Friday, July 19, 2013

semoga cepat sembuh




Catatan Sebuah Rasa 

Kepada kamu,
Ingin sekali aku ucapkan,
Semoga kamu cepat sembuh
Sihat seperti sediakala

Kepada kamu,
Maaf terpaksa aku catatkan di sini
Sebuah rasa yang berbuku di hati
Kerana ini tempatku
Tempat aku mendamaikan hatiku

Sedih rasanya bilamana mengetahui berita ini
Lebih sedih apabila tidak di beritahu kondisi sebenarnya
Dalam keadaan yang serba tegang
Aku mencari jawapan kepada persoalan

Kepada kamu,
Semoga kamu cepat sembuh
Dari kejauhan aku titipkan doa
di dalam setiap lepas solatku
Agar kesihatan yang  baik menjadi milikmu
Biar seribu rasa bercampur baur
Semoga kamu cepat sembuh

Inilah aku yang sebenarnya
Biar apa yang terjadi
Biar apa yang mengguris hati
Biar apa keputusan yang di ambil
Doa buatmu akan terus meniti dari bibirku
Kerana bagiku
Sihat sejahteranya kamu
Ketenangan bagiku
Bahagianya kamu
Kegembiraan bagiku
Kejayaan bagimu
Kesenangan bagiku

Dan...
Ketahuilah kamu
KeMARAHanmu adalah keSEDIHanku!

Jauh dari sudut hatiku
Ikhlas rasa buatmu
semoga kamu sejahtera sentiasa
berada di dalam rahmat dan perlindungan dariNya
Amin ya Robb



by,
msraiza 
11:59 pm | 2 Ramadhan 




with luv,

Thursday, July 18, 2013

Oh Adam!



Apalagi yang hendak di kata? Apabila telah tertulis sebegitu rupa. Sedih. Sedih membaca luahan hati seorang wanita yang bergelar isteri. Tiba-tiba emosi jadi terganggu. Teringat lebih setahun yang lepas ketika menghadiri majlis perkahwinan Asyraf & Dayana. Indah sungguh busananya. Cantik sungguh kad jemputannya yang berkonsepkan muqaddam. Terasa bertuahnya Dayana bernikah di hadapan Kaabah. Sucinya sebuah ikatan yang termeterai. Siapa sangka, perjalanan kehidupan yang tertulis sebegini rupa. Semoga Dayana tabah menghadapi liku-liku kehidupan.

Jujurnya sebagai seorang wanita, pasti terasa juga walau mereka bukan siapa-siapa denganku. Tabahlah wahai Dayana. Sesungguhnya tidak Allah mengujimu jika kamu tidak mampu menghadapinya. Sebagai seorang wanita, kita punya dua pilihan. Biar di manapun kedudukan kamu dan kamu berhak untuk memilih. Pengalaman banyak mengajar aku tentang sebuah hubungan.

Benar! Ini takdirmu! Tetapi bukankah Allah telah menyatakan, hanya kamu yang boleh mengubah takdirmu. Doa. Doa. dan teruskan berdoa. Jika kamu tergolong dalam insan teraniaya, pasti doamu di terima tanpa hijab. Jadi, berdoalah.


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

by: Dayana

Sesungguhnya bumi ini bulat. Seperti itulah juga kitaran sebuah kehidupan. Mungkin hari ini kamu menangis namun yakinlah yang tangisan ini tidak akan selalu ada. Sampai masa pasti kamu akan tertawa. Percayalah. Cuma masa yang akan menentukannya.

Wahai Adam,
Jika sudah punya Hawa yang setia
Kenapa tegar kamu menduakannya?

Jika sudah punya Hawa yang berAgama
Kenapa kamu masih memburu dunia?

Bukankah hawa tercipta dari rusuk Adam yang bengkok?
Yang dekat di hati untuk di kasihi?
Kenapa tegar kamu sakiti?

Jika hawamu serba kurang
Kamulah pelengkapnya
Jika hawamu punya kelemahan
Kamulah yang perlu menjadi kekuatanya
Jika hawamu bersalah
Kamulah yang seharusnya memperbetulkannya

Kerna Hawa sememangnya tercipta untuk Adamnya!

******

Wahai Wanita 
Benar bukan salahmu sepenuhnya
tak mungkin hanya kamu yang mahukannya
kerna bertepuk sebelah tangan memang tidak ada bunyinya

Tetapi... sebagai wanita...
Kamu juga rasa
Apa yang dia rasa
Atau kamu tidak punya rasa?

sebagai wanita....
Kamu punya pilihan
untuk terluka mahupun melukakan
apa yang kamu pilih
itulah yang kamu mahukan
tetapi percayalah
membina kebahagiaan dari titisan airmata wanita lain
tidak akan membahagiakan! 

******

Wahai Hawa,
Tabahlah kamu menghadapi dunia
Sabarnya kamu mengundang airmata
Bukan sebarang ujian tercipta
pasti ada hikmah disebaliknya

Wahai Hawa
hanya kamu yang rasa
berat mata memandang berat lagi bahumu yang memikulnya
tegarnya kamu masih setia
apabila Adammu memilih dia
bukan semua wanita boleh terima
sepertimana yang kamu terima

Wahai Hawa
ku titipkan doa agar kamu punya kekuatan
untuk meneruskan perjalanan
mengharungi detik getirnya ujian

by,
msraiza | 10.59 pm


with luv,

Tuesday, July 16, 2013

Doa



Doa..... 

~✿ Tidak mampu mengembalikan mereka yang kita cintai, 
tapi mampu memberi kebahagiaan kepada mereka

~✿ Tidak mampu mengembalikan waktu, 
tetapi mampu memberi peluang kali kedua

~✿ Tidak selalu memperbaik hati yang hancur, 
tetapi doa mampu mengubahnya menjadi sumber kekuatan dan penenang kalbu



"Berdoalah kepadaKu, nescaya Kuperkenankan" 
Mintalah APA SAHAJA yang baik dari tuhan. Jangan pernah berhenti berharap.

*************************

Kuasa doa memang sangat besar. Kadangkala Allah turunkan sesuatu yang tidak kita jangkaan saat kita rasa tiada sesiapapun yang dapat membantu kita lagi. Saat kita rasakan kosong dan sunyi. Saat kita rasakan sedih yang teramat sekali hingga tiada apa yang dapat menyembuhkannya. Namun kuasa doa dapat menjadi penenang kepada kegelisahan itu. 


with luv,

Monday, July 15, 2013

Alhamdulillah....




Ramadhan yang sangat bz. Nampaknya perancangan awal untuk mengosongkan jadual menjahit sepanjang Ramadhan kali ini tidak berjaya. Alhamdullilah, lagi aku ingin dekat denganMu, lagi dekat Kau datang padaku. Rezeki yang mencurah-curah di sepanjang Ramadhan ini boleh jadi nikmat atau boleh jadi juga ujian dariNya untuk melihat sejauh mana kekuatanku menunaikan janji.

Sehabis baik aku cuba mengatur jadual menjahitku sepanjang Ramadhan ini agar tidak menganggu masa terawikh. Berhempas-pulas juga menyiapkan setiap tempahan dari customer.

Ya Allah, jika ini rezeki yang telah tertulis buatku, Alhamdulillah.... Aku bersyukur di atas setiap rezeki yang Kau berikan dan berkatilah ia agar ianya menjadi rezeki yang bermanfaat buat ku dan berikanlah aku kekuatan serta kesihatan yang baik agar aku dapat memenuhi permintaan mereka. Amin!




with luv,

Friday, July 12, 2013

Pencarian : Kasih sayang Illahi



Kadangkala aku lemah
Lemah dalam setiap langkahku
Kadangkala aku lelah
Lelah dalam setiap nafasku

Namun,
Perjalanan sebuah kehidupan harus di teruskan
Selagi nyawa di kandung badan
Selagi nadi mampu berdenyut 
Selagi jantung masih berdegup
Akan ku gagahi untuk terus melangkah

Mencari apa bahagianku
Di segenap perhentian
Mencari dan terus mencari
Walau terpaksa melalui jalan berduri

Dengan penuh harapan
Agar bertemu dengan perhentian terakhirku
Dalam sebuah pencarian

Sesungguhnya tidak Kamu ujiku
Jika tiada kemampuan dariku
Kerana setiap ujian dariMu
Adalah kasih sayangMu terhadapku.



by,
msraiza






with luv,

Thursday, July 11, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan




Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Bertemu lagi Ramadhan kali ini. 

Dengan lafaz Bismillah, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam khususnya rakan-rakan terdekat, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan 'seperkenalan', readers blog ni, strangers dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Ampun dan maaf ku pohon dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Moga tiada hijab yang menghalang untuk mengejar keberkatan Ramadhan kali ini. 

Jadi, apakah matlamat Ramadhan kali ini? 
Aku punya matlamat tidaklah besar mana. Sekadar ingin mencukupkan solat terawikh dan mengejar lailatul qadar. Untuk mendapatkannya yang aku kira sangat sukar, aku cuba untuk menghadkan aktiviti menjahit yang kebiasaannya mencuri hampir keseluruhan masaku.

Benarlah, apabila kita mengejar akhirat, dunia pasti akan mengejar kita. Alhamdulillah Ya Allah, di saat aku berserah dan pasrah, kau berikan sesuatu yang di luar jangkaanku. Di saat aku menyerahkan segala-galanya padaMu, Kau berikan aku kekuatan jiwa untuk terus bangkit dan bangkit meneruskan perjalanan sebuah kehidupan.

Adakalanya, air mata menjadi peneman paling setia saat tiada ungkapan kata-kata yang terluah. Kau dengar keluhanku Ya Allah. Kau sambut salamku. Kau belaiku dengan kasih sayangMu. Saat aku bersedih dengan perjalanan kehidupanku, Kau berikan aku kekuatan. Aku bersyukur Ya Allah dengan segala nikmat yang Kau berikan kepadaku selama mana aku hidup di muka bumiMu. Aku bersyukur Ya Allah. Alhamdullillah. Aku mula menerima hakikat sebuah kehidupan, bukan semua yang kita mahukan kita akan dapat tetapi apa yang kita ada inilah sebenarnya apa yang kita perlukan mengikut perkiraanMu Ya Allah. 

Ramadhan kali ini juga, aku ingin berbaik sangka dengan semua orang hatta orang yang pernah menyakitiku sekalipun. Insyaallah, akan ku didik hati ini untuk terus berbaik sangka. Mudah-mudahan ketenangan akan terus menjadi milikku. Insyaallah.

Buat kalian yang pernah ku guris hatinya, siapa jua kamu yang terasa hati dengan tutur bicaraku, perbuatanku, dengan rendah dirinya, aku mengambil kesempatan kesucian Ramadhan kali ini memohon ampun dan maaf seikhlas-ikhlasnya dari dalam hatiku sepertimana telah ku maafkan segala-galanya yang pernah mengguris hatiku.

Dan yang paling utama, buat ayahbonda kesayanganku, Ku pohon sepuluh jari mohon ampun dan maaf. Semoga setiap titisan peluh yang mengalir, setiap titisan susu yang ku minum untuk membesarkan aku sebagai anakmu mendapat balasan dari Yang Maha Pencipta. 
Amin Ya Robb.


Nota kaki : Terlupa nak wish Ramadhan di sini sebab asyik meng'update' my online diary blog je .   


with luv,

Saturday, July 6, 2013

Baju raya?





 cantikkan Lisa Surihani for Jovian ni?
Koleksi Aidilfitri terbaru dari Jovian Mandagie hasil kerjasama dengan Lisa Surihani. 
Baru je menahan nafsu tahun ni tak nak beli designer punya koleksi. tTapi bila tgk koleksi yang ni hati mula goyah...

Sabar Eza...  kawal nafsu ok. hahahah..
Ada banyak lagi kollkai LS for Jovian ni tapi yang 3 nilah paling aku tertarik. Harga? RM 500 sepasang. Stick with plan asal ok. Nak jahit baju raya sendiri kan? haihhhh....






with luv,

Wednesday, July 3, 2013

I'm officially SID


SID?
Apakah SID ni? 

Ok, secara rasminya saya adalah Shaklee Independent Distributor (SID).  Saya join Shaklee bukan sebab nak join MLM. Bukan. Saya dah cukup letih dengan dunia MLM. Ahak. Tapi saya join Shaklee adalah sebab ingin TUKAR LIFESTYLE saya kepada yang lebih sihat. Yang lebih organik. Insyaallah.

You are what you eat!
Exactly! Inilah sebab utama saya join Shaklee.
Sebelum saya ingin serius join Shaklee, saya try makan Nutriferon. Sejenis immune booster. Alhamdulillah, nampak serasi dengan tubuh badan saya. Saya google and research vitamin-vitamin Shaklee. Maklumlah, vitamin yang di makan akan menjadi darah daging. Akan menjadi penghuni di dalam tubuh badan kita. Harus berhati-hati di sini. Then bila dah berpuas hati baru saya join Shaklee.

Tahap kesedaran saya tentang pentingnya kesihatan semakin membuak-buak. Mungkin sebab usia yang semakin meningkat, harus mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengekalkan kesihatan dalaman dan luaran. Dan saya juga secara rasminya telah pun subscribe personal medical insurance. Just in case if anything happen, tidaklah menyukarkan parent saya.

So sesiapa yang ingin join saya untuk mengamalkan gaya pemakanan yang sihat bolehlah ke blog kesihatan saya. Blog berkisarkan sihat bersama shaklee. ;-)  


Saya akan kongsikan seberapa banyak info yang saya tahu untuk menjaga dan memelihara kesihatan. Insyaallah. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan saya! 

p/s: Seorang kawan saya di timpa musibah sehingga mendorong saya untuk melakukan sesuatu sebelum terjadinya sesuatu. 


with luv,

Tuesday, July 2, 2013

Masa untuk berubah



Minggu ini menjadi minggu yang sangat bz dengan tempahan jahitan. I've my own target before coming Ramadhan. Hasrat Ramadhan kali ini ingin bebas dari aktiviti jahitan yang 'hardcore'. Untuk merealisasikan target kali ini, aku harus menyelesaikan segala tempahan sedia ada dalam minggu ini supaya minggu-minggu Ramadhanku lebih tenang dan relax. Tapi aku percaya Ramadhan tanpa jahitan adalah mustahil. Ahak.

Ok, fine. Aktiviti menjahit masih ada dengan sangat minimal. Hopefully. Kalau ikut jadual yang telah aku tetapkan, segala tempahan yang sedia ada akan siap selewat-lewatnya hujung minggu ini. Dan sehari akan di peruntukkan untuk mengemas bilik jahit a.k.a bilik beradu ku. Serabut dah kepala tengok menimbun kain. Ahak. Inilah salah satu sebab kenapa aku tak suka menjahit baju. Memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan segala kain-kain tempahan, perca kain. Adehh... Akan ku lemparkan semua kain-kain perca itu.

Tahun ini adalah tahun yang paling sibuk dengan tempahan jahitan baju, sulam dan manik. Oh, tidak.. Aku dah hadkan tempahan manik sebab aku tak punya masa yang cukup untuk melahirkan idea-idea kreatif. Jahitan manik perlukan 'soul' tak boleh tangkap muat. Sebab itu aku hadkan tempahan manik.

Bulan ini juga aku dah set target untuk aku generate extra income bagi bulan-bulan akan datang kecuali bulan Ramadhan. Aku dah mula serius untuk tukar hobi kepada pendapatan sampingan atau mungkin pendapatan utama. Ahak. Setelah sekian lama aku hanya biarkan hobi menjadi hobi dan generate income sedikit bagi menampung kos hobi-hobiku ini. Tapi, mulai bulan ini, hobi adalah pendapatan atau pun bisnes. Let's do it eza!!!

Mudah-mudahan apa yang di rancang menjadi kenyataan. Insyaallah.


with luv,