Hari ini genap 7 tahun umur Boy, adik yang paling bongsu dalam keluarga. Utk ulangtahun kali ini, saya telah pun memberikan hadiah lebih awal. Kebetulan last month dapat bonus so ada sedikit peruntukan untuk hadiah harijadi boy. Bukan main suka lagi dia.
Untungkan jadi yang paling bongsu dalam keluarga. Apatah lagi kakak² dan abang² dah besar panjang. Bukan sahaja kaya dengan kasih sayang malah kaya dengan pemberian dan hadiah. Mana tidaknya, kalau kami adik beradik ke mana², mesti ada saja hadiah untuk boy. Jika nak di bandingkan kami dahulu kala, memang begitu ketara perbezaannya. Apa pun sudah rezeki boy menjadi yang terakhir dalam keluarga. Moga boy membesar sebagai anak yang baik dan bijak ok! Dengar nasihat kakak tau.
(Saya sengaja bagi Boy baca entry kali ini supaya dia faham bahawasanya, dia adalah kesayangan kami semua!)
No comments:
Post a Comment