Wednesday, March 25, 2009

Victoria Secret vs Crabtree Evelyn

Sila perhatikan gambar di bawah... Itu adalah gambar bekas body butter yang telah kosong dan yang masih penuh. Aku memang tersangatlah suka dengan body butter dari Crabtree Evelyn (La Source). Dah bertahun aku pakai. Bukan setakat body butter, malah aku juga ada shower gel, hand theraphy, shower scrub dan juga foot revitalising. Tetapi malangnya, walaupun aku terlalu menyukainya, andai poket tak mengizinkan, terpaksalah aku memendam rasa. hehe. Walau pun harganya agak mahal tapi sangatlah berbaloi sebab aku suker baunya...!(alasan jer sbb dah suker....)


Dulu...
La Source (Crabtree Evelyn)


Sekarang...
Love Spell (Victoria Secret)


Sekarang aku nak citer pasal VS (Victoria Secret) pulak. Memandangkan kat opis aku dah ader agent VS ni, agak mudahlah untuk aku mendapatkan produk VS. Aku adalah peminat Love Spell. Tapi kerana terlalu sukar mendapatkannya dulu, aku pon stoplah menggunakan VS punya produk. Di pendekkan citer, yang sebenarnya aku nak bitau aku baru jer membeli body butter Love Spell dari VS. Kenapa aku beli?? Walaupun tokei kedai tak nak jual kat aku, aku nak gak beli.. ekekke... sebab body butter aku dah habis. Lotion aku pon dah tinggal skit sangat. (alasan lagik... yg sbnornyer mmg aku nak beli... hahaha). Jimat skit budget aku bulan nih sbb VS ni murah skit dari Crabtree...

Apa pun, aku tetap sukakan kedua-duanya. Samada Crabtree Evelyn mahupun Victoria Secret. So uols yang nak dapatkan product dari VS nih bolehlah lawati blognya di sini... enjoy yaaa...



Sekian untuk entry kali ini. Aku suka sangat dengan Love Spell body butter nih. Lepas mandi ptg td aku terus pakai... tak sabo.. hehhehe... besttt ....


with luv,

No comments:

Post a Comment