Friday, May 29, 2009

.. Syurga Cinta ..

Last nite me pergi menonton movie ni. Movie yang di bintangi oleh Awal Ashaari , Heliza dan adik Hadziq. Movie ni pada me best la jugak dalam kategori cerita melayu. Walaupun belum sampai ke tahap seperti filem ayat² cinta tetapi sekurang²nya movie ni tidaklah boring. Banyak juga unsur² lawak jenaka yang diterapkan dalam movie nih. Lakonan adik Hadziq memang lucu. Cuma Heliza mungkin perlu memperbaiki mutu lakonan. Untuk penampilan pertama kali kira bagus jugaklah Heliza nih. Tidaklah seperti tiang kayu jek. So uols yang nak tengok bolehlah pergi tengok. Menyokong filem tempatan.

** Review **
"Syurga Cinta" is about the love between two people with different ideologies: a Muslim boy named Irham who lives a very modern, Western lifestyle (Awal Ashaari), and a Muslim girl named Syuhadah who faithfully follows the teachings of Islam in our modern society (Heliza AF5). When these two worlds collide, they face issues and confrontations that both of them have yet to learn and understand from each other.

_______________________________________

Antara quote yang me sangat suka dlm filem nih ialah,

"Jadilah wanita di dalam kaca, hanya yang berkemampuan yang dapat memilikinya. "

" Ada 3 jenis perkahwinan... pertama .. kahwin syaitan ... kedua kahwin jin .... ketiga kahwin dari jodoh yang telah di tentukan.. "










with luv,

Thursday, May 28, 2009

what comes around, goes around .....

Kenapa tajuk n3 ini yang me pilih? Sekadar ingin bermuhasabah diri bahawasanya Tuhan itu maha adil. Apa yang kita lakukan hari ini pasti akan mendapat balasannya di kemudian hari. Tidak kira samada perbuatan itu sesuatu yang baik atau membanggakan mahupun perbuatan itu tidak baik dan penuh penghinaan. Mungkin hari ini kita dengan bangganya menyebarkan fitnah terhadap seseorang yang kita tak suka tanpa kita sedari yang Tuhan itu sentiasa memerhati. Dengan gembiranya kita menjaja cerita ceriti yang kita reka sendiri untuk memberi perisa kepada sesuatu peristiwa tanpa kita perasan yang Tuhan itu sentiasa mendengar.

Dan hari ini, pabila Tuhan itu menurunkan ujian di atas segala tindakan kita yang pernah kita lakukan, janganlah kita berkeluh kesah dan mempersoalkan kepada pencipta mengapa kita di uji sebegini rupa? Renunglah diri, ingatlah setiap tindakan dan kata² kita yang mungkin telah melukakan hati insan lain. Terimalah ujian ini seadanya untuk menyucikan dosa yang pernah kita lakukan.

Terima kasih kerana melakukan semua ini. Terima kasih jua Tuhan yang sudahpun memberi pembalasan. Sesungguhnya doa org² yang teraniaya ini sangat mudah di perkenankan. itu janji Tuhan!


with luv,

Tuesday, May 26, 2009

++ Kelas Coklat ++

Last saturday me attend kelas membuat coklat bersama dengan my sis. Memang teruja nak join kelas coklat nih sebab me memang suker sangat makan coklat especially Ferero Roche mmg favorite sangat. Tapi dah lama me tak makan coklat konon² nak menjaga kesihatan. Nak kurangkan gula dalam darah tapi memang tak boleh tahan dengan penangan coklat ni kan.

Jom layan coklat. Raya akan datang nih boleh start bisnes coklat pulak nampaknya. hehe...


Coklat Lollipop dan truffle. Nih nak susun coklat masuk dlm tupperware.


Sila lihat susunan tupperware di sebelah kanan tuh. Nasib baik muat² jer tupperware yg di bawa. Memula kuarkan tupperware kecik jer, ala² malu la konon bwk tupperware besar..


Sebahagian hasil yang di bawa pulang. ( 1 tupperware jer yg bleh tunjuk. Yang lain dah selamat... huhu)



Shelled Chocolate - yg ni inti peanut dan coklat


Praline - inti seketul badam .... mmg deliciousss....


Traffles - perasa strawberry


Lollipop - sesuai utk kanak² dan birthday party.


Chocolate Bar - sesuai untuk door gift wedding

Teruja melihat coklat² di atas? Yang pastinya memang sangatlah delicious coklat² ni. Pas ni Boy tak payah beli coklat lagik, kakak dia dah pandai buat coklat. Di samping dapat menentukan tahap ke'halal'an coklat.



With luv,

Monday, May 25, 2009

SSS - 4

babak empat: dia yang bernama Dato' Rizwan...

Temujanji pertama aku dengan Jun berlangsung di café apartment aku je. Malas aku nak gi jauh-jauh. Dia yang tepon ajak dating, dia la yang datang ke teratak aku, ye dak?

Panggilan dari Jun tu taklah begitu mengejutkan bagi aku. Seperti yang aku katakan pada Black, aku dah jangka yang Jun akan dapatkan nombor aku darinya, sebab Jun nampak seperti seorang go-getter… dia takkan tunggu dan buang masa.

Cuma yang agak mengejutkan, pada pertemuan pertama, Jun terus akui yang dia dah ada boyfriend. Bukanlah aku kisah sangat, sebab pertemuan aku dan Jun tu sekadar sesi perkenalan dan memandangkan Jun yang cari aku, aku tak bolehlah dituduh mengacau girlfriend orang. Tapi aku musykil jugak kenapa Jun beriya-iya nak kenal dengan aku. Aku ni kalau dah musykil, aku tanya je… tak reti nak selindung-selindung…

“Kenapa call I?” tanya aku.

“Maksud you?” tanya Jun kembali.

“Orang yang telefon I ni selalunya ada dua sebab. Satu berkaitan kerja, satu lagi berkaitan sosial. Jadi, tujuan you yang mana satu?” tanya aku dengan lebih jelas.

Jun tersenyum. “Can’t it be both?” Eh… main usik-usik pulak dia.

“Sorry, I don’t mix business with pleasure,” jawab aku, tegas. Peringkat awal ni belum boleh kasi can lagi…

“That’s too bad,” balas Jun. “Kalau kena pilih, I pilih untuk bersosial lah,” putusnya.

Aku nak je cakap “Masalahnya you dah ada boyfriend”… tapi aku cuma menganggguk aje dengan keputusannya. Yelah, bukannya dia masuk meminang! Dia cuma nak berkenalan je. Tak salah kalau dia nak tambah sorang lagi kawan dalam hidup dia…

“Kenapa you kata kalau you kena pilih? Maksudnya, you ada urusan kerja jugak dengan I ke?” tanya aku lagi, masih tak puas hati.

Jun senyum penuh misteri. “Yang tu nantilah dulu”

Ewahhh… pandai jugak dia main permainan ni ye. Menarik, menarik…

Perbualan dengan Jun petang tu agak menarik. Kami berkongsi cerita tentang kehidupan masing-masing. Jun seorang pelajar Mass Communication dengan pengkhususan dalam bidang kewartawanan. Daripada cara dia bercerita tentang kursusnya, dia bukanlah seperti kebanyakan kawan-kawan aku yang pernah mangambil MassCom dulu… yang hanya memilih kursus tersebut sebagai last resort ataupun dengan tanggapan salah yang itu merupakan kursus paling senang. Jun memang betul-betul berminat dengan bidang kewartawanan, dan pengetahuannya juga agak meluas. Jadi, mungkin urusan kerja dengan aku yang dia maksudkan tu ada kena-mengena dengan kursus dia.

Bercakap tentang keluarga, tanggapan pertama aku tak jauh meleset. Jun memang datang dari keluarga berada. Ayahnya seorang peguam yang ada firma sendiri, sementara emaknya pula seorang doktor pakar kanak-kanak di sebuah hospital swasta. Dia cuma ada seorang kakak yang kini dah berkeluarga, jadi kedua ibu-bapanya memang menumpukan sepenuh perhatian kepada anak bongsu mereka.

Bila aku mengusik Jun mengatakan dia anak orang senang, dia sekadar tersenyum sambil memandang bangunan apartment aku dengan penuh sinis. Aku paham maksudnya… itu cue aku untuk bercerita tentang keluarga aku pulak. Heh, masih terlalu awal, Jun…

Menengokkan aku tak bukak cerita pasal keluarga, dia tanyakan tentang pelajaran. Dia tanya kenapa aku pilih Germany untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni fotografi… kenapa aku tak pilih universiti terkemuka di Amerika seperti Rochester Institute of Photography ataupun di Australia seperti Royal Melbourne Institute of Technology. Aku kagum seketika kerana Jun tahu mengenai universiti-universiti tu… ke dia dah buat research sebelum berjumpa aku? Kewujudan internet zaman sekarang ni memungkinkan segalanya…

Aku kata aku sengaja pilih Germany sebab aku tak pernah ke sana. Amerika dan Australia adalah dua negara yang aku selalu lawati setiap kali mengikut ayah aku untuk urusan bisnes. Jun mengangguk. Kalau dia dapat tangkap yang tu bukan jawapan sebenar, barulah aku sungguh-sungguh kagum…

Setelah puas berborak, aku mintak diri untuk naik ke apartment aku [ewahhh… macam anak dara pulak, main mintak-mintak diri]. Mungkin Jun sangka yang tujuan aku bertemu dengan dia di café apartment aku ialah sebab aku nak ajak dia naik ke rumah aku lepas tu… mungkin sebab tu terpapar sedikit kehampaan di raut wajah bujur sirihnya bila aku tak berbuat demikian. Hehe, sorry bebeh… my home is my sanctuary. Orang-orang terpilih je leh masuk… dan masih terlalu awal untuk Jun melayakkan diri dalam senarai tu.

Dan sebaik saja aku bukak pintu rumah aku petang tu, salah seorang daripada orang terpilih tu dah pun duduk di ruang tamu…

“Hai, Tan Sri… bila sampai?” tegur aku.

Seorang lelaki berumur awal 50-an berpakaian formal sedang duduk minum kopi sambil menonton televisyen. Kotnya yang berwarna kelabu gelap disangkut pada high-stool di ruang bar dalam apartment aku dan briefcasenya juga diletakkan di atas kerusi tersebut.

Dia berpaling bila aku menegur, menampakkan wajahnya yang sudah sedikit ditelan usia tapi kekacakan zaman mudanya masih terserlah. Rambutnya yang keputihan hanya menambahkan lagi daya penariknya. Bila dia berdiri, perutnya yang tak berapa lama dulu sedikit boroi sudah tidak lagi kelihatan. Hmm… sibuk dengan kerja sampai tak jaga makan lah ni…

“Baru je sampai. Balik kerja ke?” soal lelaki itu.

“Tak. Jumpa kawan,” jawab aku sambil mengambil jus oren dari peti ais aku. Aku meletakkan gelas di atas kaunter bar dan menuang jus oren ke dalamnya.

Lelaki itu tersenyum mengejek sambil duduk bertentang aku atas high-stool tempat dia meletakkan kot kelabu gelapnya. “Why bother buying coffee when you only drink orange juice, kiddo?” soalnya.

“Because I know you drink coffee, old man,” jawab aku sambil tersenyum.

Dia membalas senyuman aku dengan gaya yang aku cukup kenali. Kerana dari sekolah menengah, gaya itulah yang menjadi ikutan aku… dan lelaki inilah idola aku.

Lelaki yang bernama Dato’ Rizwan.

Abah aku.

“Tadi keluar dengan kawan ke… “kawan”?” abah aku menyoal.

“Baru kenal la, Tan Sri,” jawab aku, menggunakan gelaran yang aku selalu guna bila memanggil abah aku. Aku selalu kata, manalah tau kalau masin mulut aku, untung-untung nanti dapat Tan Sri. Kalau dah dapat Tan Sri, aku panggil Tun pulak. Kata-kata tu kan doa.

“Apa tak kenalkan kat abah?” abah aku bertanya sambil tersenyum nakal.

“Tak payah! Kang abah kebas,” balas aku dengan nada seloroh.

“Don’t tell me you’re insecure of this old man,” usik abah lagi.

“Perempuan zaman sekarang ni mana pandang orang macam Amir, abah… a young, struggling, roguish, handsome, charming photographer,” balas aku.

Abah ketawa besar. “So you’re saying they’re looking for an old, stable, nice, drop-dead gorgeous, super-stud Dato’?”

Touché!” ujar aku sambil mengangkat gelas aku yang berisi jus oren.

Hubungan aku dan abah memang rapat sejak aku berumur 10 tahun... sebaik saja mama tinggalkan abah untuk seorang lelaki berbangsa German. Aku tak tahu apa sebenarnya yang terjadi…

Yang aku tau, di satu pagi Sabtu yang hening, setelah memekup kedua telinga aku dengan bantal sepanjang malam mendengarkan mama dan abah bertengkar, aku bangun dan nampak abah duduk di hujung katil aku. Sebaik saja dia nampak yang aku dah bangun, dia memeluk aku dengan erat. Bisiknya, “I tried to make her stay, sayang… I really did. I’m so sorry…”

Aku tak pernah salahkan abah atas apa yang terjadi. Aku tau abah sayangkan mama lebih dari nyawanya sendiri, tapi mama yang buat keputusan untuk pergi. Lepas mama pergi ke Germany, aku dan abah jalani kehidupan berdua… dan kadang-kadang bertiga. Perempuan datang dan pergi bersilih-ganti dalam hidup abah… tapi tak pernah ada yang kekal. Aku rasa ruang hati abah tak pernah dan tak akan benarkan ia diisi oleh sesiapa selain mama.

Orang yang tak cukup mengenali abah akan mengatakan yang dia tak lebih daripada seorang Dato’ kaya-raya yang suka berpoya-poya dengan perempuan dan tak pandai membesarkan anaknya dengan nilai-nilai yang patut dicontohi.

Tapi aku menyanjung abah lebih daripada mana-mana manusia dalam hidup aku. Di saat aku keliru dan kesunyian, abah sentiasa ada. Dia memahami dan memberi sokongan atas apa jua jalan yang aku pilih dalam kehidupan aku, walaupun kadang-kadang jalan tu tak berapa nak lurus…

“Nape tak sound dulu nak datang,” kata aku sambil mengajak abah kembali duduk di ruang tamu.

“Saje nak surprise,” jawab abah. Konfiden je abah aku ni… buatnya aku tengah… tengah apa ek? Hehe…

Abah memandang di sekeliling apartment yang baru aku kemas beberapa hari lepas. “Lawa tempat ni,” ujarnya.

“Yep,” aku setuju.

Abah menggeleng kepala seorang diri. Aku tau apa yang sedang abah fikirkan…

Apartment ni dulu abah belikan untuk seorang perempuan bernama Marlis. Antara semua skandal abah, aku nampak abah paling serius dan paling lama dengan Marlis ni. Dia wanita berumur awal 30-an dan bekerja sebagai seorang eksekutif di syarikat yang pernah berurusan dengan syarikat abah. Bijak, anggun, bergaya… nak katakan abah jatuh cinta dengannya mungkin sedikit keterlaluan… tapi yang pasti, abah nampak macam dah bersedia nak akhiri zaman dudanya dengan Marlis.

Abah beli apartment sebagai satu kejutan untuk Marlis… tapi alih-alih, abah yang dapat kejutan. Abah dapat tahu yang Marlis dah bertunang, tapi selama ni merahsiakannya dari abah. Dia kata dia keliru bila abah muncul dalam hidupnya, dan dia perlukan masa untuk tahu lelaki mana yang dia harus pilih. Dan akhirnya, Marlis pilih untuk kekal dengan tunangnya.

Dan apartment yang sepatutnya jadi milik Marlis… menjadi milik aku sempena kepulangan aku dari Germany. Aku tahu abah boleh je jual balik apartment tu dan dapat untung, dan aku boleh duduk dengan abah di rumah banglonya. Tapi abah tau aku suka duduk sendiri, dan apartment tu sebagai memujuk hati lara yang aku bawa pulang dari Germany…

Jawapan sebenar kepada soalan Jun tentang kenapa aku pilih Germany untuk melanjutkan pelajaran jauh lebih kompleks. Sebenarnya, aku nak cari mama. Aku tak tau kenapa pikiran gila aku di ketika tu terlalu bercita-cita tinggi… sambil belajar, aku nak cari mama dan yakinkan dia untuk kembali ke pangkuan abah. Tinggi kan cita-cita tu? Nak cari mama tu tak susah… tapi nak berjumpa dengan mama depan keluarga baru dia dan suruh dia kembali kepada keluarga lama? What the hell was I thinking!

Tapi kerja aku telah ‘dimudahkan’ oleh mama. Di suatu hari, setelah aku kumpul segala keberanian untuk pergi ke rumah mama, aku telah menerima kejutan bila mama sendiri yang membuka pintu depan rumahnya. Aku senyum, dan aku nantikan pelukan ala rancangan Jejak Kasih daripada mama…

Tapi sebaliknya, apa yang aku dapat ialah, “Yes? How may I help you?”

How may I help you? Aku ni nampak macam jurujual dari pintu ke pintu ke? Ke aku nampak macam wakil dari Jabatan Air yang nak memaklumkan akan ada gangguan bekalan air untuk 2-3 jam?

Kemudian aku sedar satu perkara… mama tak kenal aku. Kemungkinan besar, dia dah buang aku dan abah jauh dari hidup dia. Dia dah bahagia dengan keluarga baru dia. Dan pada soalan mama, aku cuma katakan, “Sorry, wrong house” dan berlalu pergi.

Aku pikir, cukuplah hidup aku dengan abah je… diselang-seli dengan wanita-wanita yang menghiasi hidup kitorang, hehe…

“Abah datang ni sebenarnya nak kasitau, abah nak balik kampung weekend ni. Nak ikut?” soalan cepumas keluar dari mulut abah.

“Weekend ni saya ada hal, Tan Sri,” sepantas mee segera aku bagi jawapan.

“Hal apa?” aiseyman, kena soal-siasat pulak…

“Hal orang muda-mudi,” balas aku sambil tersengih.

“Meh lah ikut abah balik. Boleh ganti-ganti drive. Amir kan memang suka balik kampung, jalan-jalan tepi pantai,” pujuk abah.

Memang tak dapat dinafikan yang aku suka balik kampung. Keadaannya tenang, pemandangannya pun indah… kebanyakan gambar-gambar kegemaran aku diambil di kampung aku sendiri. Tapi…

“Tak payahlah lepak dengan Tok Wan. Gi la ikut Tok ke laut ke,” cadang abah, seolah-olah membaca fikiran aku.

“Yelah tu! Macam la Tok Wan nak bagi,” balas aku.

Abah ketawa. “Come on, temanlah abah. We’ll suffer the wrath of Tok Wan together,” pujuk abah lagi.

Giliran aku pulak tertawa. Abah pun selalunya tak terlepas daripada ‘kritikan-kritikan membina’ Tok Wan.

“Okaylah, okaylah. But you know this means I get to date your new secretary, right?” usik aku.

“Owh, abah dah test-run… too wild for you to handle, kiddo,” abah membalas.

Aku ketawa lagi.

Hai, Dato’ Rizwan, Dato’ Rizwan…



sumber : kapasitor.net


with luv,

Sunday, May 24, 2009

SSS - 3

babak tiga: dia yang bernama Black...

“Err… can you please take our picture?”

Apa ‘Err… err…’! Panggil ‘Abang’ la! Sekali aku sekeh kang!

Hish, diorang ni ni ingat aku personal photographer diorang agaknya… suruh amik gambar diorang posing sana-sini. Kalau lawa takpe gak! Ini bedak je bertepek 14 inci…

Hati aku dok menggerutu je sepanjang karnival tu. Sepertimana yang telah aku jangka, lebih daripada separuh syot aku dipenuhi dengan gambar bebudak ni. Kalau aku nak amik gambar candid pun, ada je yang dok enterframe. Kalau pandai buat-buat natural satu hal la; ini memang muka senyum tampal. Nak je aku sound “Dik, audition iklan ubat gigi bukan kat sini ye… salah tempat adik ni” tapi paham ke diorang apa itu sarcasm? Aku rasa tak. Mungkin diorang akan anggap tu pujian. Maka perlukah aku sound direct je? Sampai ke telinga Maya kang aku gak yang kena. Bukanlah aku takut sangat dengan Maya tu, tapi memandangkan laptop idaman aku bakal berada di pangkuan aku tak lama lagi dek kerana dia, takleh la nak buat hal.

Hmm… nak buat-buat snap tapi sebenarnya tak ambik syot pun takleh. Menyusahkan jugak rupanya era digital nih… lepas je aku ambik gambar, diorang ni sibuk-sibuk nak tengok gambar yang aku dah tangkap tu. Takut gamaknya, dalam gambar tetiba hidung jadik rompong ke, mata Utara-Selatan ke… lepas dah rasa diri tu habis cun tak hengat, barulah diorang lepaskan aku dari cengkaman maut diorang.

Arghhh!! Tekanan!!

Lepas aku ambik gambar lima orang budak pompuan yang aku yakin merasakan diri diorang Spice Girls alaf baru [diorang ni sempat kenal ke Spice Girls tu siapa?], aku cepat-cepat melarikan diri ke satu sudut. Dari situ aku dapat lihat pemandangan karnival tu dengan lebih jelas. Sebenarnya meriah jugak karnival ni. Banyak syot-syot menarik yang aku boleh ambik.

Baru je aku nak ambik gambar seorang budak comel yang tengah melahap cotton candy seolah-olah tu makanan ruji dia, terdengar suatu suara menyebut nama aku dengan penuh ragu-ragu…

“Amir…?”

Uik! Suara lelaki! Aku cemas sikit kalau suara lelaki ni, semenjak kes kena bambu dengan ex-boyfriend Sharon dulu [lu yang tak pandai jaga awek… bila awek lu lari kat gua, marah gua plak! Apehal!]

Tapi suara ni… macam pernah dengar…

Perlahan-lahan aku berpaling… dan seorang mamat berkulit hitam manis sedang tersengih sambil memandang ke arah aku.

“Black!” sahut aku.

“Uish! Nama lama tu janganlah diungkit kembali,” balas Black, masih tersenyum.

Aku tertawa sambil berjabat salam dengannya. Black ni member aku masa zaman sekolah menengah dulu. Nama sebenar: Naqiuddin. Apsal panggil Black? Korang ingat sebab warna kulit dia ek? Ish, ish, ish… tak baiknye korang ni… keh keh. Al-kisahnya, Black ni dulu pernah kena blacklist dengan cikgu disiplin sebab suka ponteng kelas… jadi, dari situlah wujudnya gelaran Black.

“Macho ape,” aku mempertahankan gelaran zaman sekolahnya tu.

“Macho bukan pada nama, beb,” katanya sambil tersenyum sinis. Hoho, sindirankah itu?

“Apa ko buat sini? Lepas ko gi Germany, terus lost contact,” kata Black lagi, sambil matanya memerhati aku dengan teliti. “Ko ni… cenggini lagi ek?” tambahnya.

“Is that supposed to be a compliment? Come on, Black… takkan takde perubahan sikit pun. Penat-penat aku merantau jauh, balik-balik ko kata sama je. Ceh,” kata aku.

Black gelak. “Okaylah, okaylah… makin macho lah… kot,” Black membalas. Macam tak ikhlas je…

“Aku buat free-lance skang,” aku menjawab soalan Black yang terdahulu sambil mengunjuk ke arah kamera yang sedang aku pegang.

“I see, I see… so, living your dream lah now,” Black membuat tanggapan. Dia tahu dari zaman sekolah lagi aku memang minat bidang seni fotografi ni.

“Lebih kuranglah. Ko lak amacam?”

“Aku ngajar kat sini. Part-time,” jawab Black.

“Hoh! Cikgu Naqiuddin! Ko ngajar ape kat budak-budak ni? Cara-cara efektif memonteng kelas?” aku mengusik.

“Kurang hasam ko! Aku ajar English la!” jawab Black.

“Part-time je?” tanya aku lagi. Menengokkan jam tangan Tag Heuer di pergelangan tangannya, mustahil ni je sumber pendapatan Black…

“Ha’ah. Ada lah buat bisnes sikit-sikit,” jawab Black, merendah diri. Piirah! Bisnes sikit-sikit konon! Kasut Adidas ko tu tak nampak macam ciplak pun, Black! Kalau tak silap aku, special edition tu… bukan calang-calang orang ada…

“Bini mana? Ke sebab nak berpoya-poya ngan student, tak bawak bini sekali?” aku terus serkap jarang.

“Mana ada! Single and ready to mingle nih,” Black menafikan.

“Budget hot stuff la,” aku mengusik. Tak kahwin lagi Black ni rupanya… “Bebudak ni tak pernah cuba ngorat ko ke, Black?”

“Adaaa… tapi sekadar nak pass exam la,” balasnya.

“Sungguh ke?”

“Sungguh la!” jawab Black dengan beriya-iya. Fuh, scandalous!

“Lauk free la ko?” tanya aku lagi. Topik menarik nih…

“Lauk, nasik, sayur… semua dapat! Hidangan sepinggan lengkap!” jawab Black, tapi kali ni dengan nada seloroh.

“Tak beretika siot ko,” aku mengkritik penuh sahsiah… chewah!

“Ah… etika, tak etika! Rezeki jangan ditolak…”

“Bala jangan dicari! Ni bukan cari bala ke namanya? Kantoi kang tak pasal kena buang keje,” ujar aku.

“Pandai makan, pandai la simpan,” balas Black sambil mengangkat-angkat kening ala Ziana Zain.

“Giler la budak-budak ni. English je pun,” komen aku.

“English la yang wajib lulus, beb. Tu yang jadik desperate tu,” jelas Black.

“Bukan diorang ni semua terer speaking ke?” aku membuat anggapan.

“Heh! Speaking berabuk! Grammar tunggang-langgang! Naik migraine aku bila mark paper. Mujur la part-time je,” Black kaw-kaw kutuk student dia sendiri. Aku gelak je.

“Nasib baik jumpa ko kat sini weyh. Kalau tak, mati akal aku,” aku meluahkan perasaan pada Black sambil kitorang jalan-jalan sekitar karnival.

“Apehal nak mati akal pulak. Cuci mata la,” cadang Black.

“Cuci mata hapenye. Student ko takde yang cun pun,” komen aku dengan lasernya.

“Radar ko tak berfungsi nih. 2 o’clock kasi tengok,” Black memberi arahan.

Aku berpaling dengan gaya selamba ke arah yang Black sebutkan…

Ternyata radar Black berfungsi dengan baik [eleh, tak aci! Dia cikgu kat sini]. Di suatu sudut di mana meja-meja dan kerusi-kerusi lipat diletakkan untuk orang ramai menikmati makanan ringan, mata aku terus terpandang seorang gadis berseluar tiga suku dan berbaju baby-T yang sedang duduk menikmati hot dog dengan penuh ayunya. Dia memakai topi, dengan rambutnya yang lurus dan panjang diikat satu dan dikeluarkan melalui lubang belakang topi tu.

Ringkas, tapi menarik.

Dia ditemani dua orang kawannya. Hmm… sidekicks. Ternyata dia kepala ataupun queen bee dalam geng tu, sebab dia yang paling menyerlah. Mungkin kawannya yang dua orang tu sengaja dipilih menjadi sidekick supaya tak mencuri limelight darinya. Bukanlah aku mengatakan yang kawan-kawannya tu tak cantik… tapi tak secantik dia.

Dinamiks klik remaja yang sangat tipikal.

“Not bad,” ujar aku pada Black. “Yang tu ko tak pernah merasa ke, Black?”

“Unfortunately, no. Yang ni English memang power,” jawab Black dengan nada kesal yang dibuat-buat.

“Aiseyman… rugilah ko, Black”

“Tulah pasal!”

Aku ketawa, tapi mataku masih memerhatikan gadis tu. Makin dipandang, makin menarik lah pulak. Gayanya bersahaja, tapi ada sesuatu tentang cara dia membawa diri yang memberitahu aku bahawa dia memang gadis dari kelas atasan… yang mungkin, ketika rakan-rakannya yang lain sibuk ke pusat tuisyen waktu sekolah rendah dulu, dia ke finishing school untuk belajar cara-cara menjadi “a proper lady”.

“Sebenarnya kan, Mir… aku perasan dia tengah usha ko tadi,” Black dengan tak semena-mena memberikan informasi berharga.

“Biar benar ko, Black…”

“Iye! Situasinya macam ni… aku dok usha dia, pastu perasan yang dia asyik dok usha someone… bila aku tengok siapa yang dia dok usha, rupa-rupanya ko! Tu yang aku perasan ko ada kat sini tu,” jelas Black dengan panjang-lebar.

Aku cuma mengangguk tanda paham, mata aku masih tak lekang dari memandangnya…

Tiba-tiba matanya bertentang dengan mata aku. Seperti yang biasa aku lakukan, aku tak mengalihkan pandangan… sebaliknya mengangkat kening dan senyum… seolah-olah menjemputnya untuk mengenali aku dengan lebih dekat…

Si gadis tersipu-sipu sambil membalas senyuman aku. Ahhh… manisnya…

“Haduiii… kalah la aku macam ni, Mir! Aku yang jadik cikgu ni pun tak reti buat ‘pendidikan jarak jauh’ macam ko ni,” Black mengusik, sekaligus menghentikan perang pandang-pandang, jeling-jeling antara aku dan si dia.

Ceit, Black tengah perati rupanya…

“Itulah, aku suruh menuntut dengan aku dulu takmoh. Ambik nombor aku cepat!” kata aku seraya mengeluarkan handphone aku, dan Black juga melakukan perkara yang sama.

“Eleh, sebenarnya nak suruh aku kasik nombor ko ni kat student aku tu kan,” teka Black.

“Obviously la! Kasi nombor aku kat ko nak buat hape,” balas aku sambil ketawa. “Ey, but jokes aside… keep in touch la. Bebila free meh kuar minum, aku belanja,” pelawa aku.

“Sudahla! Ni semua taktik ni!” Black masih berkeras.

“Ko nak aku belanja tak nak?” ugut aku.

“Nak, nak…” kata Black sambil bertukar nombor telefon dengan aku.

“So… what am I supposed to say to Jun?” Black bertanya.

“Who?”

“Jun. Tu nama budak yang usha ko tu,” jawab Black.

Hmm… Jun…

“You don’t have to say anything, my friend. Just wait and see. She’ll get if from you,” senyuman senget aku terpampang jelas.

“Bapak konfiden!”

Dan dua hari kemudian… satu suara manja kedengaran di hujung talian sebaik saja aku mengangkat Nokia N93 aku…



sumber : kapasitor.net



with luv,

Saturday, May 23, 2009

SSS - 2

babak dua: dia yang bernama Maya...

Lebih kurang sebulan yang lalu…

Ringtone Beautiful Girl bergema di pagi Ahad tu sebaik sahaja aku selesai masak scrambled eggs di apartment aku. Di skrin Nokia N93 aku tertera nama ‘PHSM’ [singkatan untuk Pontianak Harum Sundal Malam].

Apehal pulak minah ni telefon aku pepagi buta ni? Setahu aku kerja Urban Fest tu lagi dua minggu, photo-shootnye seminggu sebelum… awal lagi untuk minah ni mengganggu hidup aku.

“Ye Maya…” aku menjawab dengan suara yang sengaja ditambah-tambah nada keletihannya.

“You’re fired,” suara di hujung talian berbunyi tegas.

“What the f…?” balas aku, terkejut berbaur marah. Dah la mengganggu ketenteraman aku di pagi hari, bagi pulak berita buruk macam ni… siapa tak panas!

“What do you mean I’m fired?” aku meminta penjelasan sambil menuang jus oren ke dalam gelas aku.

“Well, that’s what you get for fooling around with one of the models,” jawab Maya dengan selamba.

“Fooled around…? Jangan merepek la, Maya. The only eye contact I made with any of the models is through my camera lense!” aku mempertahankan diri, sambil minda aku mengulang-tayang sesi pre-shoot tiga hari lepas…

Maya telefon aku sehari sebelum tu, kata nak book aku untuk jadik photographer Urban Fest sempena Asian Fashion Show. Aku set je… mana penah aku tolak keje ngan Maya.

Maya ialah seorang event manager yang sepatutnya berdiri di atas pentas dan bukan di belakang. Cantik, bergaya, anggun… pendek kata kalau dia berdiri dengan model-model tu, memang boleh blend in dengan amat mudahnya…

Ini tanggapan pertama aku lah. Lepas dah kenal… ya Allah, garangnya mak aii! Hilang segala kecantikan dek kerana muka ketat tu, lagi pulak masa dia tengah stress yang merangkumi hampir 24 jam dalam sehari hidup dia. Masa tidur pun aku rasa minah ni stress jugak. Tulah susahnya kalau dah terlebih dedikasi sebab obses sangat dengan karier.

Aku mula-mula jumpa Maya masa masih bekerja dengan majalah Whoa dulu. Masa tu aku belum jadi free-lance photographer… baru balik dari Germany dan dapat kerja tetap kat situ sebab editornya bekas skandal ayah aku. Majalah tu majalah remaja… jadi kerja aku merangkumi pelbagai aktiviti… dari extreme sports hinggalah arena fesyen terkini. Ada sekali tu aku kena cover pertunjukan fesyen amal di Johor Bahru… dan di situlah aku telah bertemu dengan Maya. Asalnya Maya ni memang tak boleh klik ngan aku… aku tak tahu la pasal apa dia anti sangat ngan aku. Tapi lepas tengok yang hakikatnya, hasil kerja aku memang berkualiti, dia terus bagi name card dia pada aku tanpa segan-silu… “Call me when you become free-lance”

Eleh… nak ngorat aku cakap je la. Bagi-bagi card pulak. Cehhh…

Oh ye… berbalik kepada kisah tohmahan terhadap aku. Seingat aku masa pre-shoot hari tu, ada lah dalam 6 ke 8 model… dan aku telah menjalankan kerja aku dengan penuh profesionalnya. Siapa yang…

Oh no! Dia ke? Apa nama dia ek… Diana? Dania? Something like that…

“Oh man… ni mesti pasal Diana ni…” aku mengeluh dengan kuat.

“Diyaz”

“Huh?”

“Her name’s Diyaz! For God’s sake, Amir, kot ye pun nak fool around, at least get her name right!” kata Maya.

“Whatever… look, Maya... I honestly didn’t fool around with her, okay? She came on to me, I tolak! Ni kes dengki namanya,” jelas aku. Walaupun aku banyak kali je tipu sunat ngan Maya ni, tapi kali ni memang aku cakap betul.

“Yeah, right!” balas Maya.

“Maya, you kenal I dah lama kan. You know I don’t mix business with pleasure,” aku memberi alasan kukuh. Kalau tak, dah lama aku ngorat ko…

“That’s true…” Maya akui dengan suara perlahan. Alamak, jangan lah daripada mode garang terus tukar mode lemah-lembut ni… cair aku dibuatnya…

“And you know models are not my taste. Too skinny,” tambah aku lagi, tersenyum sendiri. Aku cuba membayangkan Maya juga tersenyum di hujung talian. Senyum dia yang macam nak tak nak senyum tu.

“Well, damage done. I’m gonna have to fire you anyway,” kata Maya dengan nada kesal.

“What?!!”

“I’m sorry, Mir… tapi designer tu memang nak Diyaz as one of the models. She has the right figure for most of the clothes. I can afford to lose you, but not her. Diyaz ni sungguh-sungguh kata tak nak kerja kalau you ada, so my hands are tied,” jelas Maya.

“Damn it! I was really depending on this job,” keluh aku. Kerja dengan Maya selalunya bayaran lumayan, sebab syarikat Maya ni agak high-profile. Nampaknya laptop idaman tu masih belum mampu menjadi milik aku… arghhh!

“If you want, I can get you another job,” Maya menawarkan.

“Seriously?”

“Sure. I tak offer kat you sebab I tau you tak suka event macam ni… tapi, bunyinya macam you tengah desperate,” kata Maya. Sempat lagi ngutuk aku tu…

“Oh no… don’t tell me it’s a college thing,” aku meneka. Aku lemah sikit kalau acara-acara kolej ni… bukan apa, kang alih-alih bukannya aku amik gambar event tu, tapi amik gambar bebudak ni dok tengah posing! Aduhhh… tak larat aku nak melayan.

“It’s a college carnival, actually,” jawab Maya. Lagilah teruk! Bebudak hyper sebab makan macam-macam jadah yang manisnya tak tentu hala... parah, parah…

“Macamana pulak company you yang kena cover college carnival ni? Selalunya bukan budak-budak kolej tu uruskan sendiri?” soal aku.

“Hai, kolej swasta… bebudaknya banyak duit… I mean, mak bapak diorang banyak duit. They wanna enjoy the carnival, not manage it,” jawab Maya lagi.

“So basically you’re handing over a bunch of spoilt brats to me?” komen aku.

“Do you want the job or not?” eh eh… garangnye….

Aku berfikir sejenak. Bayangan laptop idaman tu bermain-main di depan mata aku… Ah, just suck it up, Amir!

“Fine,” aku memberikan kata putus. “But you owe me big time,” aku menambah.

“Excuse me! Apasal I pulak? If anything, you owe me!” balas Maya. “Plus, this time you can fool around with any of the college chicks if you want, and you won’t get fired,” dia mengejek.

“You nak I mengorat budak-budak hingusan tu?”

“My dear, I never care who you date… asalkan you tak kacau hidup I,” jawab Maya dan terus meletakkan telefon.

Heh! Jual mahal konon! Makin ko jual mahal, makin la aku tertarik… ke memang tu tujuan dia? Hmm…

Kata-kata Maya sebelum tu terngiang-ngiang di telinga aku…

“This time you can fool around with any of the college chicks…”

Oh tidak! Tak sanggup aku nak melayan kerenah budak-budak!

Dan di karnival itulah… kali pertama aku bertemu dengan Jun…



sumber : kapasitor.net



with luv,

Friday, May 22, 2009

SSS - 1

Babak Satu: dia yang bernama Jun...

“Macamana? Setuju?”

Aku masih mediamkan diri. Aku tenung wajah Jun yang menanti jawapan aku dengan penuh harapan. Sesekali, dia menggigit bibirnya tanda gelisah. Ish, comelnya! Kang aku pulak yang gigit kang! Sabar, Mir, sabar…

“You think your boyfriend will buy it?” aku menduga.

Jun menyandarkan badannya pada kerusi yang sedang didudukinya. Tangan disilang dan susuk tubuh aku diteliti dari atas ke bawah, seperti meneliti kualiti barang yang dikatakan sedang hangat di pasaran… cellemak!

“Well…” katanya, “I know I’m convinced,” sambil tersenyum nakal. Esh, jangan goda-goda, dek! ‘Abang’ dah sedia tergoda nehhh…

“Itu you. Your boyfriend might know better,” balas aku, masih jual mahal. Harga minyak lagikan melonjak, inikan pulak harga manusia. Aku ni lengkap segala organ tau! Kalau jual satu organ, leh dapat ribu-ribu…

Tapi kalau jual hati? Ahhh… itu tak ternilai harganya…

“Kalau dia tau pun…” kata Jun sambil menyilangkan kakinya pula, sekaligus memendekkan lagi skirt yang dah sedia pendek tu... perghhh, gebunya! Kalah peha ayam KFC! Tergugat benteng keimanan aku yang pada asalnya tak berapa nak kukuh ni…

Fokus, Amir… fokus!

“Lagi bagus,” sambungnya, “Tercabar sikit kelelakian dia”

Good point. Hmm… beauty with brains. I like!

“Well?” tanya Jun lagi. “Okay tak ni?” ada sedikit nada merengek dalam suaranya. Alalalala… manjanya…

“I have some ground rules,” tegas aku. Chewah! Macamlah aku ni gigolo yang biasa ditempah.

Gigolo tu tidaklah. I am but a humble player. Dan kalau dah namanya player, ada satu perkataan yang cukup digeruni… komitmen. Memandangkan apa yang bakal aku persetujui dengan Jun ni adalah satu perjanjian, dan perjanjian tu amatlah sinonim dengan komitmen… maka aku haruslah memastikan yang kaki aku tak tersepit dalam mana-mana perangkap beruang

“Name your terms,” balas Jun, mendekatkan wajahnya pada aku sambil menongkat dagunya yang runcing. Hmm… sepet mata Jun ni. Tak macam mata Leya yang bundar… tak juga macam mata Raina yang redup. Takpe… sepet itu menawan!

“If we go out on dates, I pick the place,” aku menyatakan syarat pertama.

“No hal,” balas Jun dengan serta-merta. Hehe… kalau aku bawak pergi mamak ke, pasar malam ke… nasib ko lah, Jun!

“Kalau pergi mana-mana, pakai kereta I. Tapi minyak you tanggung,” syarat kedua menjelmakan diri.

Kali ni dahi Jun berkerut. “Kalau macam tu, baik pakai kereta I je,” keluar sedikit protes dari mulutnya.

Aku tersenyum sinis. “I pun nak jaga reputasi I jugak. Takkan nak ke hulu ke hilir pakai kereta you. Tak standard la. You nak ke orang cakap yang skandal baru you ni sekadar boy toy?” soal aku.

Jun terdiam. “Tapi…”

“Kenapa? Tak biasa naik kereta murah?” perli aku. Hai Jun… baru syarat kedua dah tak sanggup? Belum dengar syarat ketiga lagi…

“Bukanlah!” Jun membantah.

“Kereta Vios I tu takdelah huduh sangat… walaupun tak setanding dengan RX8 you tu,” kata aku lagi. Eleh, semantap mana pun RX8 ko tu, tetap duit mak bapak! Vios ni aku pakai duit sendiri tau!

“Bukan macam tu lah! Serious, I tak kisah!” kali ni Jun benar-benar membantah.

Aku senyum je. Maintain…

“Third of all,” aku terus menyambung, kali ni mendekatkan muka aku pula pada Jun. Aku renung matanya dalam-dalam, sehingga ada sedikit rona merah di pipinya yang bukan diakibatkan oleh blusher jenama Revlon-nya tu…

“This is not exclusive,” dan syarat ketiga pun dipersembahkan.

“Meaning?” Jun meminta kepastian.

“Meaning, my dear, I’m allowed to see other people,” aku menjelaskan dengan senyuman senget aku. Senyuman yang, bak kata Fara, bisa buat dia tak tidur malam [tak tau lah aku kalau maksudnya senyuman aku menawan ataupun dia memang ada insomnia].

Kali ni, kekesalan di wajah Jun lebih ketara. “Mana boleh macam tu! Kalau boyfriend I ternampak you berfoya-foya dengan girl lain, malu lah I” Jun mencebik dengan bibinya yang ala Drew Barrymore tu.

Heh! Sorry aa… kontrak belum sign, merajuk-merajuk ni aku tak layan!

“Your boyfriend and I don’t run in the same circle. Lagipun tu pandai-pandai I lah… you tak payah nak risau,” aku cuba meyakinkan, namun wajah Jun masih teragak-agak.

Takpe Jun, bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Aku layan ko macam tuan puteri nanti… tengoklah…

“Jadi, I pun boleh date orang lain lah kalau macam tu,” dia menguji.

Aku mengangkat bahu, gaya acuh tak acuh. “Terserah,” balas aku, ringkas.

Bagi aku seminggu je, Jun… ko takkan terbayang pun orang lain dah lepas tu…

“So? You’re in?” kali ini giliran aku pula menunggu jawapan dari Jun.

Jun memandang aku sekali lagi dengan matanya yang menawan. Kemudian dengan senyuman yang manis, dia berkata, “Yep! I’m in!”

Dan bermulalah satu episod baru dalam hidup aku… episod yang aku sangkakan sama seperti episod-episod aku sebelum ni… bersama Leya, Raina, Fara, Sharon dan ramai lagi…

Siapa sangka episod kali ni jauh berbeza… dan perjalanan hidup aku bakal berubah landasannya…


sumber : kapasitor.net




with luv,