Monday, March 23, 2009

Kerana kamu lelaki... - 2

Seingat Maya waktu itu dia di dalam darjah enam. Berusia 12 tahun adalah saat yang paling menggembirakan, detik itu merupakan fasa peralihan dari seorang kanak-kanak kepada remaja. Bagi seorang gadis, pasti banyak kenangan indah sewaktu melewati musim itu. Namun tidak bagi Maya. Dia tidak pernah merasai keriangan dan kebahagiaan itu. Maya matang sebelum usianya. Maya tak pentingkan keseronokan, dia tidak pernah mengharapkan baju-baju yang cantik, dia juga tidak cemburu bila melihat rakan-rakannya mempunyai perkakas sekolah yang cantik dan canggih. Satu sahaja keinginan Maya ketika itu, biarlah ibu sayangkannya seperti ibu sayangkan adiknya Echah.

Maya juga pelik kenapa ibu terlalu bencikannya. Berkali- kali dia tanyakan soalan itu kepada Mak tok, namun hanya jawapan yang sama sahaja diberikan. Maya sendiri dah boleh menghafal semua jawapan-jawapan tersebut.


More

Sumber : kapasitor.net

No comments:

Post a Comment