Tuesday, May 31, 2016

Hujung minggu ketika cuti sekolah


Entry pertama dan mungkin yang terakhir di bulan May ini.  Mood sungguh kelaut nak menaip di blog. Bukannya tiada story, tapi saje je penyakit 'M' ni menyerang dengan ganas sekali. Haha. Aku menaip hanya suka-suka. Adakalanya ada banyak benda yang aku nak story. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk rujukan aku sendiri sebab aku ada satu perangai yang kadangkala suka baca blog sendiri. Kengkadang entry2 ini buat aku kembali ke memori itu. Maklumlah, bila usia semakin meningkat, adakalanya kita terlupa kisah² penting dalam hidup kita. Jika ada catatan sebegini, dapatlah mengingatinya kembali.

Uiks, Boy dah tinggi dari kakak.

 Ok, meh kita citer kisah dihujung minggu. Weekend ni penuh aktiviti. Bermula dengan hari Sabtu ke Sunway Piramid meraikan Shaklee Convention. So hari ni ada bodyguard follow. ;-)

 Oh, btw, aku tak pernah drive sendiri ke Sunway Piramid ni. Selalunya ada driver yang baik hati tolong drive kan. Hikhikhik. So hari ni  en Waze bawak aku pusing-pusing. Boleh pulak tersalah masuk simpang. Boy punya instruction bawak kitorang ke Sremban. hahhahaa... Ni mesti dia tak sabar² nak balik USIM.

Setelah melalui episod kesesakan lalulintas di mana-mana, kitorang sampai rumah lebih kurang pukul 2.45 pm. Lepak sekejap di rumah, pukul 6.00 pm ke Starpac Central pulak. Belanja Boy dinner sebab kakak malas nak masak. Bila bilangan ahli rumah hanya ada dua, agak rugi di situ kalau nak ke dapur. hahhaha. Ok, ini alasan orang yang malas masak yer. Sila jangan tiru!

Pusing-pusing sekejap, singgah butik VERN dan SUMMIT. Butik kegemaran aku ni. ahak. Try² kasut. Ada berkenan dua pasang kasut, di tambah aku sememangnya nak ganti kasut kerja yang dah 3 tahun tak berganti tu. Bukan tak mahu ganti, tapi masih elok cuma sekarang ini tapaknya dah semakin keras jadi jika berjalan lama, cepat lenguh dan sakit tumit. Try punya try tapi tak beli. Boy tanya, kenapa kakak tak beli? Sebab kakak malas nak pegang. Nanti balik kita singgah beli ok. So terus proceed ke Sakura Kristal, favorite restoren Boy. Aku pon tak paham apa yang Boy suka sangat makan kat sini. Layankan jer. Lepas makan, Boy tanya boleh tak nak beli T-Shirt lengan panjang. Memandangkan bulan puasa pon dah semakin hampir, aku iayakan aje. Shopping sekali untuk hari Raya. So pusing² cari baju Boy sampai butik tutup. End up tak beli pon kasut kakak sebab kedai dah tutup.

Dan yang paling best sekali, kitorang keluar dari Starpac Central tu pukul 10 pm. Di kala kedai² dan butik² pakat-pakat tutup separuh tiang. This is first time ok balik sampai kedai tutup. Makanya menempuhlah jem lagi nak keluar parking tu. Sampai je rumah, Boy kata.... Penat kita hari ni kan kakak duduk dalam kereta menempuh jem... hahhahha.... 

Sebelum tidur, sempat pesan dengan Boy, esok bangun awal. Lepas Subuh je kita pegi mendobi ok memandangkan Boy banyak bawa baju kotor dari hostel. Dan aku nak cuci comforter. So plannya nak ke dobi self-service.

Seperti yang di rancang, mendobi di pagi hari. Pukul 8 kitorang dah terpacak kat kedai dobi ni. AKu suka pergi dobi Laundry Lot yang terletak di Taman Melewati berdekatan dengan Pasar Kecil ni sebab dekat dengan rumah aku dan bersih. Tak ramai orang yang paling penting, so tak adalah lama sangat nak menunggu.
 Sampai² jer terus masukkan baju² dan comforter dalam mesin basuh. Oh, kami conquer 3 mesin basuh yer... Nasib baik kat sini ada 6 buah mesin basuh dan 4 buah mesin pengering. So boleh sekali jalan je. Lepas siap masukkan kain dan mesin mula berkerja, kitorang pergi breakfast. Yes, the reason why kakak ajak Boy mendobi di pagi hari sebab boleh terus pergi breakfast. Nampak tak planning itu penting... hehhehe...

Kebetulan masa kitorang sampai, abang ni tengah mengemas. Kira dobi ni memang terjagalah kebersihannya. Aku tengok abang ni membersihkan pun sungguh². Tidaklah ala kadar je. Aku rasa abang ni di upah oleh owner untuk membersihkan ruang dobinya. Sebab abang ni pakai tshirt company.

Sementara menanti mesin berhenti, tiba-tiba dapat ilham nak gi IKEA. Menarik juga ni. Ok, lah Boy jom kita ke IKEA pulak habiskan masa ok. Today kakak bawak Boy jalan-jalan. ;-)



with luv,

No comments:

Post a Comment