Wednesday, March 27, 2013

Di keheningan malam....


Jam telah pun meninjukkan jarum pendek berada di angka 2 dan jarum panjang di angka 1. Ini bermakna dengan tepatnya waktu ketika ini ialah 2:05 am. Dan aku masih lagi berjaga. Sekembalinya dari office tadi agak keletihan. Selepas maghrib aku terlelap bersama pakaian kerja yang masih belum bertukar. Entah kenapa hari ini begitu lelah rasanya. Tidur yang lena akhirnya terganggu apabila adikku mengejut untuk dinner. Mata hanya separa terbuka saat itu. Fikiran teringat yang aku masih belum solat Isyak. Jadi harus gagahkan diri untuk bangun. Setelah berkonfrontasi dengan mata yang seolah-olah enggan berkerjasama akhirnya aku bangun apabila jam menginjak ke angka 10. Bangun dan terus mandi untuk segarkan diri. Yer, aku tahu yang tabiat mandi di malam hari tidak baik untuk kesihatan tapi bolehkah malam ini di kira berkecuali? Haha. Selesai mandi terus bersolat. Terasa segar sekali badan ketika mandi tadi apabila air yang sejuk mencecah ke kulit yang tak berapa mulus ku ini. Dan kerana kesegaran inilah aku masih berjaga saat ini.

Apakah yang ingin di lakukan saat mata tidak mahu terpejam. Minda terus merangsang anggota badan yang lain. Lebih baik aku menyulam. Fikiran mula berbicara. Anggota badan yang lain mula menjalankan arahan minda yang telah di rangsang. Maka, benang di pasang, tuala di letakkan di hoop dan proses menyulam pun bermula.

Menyiapkan tempahan sulaman.

Sementara mesin sulam menjalankan tugasnya bolehlah aku menaip di sini. Kebiasaannya apabila mood malas itu menjelma, aku akan menyulam kerana mesin sulam ini akan berkerja dengan sendirinya. Itulah seronoknya ada mesin yang boleh menyulam dengan sendirinya. 

Kesunyian yang terasa saat ini buat minda mula berfikir. Sungguh tenang sekali tanpa ada gangguan. Hanya di temani bunyi mesin yang setia menjalankan tugas. Tahun ini, aku tidak punya perancangan di bidang jahitan. Fokus lebih kepada mengupgrade skill manikku dan memperluaskan jaringan perniagaan di bidang manik. Otak mula memberikan idea yang bernas. Kenapa tidak aku menambah aset yang ada? Maksudku mesin jahit yang boleh memudahkan kerja-kerja jahit yang aku minati ini. Akal mula berkira-kira. Untuk apa menambah bilangan mesin jika hanya akan menjadi gajah putih. Benar juga. Nafsu pula memberikan alasan yang cukup bernas, bukankanlah menambah mesin yang sama fungsinya. Kan aku pernah berangan-angan ingin membeli mesin jahit tepi. Ok, idea yang menarik. Yer mesin jahit tepi. Selama ini pun, kerja-kerja menjahit bajuku seringkali tertunda apabila terpaksa menghantar jahit tepi untuk kain-kain yang telah di potong. hmmm...

Mari kita tanya pakcik google mesin apakah yang sesuai untuk aku. ok, ada 2 mesin yang aku kira bersesuaian dengan aku ketika ini.

Mesin jahit tepi Brother 3034D
RM 1299

Bernina overlock 800DL
RM 2200

Mesin jahit tepi ini sesuai untuk jahit tepi tudung dan baju. Cumanya tidak sesuai untuk jahitan cover stitch. Jika di lihat dari sudut harga nampaknya Brother memenangi carta teratas tetapi jika di lihat dari sudut ketahanan fizikal dan kesenyapan bunyi kelihatannya bernina mengungguli carta teratas. Agh.. Aku memang begini. Akan membuat perbandingan demi perbandingan untuk memiliki barang idaman lebih-lebih lagi jika harganya mencecah ribuan ringgit. 

Maklumlah, orang yang tak berapa nak ada seperti aku ni, harus bijak membuat pertimbangan. Biar menang membeli alah memakai. Di pagi yang hening ini aku membuat keputusan untuk menabung dari bulan ini sebanyak RM 130 sebulan. Jika aku konsisten mengisi tabung mesin jahit tepi, dalam masa 10 bulan bolehlah aku memiliki mesin Brother 3034 D. Ok decision made! Aku harus konsisten untuk sebuah angan-angan. caiyok!

~ 2:55 am ~

Nota kaki : ketika n3 ini habis di karang, sempatlah aku menyulam 7 helai tuala. Not bad. ;-)







with luv,

No comments:

Post a Comment