Tatkala Hati Ingin Berbicara ...
Tatkala hati ingin berbicara
Tatkala hati ingin berbicara
Ada hijap yang menghalangnya
Dari terus berkata-kata
Tatkala hati ingin berbicara
Ada hati yang akan terluka
Lalu hati berdiam duka
Tatkala hati ingin berbicara
Ada rasa di segenap deria
Memaksa hati terus melupakannya
Tatkala hati ingin berbicara
Seringkali tergendala
Kerana hati terlalu memikirkannya
Wahai hati,
Berkatalah apa sahaja
Usah di tahan dan dipendam
Akan hadir sesuatu yang tak di undang
Wahai hati,
Berkatalah apa sahaja
Andai itu yang buat kau gembira
Berkatalah wahai hati ......
by,
msraiza
with luv,
No comments:
Post a Comment