Sunday, February 1, 2009
Ala² inggeris gitu...
Kenapa saya letak gambar katil ni yer? Ha, sebenarnya saya baru sahaja terima cadar ini pemberian dari makcik kesayangan saya. Oh, I like it! Lebih² lagi makcik saya menjahitnya sendiri. Sebenarnya, dah sekian lama makcik kata nak jahitkan cadar untuk saya. So dengan muka tak malunya saya request nak cadar corak ala² inggeris. Hehehe.. tak malukan?
Inilah dia katil + cadar baru saya. Sesuai pula dengan warna bilik saya ni. Bilik ni pun baru sahaja selesai di cat baru. Untuk persediaan sebagai bilik pengantin. Bilik pengantin? Ops... bukan saya pengantinnya ok. Siapa lagi kalau bukan kakak saya yang bakal mendirikan rumahtangga bulan Mac ni. So sekarang ni memang tengah sibuk membuat persediaan utk perkahwinan beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment