Wednesday, June 20, 2012

La Tahzan ...



Pic Source.

SEKUAT mana seorang WANITA cuba menghadapi DUGAAN..
SETABAH mana seorang wanita cuba melalui UJIAN..
SETENANG mana seorang wanita cuba MENYEMBUNYIKAN KESEDIHAN..

Adakalanya, AIR MATA akan tetap JATUH BERGUGURAN di pipi walau dalam SENYUMAN, lumrah wanita penuh KASIH SAYANG dan KELEMBUTAN, mudah terguris dan terhiris, hati halusnya menguatkan SEMANGAT dalam diri dan hanya LELAKI SEJATI sahaja yang mampu menjadi PENAWAR buat dirinya...

*************************





Kadangkala tidak semua yang di harapkan berjaya diperolehi. Saat kegagalan itu tiba, hati menjadi rawan. Minda menjadi beku. Jiwa menjadi halus. Lalu airmata menjadi penyelesaiannya. Namun seringkali kelihatan 'kecekalan' di raut wajahnya walau mendung seribu sedang menyelubungi hati yang terluka. 

Biarlah sekalian umum melihatkan 'kecekalan' itu wujud  walau hakikatnya kesakitan yang menguasai.

Biarlah sekalian umum melihatkan 'ketabahan' itu ada walau hakikatnya kepasrahan yang bermaharajalela.

Biarlah sekalian umum melihatkan 'kekuatan' itu ada walau hakikatnya kelemahan yang menghantui.

Biarlah sekalian umum melihatkan 'ketenangan' itu ada walau hakikatnya kegusaran yang memonopoli. 

Dua wajah berbeza sedang bersandiwara sesamanya. Luaran tampak kuat hakikatnya dalaman itu lemah. Luaran nampak bersahaja hakikatnya dalaman itu gundah. Kehidupan harus ditempuhi, perjalanan harus di teruskan. Kegagalan demi kegagalan adalah persinggahan yang memberikan seribu macam pengalaman. 

Bukankah janji ALLAH swt itu benar? 
Kegagalan demi kegagalan itu adalah permulaan kepada sebuah kejayaan. 

Maka, kesedihan demi kesedihan itu adalah permulaan kepada sebuah kebahagiaan.

with luv,

No comments:

Post a Comment