Tuesday, July 24, 2012

Terliur ayaq liur....



As salam,


Hari dah masuk hari ke 4 berpuasa. Setiap hari mulalah dok pk resepi apa nak buat utk juadah berbuka nanti. Alhamdulillah, sehingga ke hari ni, belum sekali pun menjejakkan kaki ke bazar ramadhan. Memang dah pasang niat tak nak jejak bazar ramadhan bimbang nanti terpedaya dengan rupa paras makanan yang di jual. Padahal rasanya tak seberapa pun. So untuk mengikut selera perut sendiri adalah lebih baik masak sendiri. Baru puas nak makan.


Dan ramadhan kali ni juga nak mengelakkan pembaziran makanan. Bersederhana sahaja sudah. Harap²nya tidaklah terpedaya dengan panggilan bazar ramadhan yang melambai² tu. hehe.


So, apalagi intai dapur rumah sifu² masakan. Mana yang menarik dan kene dengan selera bolehlah cuba buat. Dapat juga mengasah skill memasak. Jom intai dapur kak Ita dari Masam Manis.


1. Tepung Pelita

Menarikkan?  Tgk gamba pon dah terujakan? Tepung pelita yang Kak Ita buat nih. Resepi bolehlah jengah ke blog beliau yer. Kuih ni adalah kuih kegemaran my Abah and adik. Saya pon suka makan kuih ni. Kiranya ni kuih yang memang wajib beli di bulan Ramadhan. So kali ni rasanya nak cuba resepi Tepung Pelita dari Masam Manis.

2. Murtabak Lapis Krim Kraker

Menjejeh² air liur di buatnya. Hai la Kak Ita. Gambarmu ini bikin hati meronta² ingin mencuba. Di sebabkan semalam dah berlaku tragedi ramadhan sehingga fobia so kita tukar ke bakar membakar pulak yer. Pas ni tak yah beli dah kat pasar malam. Buat jer sendiri. Camne nak buat? Jom tengok resepi Kak Ita nih. Mudah jer kan.

3. Cucur Nasi

Siapa sangka , nasi tak habis di makan boleh di olah menjadi cucur nasi. Memang takkan membazir. Menarik untuk di cuba. Aduhai Kak Ita resepi cucur nasi ni mengundang lagu gurindam perut menyanyi riang ria. 

One thing yang saya suke dengan Kak Ita ni, tak lokek ilmu. Resepi yang di kongsi memang resepi sebenar tanpa rahsia tersembunyi. Kalau ikut exactly sukatan dan bahan yang digunakan memang pasti jadi. Tak percaya? Cubalah. Saya dah cuba beberapa resepi yang di kongsi. Memang menjadi dan sedap. 

Terima Kasih kak Ita.

Sekian dulu aktiviti terjah dapur. Sok kita terjah dapur org lain pulak yer.









with luv,

No comments:

Post a Comment