Sunday, May 24, 2009

SSS - 3

babak tiga: dia yang bernama Black...

“Err… can you please take our picture?”

Apa ‘Err… err…’! Panggil ‘Abang’ la! Sekali aku sekeh kang!

Hish, diorang ni ni ingat aku personal photographer diorang agaknya… suruh amik gambar diorang posing sana-sini. Kalau lawa takpe gak! Ini bedak je bertepek 14 inci…

Hati aku dok menggerutu je sepanjang karnival tu. Sepertimana yang telah aku jangka, lebih daripada separuh syot aku dipenuhi dengan gambar bebudak ni. Kalau aku nak amik gambar candid pun, ada je yang dok enterframe. Kalau pandai buat-buat natural satu hal la; ini memang muka senyum tampal. Nak je aku sound “Dik, audition iklan ubat gigi bukan kat sini ye… salah tempat adik ni” tapi paham ke diorang apa itu sarcasm? Aku rasa tak. Mungkin diorang akan anggap tu pujian. Maka perlukah aku sound direct je? Sampai ke telinga Maya kang aku gak yang kena. Bukanlah aku takut sangat dengan Maya tu, tapi memandangkan laptop idaman aku bakal berada di pangkuan aku tak lama lagi dek kerana dia, takleh la nak buat hal.

Hmm… nak buat-buat snap tapi sebenarnya tak ambik syot pun takleh. Menyusahkan jugak rupanya era digital nih… lepas je aku ambik gambar, diorang ni sibuk-sibuk nak tengok gambar yang aku dah tangkap tu. Takut gamaknya, dalam gambar tetiba hidung jadik rompong ke, mata Utara-Selatan ke… lepas dah rasa diri tu habis cun tak hengat, barulah diorang lepaskan aku dari cengkaman maut diorang.

Arghhh!! Tekanan!!

Lepas aku ambik gambar lima orang budak pompuan yang aku yakin merasakan diri diorang Spice Girls alaf baru [diorang ni sempat kenal ke Spice Girls tu siapa?], aku cepat-cepat melarikan diri ke satu sudut. Dari situ aku dapat lihat pemandangan karnival tu dengan lebih jelas. Sebenarnya meriah jugak karnival ni. Banyak syot-syot menarik yang aku boleh ambik.

Baru je aku nak ambik gambar seorang budak comel yang tengah melahap cotton candy seolah-olah tu makanan ruji dia, terdengar suatu suara menyebut nama aku dengan penuh ragu-ragu…

“Amir…?”

Uik! Suara lelaki! Aku cemas sikit kalau suara lelaki ni, semenjak kes kena bambu dengan ex-boyfriend Sharon dulu [lu yang tak pandai jaga awek… bila awek lu lari kat gua, marah gua plak! Apehal!]

Tapi suara ni… macam pernah dengar…

Perlahan-lahan aku berpaling… dan seorang mamat berkulit hitam manis sedang tersengih sambil memandang ke arah aku.

“Black!” sahut aku.

“Uish! Nama lama tu janganlah diungkit kembali,” balas Black, masih tersenyum.

Aku tertawa sambil berjabat salam dengannya. Black ni member aku masa zaman sekolah menengah dulu. Nama sebenar: Naqiuddin. Apsal panggil Black? Korang ingat sebab warna kulit dia ek? Ish, ish, ish… tak baiknye korang ni… keh keh. Al-kisahnya, Black ni dulu pernah kena blacklist dengan cikgu disiplin sebab suka ponteng kelas… jadi, dari situlah wujudnya gelaran Black.

“Macho ape,” aku mempertahankan gelaran zaman sekolahnya tu.

“Macho bukan pada nama, beb,” katanya sambil tersenyum sinis. Hoho, sindirankah itu?

“Apa ko buat sini? Lepas ko gi Germany, terus lost contact,” kata Black lagi, sambil matanya memerhati aku dengan teliti. “Ko ni… cenggini lagi ek?” tambahnya.

“Is that supposed to be a compliment? Come on, Black… takkan takde perubahan sikit pun. Penat-penat aku merantau jauh, balik-balik ko kata sama je. Ceh,” kata aku.

Black gelak. “Okaylah, okaylah… makin macho lah… kot,” Black membalas. Macam tak ikhlas je…

“Aku buat free-lance skang,” aku menjawab soalan Black yang terdahulu sambil mengunjuk ke arah kamera yang sedang aku pegang.

“I see, I see… so, living your dream lah now,” Black membuat tanggapan. Dia tahu dari zaman sekolah lagi aku memang minat bidang seni fotografi ni.

“Lebih kuranglah. Ko lak amacam?”

“Aku ngajar kat sini. Part-time,” jawab Black.

“Hoh! Cikgu Naqiuddin! Ko ngajar ape kat budak-budak ni? Cara-cara efektif memonteng kelas?” aku mengusik.

“Kurang hasam ko! Aku ajar English la!” jawab Black.

“Part-time je?” tanya aku lagi. Menengokkan jam tangan Tag Heuer di pergelangan tangannya, mustahil ni je sumber pendapatan Black…

“Ha’ah. Ada lah buat bisnes sikit-sikit,” jawab Black, merendah diri. Piirah! Bisnes sikit-sikit konon! Kasut Adidas ko tu tak nampak macam ciplak pun, Black! Kalau tak silap aku, special edition tu… bukan calang-calang orang ada…

“Bini mana? Ke sebab nak berpoya-poya ngan student, tak bawak bini sekali?” aku terus serkap jarang.

“Mana ada! Single and ready to mingle nih,” Black menafikan.

“Budget hot stuff la,” aku mengusik. Tak kahwin lagi Black ni rupanya… “Bebudak ni tak pernah cuba ngorat ko ke, Black?”

“Adaaa… tapi sekadar nak pass exam la,” balasnya.

“Sungguh ke?”

“Sungguh la!” jawab Black dengan beriya-iya. Fuh, scandalous!

“Lauk free la ko?” tanya aku lagi. Topik menarik nih…

“Lauk, nasik, sayur… semua dapat! Hidangan sepinggan lengkap!” jawab Black, tapi kali ni dengan nada seloroh.

“Tak beretika siot ko,” aku mengkritik penuh sahsiah… chewah!

“Ah… etika, tak etika! Rezeki jangan ditolak…”

“Bala jangan dicari! Ni bukan cari bala ke namanya? Kantoi kang tak pasal kena buang keje,” ujar aku.

“Pandai makan, pandai la simpan,” balas Black sambil mengangkat-angkat kening ala Ziana Zain.

“Giler la budak-budak ni. English je pun,” komen aku.

“English la yang wajib lulus, beb. Tu yang jadik desperate tu,” jelas Black.

“Bukan diorang ni semua terer speaking ke?” aku membuat anggapan.

“Heh! Speaking berabuk! Grammar tunggang-langgang! Naik migraine aku bila mark paper. Mujur la part-time je,” Black kaw-kaw kutuk student dia sendiri. Aku gelak je.

“Nasib baik jumpa ko kat sini weyh. Kalau tak, mati akal aku,” aku meluahkan perasaan pada Black sambil kitorang jalan-jalan sekitar karnival.

“Apehal nak mati akal pulak. Cuci mata la,” cadang Black.

“Cuci mata hapenye. Student ko takde yang cun pun,” komen aku dengan lasernya.

“Radar ko tak berfungsi nih. 2 o’clock kasi tengok,” Black memberi arahan.

Aku berpaling dengan gaya selamba ke arah yang Black sebutkan…

Ternyata radar Black berfungsi dengan baik [eleh, tak aci! Dia cikgu kat sini]. Di suatu sudut di mana meja-meja dan kerusi-kerusi lipat diletakkan untuk orang ramai menikmati makanan ringan, mata aku terus terpandang seorang gadis berseluar tiga suku dan berbaju baby-T yang sedang duduk menikmati hot dog dengan penuh ayunya. Dia memakai topi, dengan rambutnya yang lurus dan panjang diikat satu dan dikeluarkan melalui lubang belakang topi tu.

Ringkas, tapi menarik.

Dia ditemani dua orang kawannya. Hmm… sidekicks. Ternyata dia kepala ataupun queen bee dalam geng tu, sebab dia yang paling menyerlah. Mungkin kawannya yang dua orang tu sengaja dipilih menjadi sidekick supaya tak mencuri limelight darinya. Bukanlah aku mengatakan yang kawan-kawannya tu tak cantik… tapi tak secantik dia.

Dinamiks klik remaja yang sangat tipikal.

“Not bad,” ujar aku pada Black. “Yang tu ko tak pernah merasa ke, Black?”

“Unfortunately, no. Yang ni English memang power,” jawab Black dengan nada kesal yang dibuat-buat.

“Aiseyman… rugilah ko, Black”

“Tulah pasal!”

Aku ketawa, tapi mataku masih memerhatikan gadis tu. Makin dipandang, makin menarik lah pulak. Gayanya bersahaja, tapi ada sesuatu tentang cara dia membawa diri yang memberitahu aku bahawa dia memang gadis dari kelas atasan… yang mungkin, ketika rakan-rakannya yang lain sibuk ke pusat tuisyen waktu sekolah rendah dulu, dia ke finishing school untuk belajar cara-cara menjadi “a proper lady”.

“Sebenarnya kan, Mir… aku perasan dia tengah usha ko tadi,” Black dengan tak semena-mena memberikan informasi berharga.

“Biar benar ko, Black…”

“Iye! Situasinya macam ni… aku dok usha dia, pastu perasan yang dia asyik dok usha someone… bila aku tengok siapa yang dia dok usha, rupa-rupanya ko! Tu yang aku perasan ko ada kat sini tu,” jelas Black dengan panjang-lebar.

Aku cuma mengangguk tanda paham, mata aku masih tak lekang dari memandangnya…

Tiba-tiba matanya bertentang dengan mata aku. Seperti yang biasa aku lakukan, aku tak mengalihkan pandangan… sebaliknya mengangkat kening dan senyum… seolah-olah menjemputnya untuk mengenali aku dengan lebih dekat…

Si gadis tersipu-sipu sambil membalas senyuman aku. Ahhh… manisnya…

“Haduiii… kalah la aku macam ni, Mir! Aku yang jadik cikgu ni pun tak reti buat ‘pendidikan jarak jauh’ macam ko ni,” Black mengusik, sekaligus menghentikan perang pandang-pandang, jeling-jeling antara aku dan si dia.

Ceit, Black tengah perati rupanya…

“Itulah, aku suruh menuntut dengan aku dulu takmoh. Ambik nombor aku cepat!” kata aku seraya mengeluarkan handphone aku, dan Black juga melakukan perkara yang sama.

“Eleh, sebenarnya nak suruh aku kasik nombor ko ni kat student aku tu kan,” teka Black.

“Obviously la! Kasi nombor aku kat ko nak buat hape,” balas aku sambil ketawa. “Ey, but jokes aside… keep in touch la. Bebila free meh kuar minum, aku belanja,” pelawa aku.

“Sudahla! Ni semua taktik ni!” Black masih berkeras.

“Ko nak aku belanja tak nak?” ugut aku.

“Nak, nak…” kata Black sambil bertukar nombor telefon dengan aku.

“So… what am I supposed to say to Jun?” Black bertanya.

“Who?”

“Jun. Tu nama budak yang usha ko tu,” jawab Black.

Hmm… Jun…

“You don’t have to say anything, my friend. Just wait and see. She’ll get if from you,” senyuman senget aku terpampang jelas.

“Bapak konfiden!”

Dan dua hari kemudian… satu suara manja kedengaran di hujung talian sebaik saja aku mengangkat Nokia N93 aku…



sumber : kapasitor.net



with luv,

No comments:

Post a Comment