Hari ke lima.
Selepas hampir 9 bulan baru nak meneruskan catatan dairi umrah ini. huhu...
Bermulalah perjalanan umrah kami ke kota Mekah. Perjalanan di jangka bermula selepas solat Zohor. Kalau tak silap lebih kurang pukul 2.30 petang bergerak dari hotel. Awal pagi lagi mutawwif dah mengingatkan. Selesai Zohor, bersiap sedia di lobi hotel.
Sebelum breakfast. Sempat Abah dan abang bergambar bersama Ust. Salahuddin.
Selepas Zohor.
Keluar sahaja dari pintu masjid Nabawi. Toleh belakang. Allah. Sayunya hati nak meninggalkan masjid ni. Terasa sedih sangat nak meninggalkan Nabi yang kita sanjungi. Ustaz aku kata, buatlah amalan walaupun sedikit di Masjid Nabawi ini kerana Nabi Muhammad s.a.w sedang melihat setiap kebaikan yang dilakukan oleh umatnya. Allah. Sungguh, terasa sangat dekat dengan baginda walau tidak pernah berjumpa baginda. Sungguh terasa cinta dan sayangnya kepada baginda walau tak pernah melihat baginda. Sayu.
Toleh sekali lagi sebelum membuat lambaian terakhir.
Aku pulang Ya Muhammad. Dan pastinya, aku akan kembali lagi. Sebak.
Get ready dengan pakaian ihram. Masa ni belum niat umrah lagi. Berkali-kali mutawwif mengingatkan perkara-perkara yang di larang ketika berihram. Perasaan masa ni sukar nak digambarkan. Teruja dan takut. Takut kalau-kalau terbuat perkara yang di larang ketika berihram.
Abah, Boy dan abang.
Aku dan Mak
Berhenti untuk bermiqat di Bir Ali.
Selesai solat.
Perjalanan ke kota Mekah mengambil masa 7 jam.
Kami di jangka sampai sekitar jam 10 atau 11 malam. Satu perjalanan yang panjang. Setelah berniat umrah, semua jemaah mula berdoa di sepanjang jalan sampai tertidur.
Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak
Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu
Matahari sudah mula terbenam.
Berhenti untuk solat jama' Maghrib dan Isyak.
Pengalaman ketika ini memang tak dapat di lupakan. Dengan bilangan jemaah yang ramai berpusu-pusu ingin bersolat, dengan keadaan masjid yang penuh, toilet yang penuh. Mujur ada spray untuk berwuduk. Sejadah lipat yang sentiasa ada di dalam beg sandang memang sangat-sangat membantu. Di sebabkan jemaah yang ramai, kumpulan jemaah kami solat di luar masjid di atas jalan. Alhamdulillah. Dalam kesempitan ada kesempatan. Segala urusan dipermudahkan.
Kami tiba di tanah haram lebih kurang pukul 11 malam. Terus check in hotel. Kami di beri masa setengah jam untuk meletak barang sebelum bersama-sama mengerjakan umrah, tawaf dan saie. Sampai di Masjidil Haram lebih kurang pukul 11.30 malam. Sebelum memulakan sesi tawaf, kami di beri penjelasan dan sedikit taklimat cara mengerjakannya, tempat bertemu semula sekiranya terpisah dari kumpulan. Kami di bahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama melakukan tawaf di tingkat bawah manakala kumpulan kedua melakukan tawaf di tingkat 2 atau di Mataf. Tawaf di mataf lebih jauh pusingannya berbanding di tingkat bawah. Mak dan abah memilih untuk tawaf di di bawah manakala aku adik beradik memilih bertawaf di tingkat 2.
Selesai Saie. Berhenti rehat seketika.
Aku dan jemaah wanita.
Alhamdulillah, jemah wanita semua baik-baik. Baru sahaja berkenalan dengan mereka tapi terasa seperti ikatan itu sudah utuh.
Mak dan Abah ketika Saie.
Selesai bertahallul maka selesailah sudah ibadah umrah kami yang pertama. Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan olehNya.
Mencari pintu keluar untuk pulang ke hotel. Nampak tak Kaabah di belakang sana. Allahu Akbar.
Aku dan Boy
Masih di dalam Masjid dan berjalan pulang.
Sampai pintu masjid untuk keluar. Lepak sekejap sementara menanti salah seorang jemaah kami mencari selipernya yang hilang. Setelah hampir setengah jam masih belum berjumpa makanya, berkaki ayamlah dia...
Singgah di syarikat telekomunikasi Zain untuk membeli simkad dan top up. Semenjak sampai di Madinah, kami memang belum lagi membeli simkad. Makanya di Madinah kami menggunakan internet free di hotel sahaja. Ketika ini jam menunjukkan pukul 1 pagi. Oh ye, kedai ni buka 24 jam.
Ada cerita ketika ini. Ahak. Punyalah Abang speaking English.... Tapi pak arab tu tak faham. At last Pak arab tu tanya, are you Malaysia? Terus abang cakap yer. Masyaallah. Terus Pak arab tu cakap melayu yer. Rupanya Pak Arab tu orang utara nun di Kedah. Ibunya orang Kedah, bapanya orang arab dan menetap di Arab. So pandailah cakap Melayu.
Suasana ketika pukul 1 pagi. Still ramai lagi yang berulang-alik ke Masjidilharam. Masa ni, dah letih so tak de mood nak bergambar. Asyik terpikir tilam dan bantal sahaja. Tadi Mutawif kata esok aktiviti bebas. Ambik masa sesuaikan diri selepas perjalanan yang panjang dari Madinah tadi.
Alhamdulillah. Selesai Umrah pertama kami di hari yang ke lima.
Cerita lanjut Umrah:
with luv,
No comments:
Post a Comment