Saturday, August 27, 2011

~ Salam Aidilfitri ~







Sempena menjelangnya Hari Raya Eidul Fitri, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri

بخير أنتمو م عاكل والفائزين لعائدين من

Mohon ampun dah maaf atas segala kesalahan
Maaf Zahir Batin

Semoga semua umat islam khususnya pengunjung² blog saya dan keluarga sentiasa selamat dan dirahmati Allah SWT

Taqaballahu Minna wa Minkum! (May Allah accept it from us and you)

Eidul Mubaraq





with luv,

Friday, August 26, 2011

Sedih ...




Sedih
sesuatu yang tidak mau dilalui
sesuatu yang di benci
sesuatu yang sangat menyakiti

Kenapa sedih?
Terlalu banyak sebab musababnya
Apabila di hina kita sedih
Apabila di benci kita sedih
Apabila di sakiti kita juga sedih

Tapi ...
Yang lebih menyedihkan apabila kita ditipu
Lebih menyedihkan lagi ditipu oleh orang² yang rapat dengan kita.
Sedihkan?

Terasa hancur segala kepercayaan,
Hancur segala kebaikan
Hancur segala kebahagiaan
Hanya dengan satu penipuan.

Sesungguhnya manusia penuh dengan kekhilafan
Mudah²an masih ada kemaafan....

by,
msraiza




with luv,

Thursday, August 25, 2011

kepek oh kepek

As salam,


Lama tak update n3 diari kan. Ok ni ialah weekend yang lepas. Sesi pulang ke kampung. Tapi bukan untuk beraya yer. Ini adalah sesi mengambil kerepek tempahan customer. ;-)


Seperti tahun² yang lepas, tiap kali time raya ai memang bisnes kerepek. Kerepek ni mak cik ai yang buat. Homemade gitu. Tapi this year ai tak ambik banyak pon. Yang order sumernya regular customer. Kalo nak ikutkan ai malas nak bisnes kerepek tahun ni maklumlah bz ngan menjaet. haha. Tapi sebab regular customer nak jugak so terpaksa la buat jugak. This year ai sekadar ambik total 20 kg jer. Kira muatla satu bonet kete. Ai pernah ambik almost 100kg sampai tak muat kete yer. Terpaksa susun kat bawah kusi bagai. hehehe. Ni pengalaman bisnes kerepek la.. 


Dari umah kitorg gerak kul 8.30 am. Isi minyak jap then terus ke Templer. This time nak ikut LATAR Expressway lak. Maklumlah LATAR free sampai 31 Aug kan. Gunakanlah kemudahan yang ada di samping nak budget time. Dari umah ai ke LATAR adalah 20 min. Dari LATAR ke Kuala Selangor adik bawak 11 min. Sampai Sg. Besar dalam sejam setengah. Awal la jugak plus jalan tak jam dan yang paling penting tak ikut jalan yang corner² cam ular kena palu tuh kan. hehhehe. Total sampai my hometown adalah 2 jam which is jimat 30 min dari laluan biasa (Ni kalo x jam la).


 Ok, mulakan perjalanan dengan bismillah...
Oh, kali ni ai bawak supir adik cum driver. hehhe


 Rilek ar dik, jangan stress. Singgah kejap jek Sg. Besar nih.
Sejap tak sejap dekat 40 min jugak la ai singgah kedai 2Ply nih.
2Ply ni kedai barang² kek yer. Dan brg² agak murah compare tuh kl.
Bayangkan coklat Beryl's kat sini 1kg cuma RM13.80 tp kat kl RM 16.90 1kg.




Kenapa ada gambar benda nih?
Ai x tau namanya apa tapi ai panggil bumper car jer la.


 Nampak tak muka bajet zaman kanak²? hehhe


 Best okey naik bumper car nih. Dah lah jalan sendiri. 
Siap boleh langgar² lagik. hehhehe


 Ok now kiter citer pasal kepek.
Ni sesi nak menambah order la nih.
Yang berbunjut² nih la ai punya order yer.



 Ni jer stok yang tinggal. Sib baik ai sempat ambik yg ai punya.


 Accountant tengah bukak bill nih.



 All my order.


Eh tahun nih ada kuih raya lah. This year first time mak cik ai supply kuih raya sbb my cousin ada tolong buat. Baguslah, bisnes semakin berkembang nampaknya.




Ai gerak balik ke KL kul 2.30 pm and sampai KL arround 5 pm. Balik pon ikut LATAR jugak. Okla kot nak ikut LATAR nih. Cepat sampai Kuala Selangor and boleh skip jalan yg macam ular kene palu tuh.




with luv,

Tatkala hati ingin berbicara ...


Tatkala Hati Ingin Berbicara ...


Tatkala hati ingin berbicara 
Ada hijap yang menghalangnya
Dari terus berkata-kata

Tatkala hati ingin berbicara
Ada hati yang akan terluka
Lalu hati berdiam duka

Tatkala hati ingin berbicara
Ada rasa di segenap deria
Memaksa hati terus melupakannya

Tatkala hati ingin berbicara
Seringkali tergendala
Kerana hati terlalu memikirkannya

Wahai hati,
Berkatalah apa sahaja
Usah di tahan dan dipendam 
Akan hadir sesuatu yang tak di undang

Wahai hati,
Berkatalah apa sahaja
Andai itu yang buat kau gembira

Berkatalah wahai hati ...... 


by,
msraiza

with luv,

Friday, August 19, 2011

Special Made ...



Flower hairband.

Dalam kesibukan, sempat jugak ai mencuri² masa buat hairband ni. Sangat suker dengan hasilnya. Comel jer warna purple nih kan...

This is special make for Mairanur Damia, my super duper cute and chubby sweet heart. 
Oh, now Damia dah pandai bercakap.. Walaupun masih pelat² tp sangatlah cute yer... Apa pun Damia panggil ai Mama .... puaslah dok ajar sebut Mak Ngah... Mama jugak yang kuar nyer.... Blasah la sayang ... Janji paham Mak Ngah kata apa yer....




with luv,

Thursday, August 18, 2011

Hari ini ....



Hari ini datang lagi,
Hari yang menguji sanubari
Hari yang telah terpahat di hati
Hari yang masih segar di Nurani

Hari ini aku di uji lagi
Dengan seuatu yang pasti
Menuntut kecekalan hati
Memaksa ketabahan diri

Hari ini telah pun tiba
Hari yang penuh pancaroba
Ujian datang dari segenap ruang
selagi ada peluang

Hari ini kembali jua
Saban tahun pasti tiba
Hari yg sangat mengusik jiwa

Biar masa berlalu
Biar tahun berganti tahun
Hari ini tetap mengundang kegundahan ..... 





by,
~ msraiza ~




with luv,

Tuesday, August 16, 2011

Iftar with my BFF



As salam,


Hari kejadian adalah hari Rabu last week. Tempat kejadian adalah di Nandos Alpha Angle, Wangsa Maju. Sonok jer dapat berbuka dengan my BFF. Dah lama tak togeder² lepaks kan... Sesekali jumpa tu agak gamat jugak la.... 


3 gelas untuk 3 dara pingitan ... ;-)
sharing is caring okkey...


Emy skodeng air org sblah... hahha


manusia tanpa wajah... hehhe

 Kami ..

 Emy

Fiza


Tuan umah .. 

 aaaaa...

 Bajet cute ... ekekke

Licin ok... 


Di sebabkan ramadhan, so perjumpaan hanyalah seketika sahaja. Kitorg datang lepas maghrib. Senang makan pas solat. Tak la terkejar² sgt kan... Lepas makan gi window sopink.. oh ai loike! hahhaha...




with luv,

Rapuh








Rapuh
by : Opick


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu



with luv,

Thursday, August 11, 2011

Wednesday, August 10, 2011

Sekalung doa buat Norma.


 Brain Cancer stage 4
5 kali operation

 Sungguh besar nilainya kasih sayangmu...






Salam,
Hari ni ai terpanggil untuk memaparkan kisah penderitaan seorang wanita yang bernama Norma. Siapakah beliau? Saya sendiri tak pernah mengenali beliau tapi mengetahui kisah beliau melalui blog kasihaleeya. Yes memang dah lama Filla post pasal Norma tapi baru hari ni ai berkesempatan untuk menyebarkannya.

Baru tersedar yang betapa bertuahnya saya saat ini. Di kurniakan kesihatan yang tidak ternilai harganya. Betapa sebesar mana pun masalah / ujian yang saya pernah alami rupanya masih ada lagi insan lain yang lebih teruji. Betapa bertuahnya kita yang sihat ini dapat melakukan semua perkara yang kita ingin lakukan. Betapa bertuahnya kita mempunya keluarga yang boleh mencurahkan kasih sayang. Alhamdulillah.

Untuk keterangan mengenai Norma bolehlah ke blog Moon. Banyak info yang boleh di ketahui mengenai Norma di sana. Mengenai ketabahan seorang suami, kecekalan kakak dan abang terhadap adik ipar mereka. Sungguh bertuah Norma mempunyai suami yang sangat mencintai beliau, kakak² dan abang² yang mengambil berat mengenai beliau. 

Ya Allah, 
pulihkanlah Norma dari penyakitnya. 
Kau kurangkan siksa beban yang sedang di tanggung oleh Norma.

Ya Allah, 
Kurniakanlah ketabahan dan kecekalan buat ahli keluarga Norma 
dalam menangani musibah ini.
Berikanlah kekuatan mental dan rohani 
kepada mereka supaya mereka sentiasa berada 
di dalam golongan orang² yang Kau Cintai...


Semoga Norma cepat sembuh hendaknya. Amin. 

Marilah kita bersama² mendoakan kesejahteraan Norma kerana doa adalah senjata yang paling mujarab saat ini kerana kita tidak tahu doa siapakah yang akan Allah makbulkan.




with luv,

Monday, August 8, 2011

Haram-haramkah aku, bila hatiku jatuh cinta, Tuhan pegangi hatiku ...




Haramkah by Melly Goeslow.


Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta...







with luv,

Wednesday, August 3, 2011

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan!




credit pic : LuvleeyDotCom

As salam,
Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia di mana pun anda berada. Semoga Ramadhan kali ini memberikan sinar yang lebih bererti buat kalian semua.

Amin.





with luv,