Brain Cancer stage 4
5 kali operation
5 kali operation
Salam,
Hari ni ai terpanggil untuk memaparkan kisah penderitaan seorang wanita yang bernama Norma. Siapakah beliau? Saya sendiri tak pernah mengenali beliau tapi mengetahui kisah beliau melalui blog kasihaleeya. Yes memang dah lama Filla post pasal Norma tapi baru hari ni ai berkesempatan untuk menyebarkannya.
Baru tersedar yang betapa bertuahnya saya saat ini. Di kurniakan kesihatan yang tidak ternilai harganya. Betapa sebesar mana pun masalah / ujian yang saya pernah alami rupanya masih ada lagi insan lain yang lebih teruji. Betapa bertuahnya kita yang sihat ini dapat melakukan semua perkara yang kita ingin lakukan. Betapa bertuahnya kita mempunya keluarga yang boleh mencurahkan kasih sayang. Alhamdulillah.
Untuk keterangan mengenai Norma bolehlah ke blog Moon. Banyak info yang boleh di ketahui mengenai Norma di sana. Mengenai ketabahan seorang suami, kecekalan kakak dan abang terhadap adik ipar mereka. Sungguh bertuah Norma mempunyai suami yang sangat mencintai beliau, kakak² dan abang² yang mengambil berat mengenai beliau.
Ya Allah,
pulihkanlah Norma dari penyakitnya.
Kau kurangkan siksa beban yang sedang di tanggung oleh Norma.
Ya Allah,
Kurniakanlah ketabahan dan kecekalan buat ahli keluarga Norma
dalam menangani musibah ini.
Berikanlah kekuatan mental dan rohani
kepada mereka supaya mereka sentiasa berada
di dalam golongan orang² yang Kau Cintai...
Semoga Norma cepat sembuh hendaknya. Amin.
Marilah kita bersama² mendoakan kesejahteraan Norma kerana doa adalah senjata yang paling mujarab saat ini kerana kita tidak tahu doa siapakah yang akan Allah makbulkan.
with luv,
No comments:
Post a Comment