Teacher Ain suka memanjakan Maya dengan pujian. Katanya Maya cepat pandai. Lebih-lebih lagi dalam subjek bahasa
inggeris. Dia juga terlalu sayangkan Maya. Baginya mengajar Maya tidak susah. Gadis kecil itu mudah faham dan rajin
bertanya. Bukan itu saja, dia tahu sangat tentang kisah silam Maya. Rasanya bukan dia saja yang tahu, bahkan hampir
seluruh penduduk kampung bersimpati dengan nasib Maya. Kesian, kerana Maya memiliki ibu yang berhati kering.
Tahun ini Maya nekad, dia mesti dapatkan A dalam subjek English dan kalau boleh dalam semua subjek yang lain. Maya yakin, kalau dia pandai mesti ibu sedikit sebanyak akan rasa bangga. Jadi ibu akan sayangkan dia, macam ibu sayangkan Echah. Kalau dia mampu raih walau suku pun dari kasih sayang ibu terhadap Echah, Maya dah syukur. Dia dah lebih dari puas hati.
Hari ini Maya ada kelas tambahan waktu petang. Kelas berakhir tepat jam 4. Maya terkocoh-kocoh ke surau sekolah. Dia menyumpah-nyumpah diri sendiri kerana terlewat Zohor. Seharusnya dia solat dulu sebelum ke kelas. Sampai saja di surau Maya terus ke tempat mengambil wuduk. Berhati- hati dia mengambil wuduk, bimbang kalau ada yang tidak rata. Pesan Mak Tok, kalau wuduk sempurna, barulah sembahyang pun sempurna.
“Maya, kenapa dengan lengan awak tu”
More
Sumber : kapasitor.net
No comments:
Post a Comment