Thursday, January 12, 2012

seawal 2012 ....

Assalammualaikum...


Mulakan dengan ucapan selamat buat semua. Oh hati sangat gembira kerana apa yang di ingini telah pun di miliki. Rasa macam tak percaya pun ada juga. Mana tidaknya, 2012 baru sahaja menjengah, saya telah menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri. Yeay!


Nah, inilah hadiah 2012.


Samsung Galaxy Note.


Pada awalnya, saya berhasrat untuk membeli Samsung Galaxy Tab 7.0 + untuk memudahkan saya mengupdate blog, membalas email, membuat liputan secara langsung, mengedit gambar, menangkap gambar dan menyediakan modul pengajaran manik saya. Rasanya G Tab 7.0 + ni dah memadai dengan minimun requirement yang saya perlukan tetapi sudah di namakan nafsu selalu sahaja tewas dengan akal dan fikiran. Argh... kecundang lagi. 

Agak berat untuk membuat keputusan antara Samsung Galaxy Tab 7.0 + dan Samsung Galaxy Note. Kedua-duanya saya suka. Kedua-duanya meet minimum requirement yang saya perlukan. Setelah di tolak, di tambah, di darab dan di bahagi, maka saya mengambil keputusan untuk bersama Samsung Galaxy Note (ayat x bley blah..haha). 

Apakah minimum requirement yang saya perlukan?
  • camera : Tab 7.0 + 3.2 mega pixel; G Note 8 mega pixel.
  • photo editor : same software
  • email : same
  • organizer / calendar : same

Kenapa saya pilih Samsung Galaxy Note ?
  1. Yer, saya tidak menafikan kenapa saya memilih Samsung Galaxy Note adalah kerana cameranya 8 megapixel. 
  2. Super AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors yang sangat awesome. Hasil gambar sangat baik. Dan Corning Gorilla Glass sebagai protection juga antara penyebab utama saya pilih Galaxy Note.
  3. S Pen stylus yang akhirnya membuatkan saya memilih Samsung Galaxy Note. Pen ni memudahkan saya untuk membuat lakaran dan pattern design saat idea datang mencurah2.
  4. Business, Social & creative. 


Saya tidak membuat comparison dari segi hardware dan os kerana Note dan Tab adalah 2 benda yang sangat berbeza. Ibarat langit dan bumi. Sebab itu harganya juga berbeza. Yes harganya jauh berbeza dan merupakan Sebab utama saya berkira-kira untuk ambil Tab 7.0 + sahaja. Namun akhirnya saya memilih Note sebagai reward untuk diri sendiri setelah berkerja keras dan sebagai salah satu tanda hasil dari hobi yang hanya suka-suka pada mulanya.

Kerana berpegang kepada kata-kata, "sayangilah diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.." Tidak salah rasanya saya memanjakan diri sendirikan. wah, bijak sungguh membuat justification yer. hhahahha...  

Ok jom tengok hasil dari Note.

my BFF, Lurve Emy.
gambar selepas edit menggunakan photo editor yang ada dalam Note.


Ni gambar tanpa sebarang editing. 




Ok, now jom kita tgk apa yang Note ada yang saya suka.



Business . Creative . Sosial






Yess! Saya jatuh cinta dengan Note. Memudahkan banyak perkara. Mudah di bawa ke mana-mana. seperti soalan adik saya saat saya di lema, "takkan nak gi lunch pon nak bawa tab kot...haha". yess agreed. Buat masa ni saya belum subscribe dengan mana-mana telco provider. Hanya menggunakan wifi free. huhu. Macam mana tak guna wifi free. Di office ada wifi, di rumah juga menggunakan wireless dan dunia saya hanya office dan rumah. Buat masa ni masih belum ada keperluan untuk subscribe data plan.  Kita tengok sebulan dua nanti macam mana pulak yer.




nota kaki : oh ini bukan update dari Note sebab saya tak pandai guna Note lagi. Masih explore. huhu.




with luv,

No comments:

Post a Comment