Tuesday, August 16, 2016

BFF Birthday Celebration...


11 Aug
Birthday Fiza. Kitorang celebrate birthday Fiza a day after. Syukur tahun ni punya kesempatan meraikan birthday salah sorang BFF. Last kitorang jumpa ketika Ramadhan tempoh hari. Tapi dengan Niza almost setahun tak jumpa.. Bila memasing dah ada komitmen macam ni la. 

Finally, datang jugak makcik kepochi a.k.a Niza. Hehe... Dari Kolej panggil dia Mak Nenek sebab kalau dia dah dapat bercakap, non-stop yer. Haha.

Sementara menunggu hidangan.

Wefie dulu. Apa-apa hal bergambar tetap priority. Buat kenang-kenangan... 😃



Happy Birthday Fiza. 

Jom potong kek. Kek ni sedap ok. Beli dekat pistachios Wangsa Walk. Dah bosan makan sicred recipe... Try la yang ni pulak. Lagi pun yang ni size Kecik. Cukuplah nak makan berempat kan... Tapi seriously kek ni sedap.  Belgium Chocolate Cake kalau tak silap namanya.

Ini bibit-bibit permulaan sebelum bermulanya perang... ekekekek

Birthday girl nak makan yang lite-lite jek... masalahnya, lite ke? Pinggan dia lagi besar dari pinggan kitorang. Hahahah

Fish and cheese
Ni aku punya. Hari ni cheat day. 

Fish and chips
Niza pilih ni sebab tak nak cheese takut gemuk katanya... motif sangat tau...

Yang ni Emy punya menu. Aku tak tau nama apa... 

Ok, start dah.... 

Pertemuan kali ni berjaya tanpa sorg pon belek hand phone kecuali time bergambar. Maklumlah dah lama tak jumpa. Memasing sibuk update kisah memasing kan... yang bergaduhnya. Yang share tipsnya. Yang bagi tazkirahnya. Yang meluahkan perasaannya. Sampai takde masa lah nak belek handphone. 

Girls talk time.... Korang tahu korang ada kawan baik bila korang boleh share almost everything... boleh selamba badak kutuk depan-depan... yes, this is true friendship. No heart feeling. Kasik settle depan-depan. Ha, gitu kekdahnya kan... 

Actually birthday celebration hari ni di payung oleh Niza. Makcik ni dah lama kot janji nak belanja kitorang makan sempena kenaikan pangkatnya. Tahniahlah Niza. Kitorang tumpang happy. Lagi happy kalau rezeki selalu di kongsi dengan kitorang. Ekekkeke... 

Btw, sayang mereka selamanya. 
Moga friendship ini terus berkekalan hingga ke akhir Hayat. 



with luv,

Thursday, August 11, 2016

Wahai wanita!



Wahai wanita,
Jika engkau terlambat menikah,
maka ingatlah kisah Saidatina Khadijah r.ha, yang sentiasa bersabar hingga mendapat suami terbaik di muka bumi pada ketika usianya 40.

Wahai wanita,
Jika engkau tidak menikah,
maka ingatlah kisah Saidatina Maryam, yang sentiasa gigih berjuang, hingga Allah mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.

Wahai wanita,
Jika engkau memiliki suami yang buruk perangainya,
maka ingatlah kisah Saidatina Asiah isteri Firaun, yang tetap tabah memegang iman, hingga Allah janjikan kepadanya istana di syurga.

Wahai wanita,
Jika engkau dimadu, tidak memiliki keturunan atau menjadi janda,
maka ingatlah bahawa Saidatina Aisyah r.ha telah mengalami itu semua, namun Allah tetap menguatkannya, menolongnya dan memuliakannya.

Wahai wanita,
Jika engkau telah diceraikan suamimu,
maka ingatlah firman Allah, "Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurniaanNya, dan adalah Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Bijaksana."

Wahai wanita,
Jika engkau adalah seorang ibu,
maka syurga anak-anakmu berada di telapak kakimu dan jika engkau adalah seorang anak, maka engkau dapat menjadi pelindung kedua orang tuamu dari api neraka dan jika engkau adalah seorang isteri, maka engkau adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki oleh suamimu.

Wahai wanita,
Dengarlah agamamu,
yang telah bercerita kepadamu dengan sebaik-baik cerita untuk bekalan hidupmu.

Wahai wanita,
Dengarlah agamamu,
yang telah memuliakanmu,
menghargaimu dan mengangkatmu maka ikutilah segala jalan,
yang telah ditunjukkan oleh agamamu.

Hanya Allah Maha Mengetahui
Perkara Yang Benar.

with luv,

Wednesday, August 10, 2016

Apabila hati bersuara.


Having A Soft Heart In A Cruel World Is Courage, Not Weakness


Yes, indeed!
Apa yang kita rasa... yang ada di hati kita, kadangkala sukar untuk di luahkan. Perasaan kita di salah ertikan. Aku jarang nak menaip di sini perkara yang menyedihkan. Sebab, negative energy ini akan mempengaruhi seluruh kehidupan aku untuk beberapa ketika.

Tapi hari ini, aku menjadi aku. Tak perlu kalian mempersoalkannya. Dan, cukuplah memikirkan perasaan insan lain lagi. Di sekeliling  aku. Sudah sampai kepada limitnya. Mengalah tidak bererti kalah. Jangan di tanya kenapa. Jawapannya, aku lelah.

Air mata yang mengalir adalah kekuatan untuk aku. Memang Tuhan jadikan air mata wanita itu sebagai Sumber kekuatannya tatkala dia menerima tekanan. Exactly. Jadi salahkah air mata itu mengalir?

Janji. Cukuplah sampai sini. Benar aku pernah berjanji dan saat ini aku memungkiri janji. Mengapa? Kerana hatiku kecewa. Sangat kecewa. Aku sememangnya tidak mampu mengubah mereka. Bukankah mereka juga sudah berjanji berkali-kali? Yer, yang akhirnya di noda jua.

Tidak mengapa. Aku yang perlu berubah sebelum mengemis mereka untuk berubah. Aku tidak mungkin mampu mengubah dunia tapi aku mampu mengubah diriku sendiri. Jangan di pertikai perubahan ini. Kerana kamu juga yang memaksanya.

Cukup sampai sini. Aku relakannya pergi. Pergilah membawa rasa yang duka. Pergilah. Kerana aku percaya, tidak semua yang kita pinta akan jadi miliki kita.

Yang berkecai itu tidak mungkin kan bercantum semula. Yang retak itu tidak pernah akan sama seperti sediakala. Tidak akan sama.

Cukuplah. Terima kasih untuk segalanya.




with luv,

Tuesday, August 9, 2016

Tukar akaun KWSP dari konvensyenal kepada shariah



Aku dah. Korang? 
Hari ni start day untuk pendaftaran akaun KWSP dari conventional kepada shariah. So ramai lah yang menyerbu ke pusat-pusat KWSP. Aku pegi KWSP Sunway Batu Cave. Walaupun ramai tapi aku puji pengurusan diorang. Running number sangat cepat. Urusan di kaunter boleh selesai dalam 2 minit jika tidak ada masalah. 

Aku pergi lunch time. Masa dapat no tu ada lebih kurang 200++ in queue tapi within one our selesai sampai ke no aku. Cepat je kan. Dana yang diperuntukkan untuk tahun 2017 ialah 100billion. Menurut pegawai KWSP tu, kalau Dana dah habis, automatically kita akan masuk dlm kiv list. Nanti bila open Dana 2018 automatically kita akan di convert ke akaun shariah. So tak payah nak register lagi sekali. Cumanya orang bergegas ni sebab takut Dana 2017 habis. Tapi bagi aku, it's ok .. at the end tetap akan dapat convert ke shariah apabila dah register. Cuma lambat dengan cepat sahaja. Tarikh pendaftaran ialah 8 - 28 August. So yang tak sempat nak daftar hari ni, jangan bimbang. Pergilah mana-mana hari pun. Yang penting daftar. 

So uols dah daftar ke belum?
Tips nak pergi daftar, ialah cari kwsp yang tak ramai orang tahu. Huhu. So tak ramai lah orang. Selamat mendaftar.



BAGAIMANA NAK TUKAR KE SIMPANAN KWSP PATUH SYARIAH

1. Pendaftaran bermula Isnin 8/8/16 8:15am kat semua pejabat/cawangan KWSP.

2. Hanya kena bawak IC. Lain dokumen tidak diperlukan.

3. Tuan badan kena hadir sendiri, pasal ada akad dan turun cap jari.

4. Proses pengeluaran Simpanan Shariah still sama macam Simpanan Konvensional dulu.

5. Walaupun sudah daftar mulai 8/8/16, tarikh kuatkuasa Simpanan Shariah hanya akan bermula pada 1/1/17 (tahun depan).

6. Hanya RM100 billion dana diperuntukkan untuk Simpanan Shariah tahun 2017. Pasal tu kena cepat daftar. Kalau dah habis kuota RM100 billion nie, kena tunggu peruntukkan dana untuk tahun 2018 pulak.

7. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (18 Ogos 2015) dan Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah

Maknanya, 100% duit KWSP yang ada sekarang dalam akaun kita, boleh dipindahkan terus ke Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun, kalau masih ada yang nak buat "penyucian" dividen, boleh ikut garis panduan penyucian dividen yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS), insya-Allah pada WorkWeek 32.

Untuk maklumat lanjut, boleh gi http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html

Selamat mendaftar...


with luv,

Friday, August 5, 2016

Raja Buah


Akhirnya....
Dapat jugak durian yang sangat sedap ni. Semenjak Ramadhan lagi dah start musim durian. Tapi setiap Kali beli, belum dapat yang rasanya betul-betul  woww!  Ibarat nya setiap kali makan masih belum dapat yang nikmat. 

Memandangkan FAMA ada buat jualan durian ni, aku mintak tolong Abah pergi beli durian 101. Aku tanak durian  lain. Nasib baik ada. Sekilo RM 21. Abah beli 4 biji lebih kurang 7kg. Demi anak perempuannya yang sorg ni kan..  gigih Abah melayan selera si anak. Nampak tak Abah sayang aku? 😘

Dalam 4 biji tu, 2 biji setengah aku pulun sorang. Memang puaslah makan. Selain dari durian 101, Abah beli durian Perak jugak. Dua hari adik aku yang tak makan durian ni bising. Tetiap hari tanya, bila nak habis durian ni? Muhahaha... siapa suruh tak makan durian. Haaa kan dah pening nak bau. Durian ni satu je nak elak pening dengan bau dia, kena makan. Once dah makan, tak heran dah dengan bau durian  yang menyengat tu.

Tapi tak syoknya makan durian  kali ni sebab Boy tak de. So takde lah teman nak berebut. Huhuhu. Tunggu Boy balik, boleh beli lagik. Layan sampai muak. Lepas tu dok diam-diam tak payah mintak lagi dah. 




with luv,

Thursday, August 4, 2016

Bahagiakah aku?



Hari ni buka FB keluar news feed kisah seorang ibu yang berjuang untuk mendapatkan anaknya daripada suami. Jika lihat di status fbnya, tidak ada status yang merintih kesedihan selama ini. Kebanyakan statusnya ialah yang membahagiakan. Jadi kita assume dia bahagia. Tetapi di sebaliknya?

Kita selalu nampak orang bahagia. Happy dengan  kehidupan mereka. Sedangkan kita, terlalu banyak cerita sedih yang sedang kita alami.  Bertambah sedih bila tengok orang lain happy je. Mulalah hati tertanya-tanya kenapa ye Allah uji aku begini dan begini? Kenapa yer? 

Tapi sebenarnya kita tidak tahu disebalik kegembiraan dan kebahagiaan yang mereka cuba paparkan , ada cerita di sebaliknya. Kita lihat dia happy, mengandung dan bakal dapat baby, ada suami, ada ibu mertua yang membahagiakan .. indahnya... kalaulah kita seperti dia..... 

Tetapi kita tidak tahu di sebaliknya.... di pukul suami. Di maki mertua. Di torture mental dan fizikal. Betapa azabnya kehidupan dia sehari-hari... Kita tidak tahu sebab kita tidak nampak semua itu.... Kita hanya nampak kesedihan kita... kesakitan kita...

Kita lihat kejayaan orang lain. Yang kaya raya. Yang punya banyak harta. Ada perniagaan yang berjaya. Ada rumah besar... ada kereta besar.... Mulalah hati berkata-kata. Kenapa aku tak kaya macam dia? 

Kita tidak tahu disebalik kejayaan dan kekayaan dia, berapa Kali dia jatuh dan tersungkur. Terjatuh dan terjatuh lagi sebelum dia bangkit kembali. Berapa banyak yang Tuhan duga untuk mengecapi apa yang dia ada hari ini. Kita tidak tahu..... Jika kita tahu kesulitan dan kepayahan yang dia pernah alami, mungkin kita sendiri tidak sanggup untuk menghadapinya. 

Janji Tuhan itu pasti. Setiap ujian ada hikmahnya. Setiap kepayahan ada kesenangannya. Setiap kesukaran ada nikmatnya.


Mungkin hari ini kita tidak dapat apa yang kita minta. Kita tidak memiliki apa yang mereka punya. Kerana Tuhan tahu bila masa yang sesuai untuk kita miliki apa yang kita pinta.

Memang kita manusia. Dalam redha ada sedih nya. Dalam gembira ada dukanya.  Dalam bahagia ada terlukanya.

Muhasabah. Itu aku.
Cepat-cepat berpijak di bumi nyata. Memang ada kala kita di dalam dunia kita. Meruntun dan merintih. Yer aku macam tu. Bila hidup sendiri, memang banyak yang akan di fikirkan. Dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecilnya. Kadangkala ada yang mengganggu fikiran lantas membawa emosi bersama. Ada kalanya terlalu terluka... Jadi ... ada masa aku perlu menyendiri. Bukan untuk meraih simpati tetapi sekadar untuk mengubati hati sendiri. Memang orang lihat aku bahagia. Happy. Income stable dan sebagai nya. Tapi di sebaliknya, bukan semua yang tahu dan aku sendiri tidak berminat untuk beritahu. Cukup lah hanya aku yang tahu. 

 Selain dari ujian dan masalah itu, ada banyak nikmat yang Tuhan beri. Aku cuba. Kalian juga harus cuba. Bersyukur dengan nikmat yang ada. Mudah-mudahan kita semua terus bahagia. Tanpa meminta-minta kerana kita tidak pernah tahu. Mereka juga punya cerita. 



with luv,

Wednesday, August 3, 2016

Selamat datang, Sayang.


Alhamdulillah..

Dapat anak buah baru. Baru 3 hari usianya. 
Baby Muhammad. 
Nama yang cukup ringkas tapi selalu di sebut. Mudah-mudahan, baby Muhammad menjadi anak yang soleh, yang menyejukkan hati ayah dan ibu.

Dah lama tak de baby dalam rumah, Mak Ngah Jadi excited. Tak sabar nak jumpa Muhammad lagi.... Kalau lah Muhammad duduk dekat rumah Mak Ngah, hari-hari Mak Ngah gomol. Geram je tengok dia. Sangat behave. Bila kakak Maira sentuh kepala Muhammad terkuat sikit, Muhammad nanges kuat-kuat. Mak Ngah tepuk-tepuk and peluk terus Muhammad diam. Good Boy la!

Tetiba dah rindu dengan Muhammad... 



With luv,

Tuesday, August 2, 2016

Apabila kau bertanya dan Tuhan menjawab....



Dalam kehidupan seharian kita, adakalanya tertanya-tanya kenapa begini, kenapa begitu..kenapa tidak begitu...dan kenapa tidak Jadi begini... seringkali persoalan ini menganggu fikiran. Maka, kau pun bertanya kepada Tuhanmu... Lantas Tuhanmu pun menjawab ... biar jawapan itu bukan jawapan yang kau suka... Tapi itu lah jawapannya untuk setiap persoalan yang kau utarakan. 

Kecewa? Pasti!
Tapi mengapa? 
Bukankah itu lebih baik. Daripada kau terus-menerus dalam kebingungan?

Didik hati untuk menerima kekecewaan. Didik minda untuk menerima jawapan apa adanya.

Sakit? Sakit sekali.
Ajar hati untuk redha.
Ajar minda untuk menerima. 
Ajar hati untuk keras.
Ajar minda untuk berkeras.

Jalan kita tidak selalunya lurus.
Adakalanya bertemu selekoh.
Ada ketikanya berada di persimpangan.
Yang berliku itu tidak selalunya berduri.
Yang lurus itu tidak selalunya boleh di lalui.
Di manakah hala tujuan yang harus ditujui?
Tanya hati. 





 by,
Msraiza 
6:57 pm






with luv,