Monday, January 31, 2011

Latest project


Gathered Clutch
 
 
Semalam, seharian hujan turun tak berhenti. Segala urat² mata bagaikan menegang. Ahak. Hari yang agak sengal. Hanya melayan mata shj. Sehinggalah ke lewat petang tiada mood nak buat sebarang kerja. Lepak, tengok tv yang x de siaran (biasalah ASTRO). Sampai dah naik bosan. Ahak.
After maghrib terus capai gunting dan kain. Ish... hari tak produktif nampaknya. Terus potong kain, siapkan order dan try buat project baru clutch nih. Ntah apa rupanya...

Yeay, akhirnya siap satu reversible bag dan gathered clutched pada jam 3 pagi.. Tgk jam, what? 3 am... sok keje weh.. huhu .. Sib baik hasilnya sungguh menyelerakan pandangan mata. hehhehe.. Ai loike this clutched!




with luv,

Tuesday, January 25, 2011



Pergi - Aizat (OST Talentime)

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia





with luv,

Saturday, January 22, 2011

To Somebody ...


To : Somebody
( U know who u r ...)

If one day you feel like crying, call me,
I don't promise you that, 
I'll make you laugh,
But, I can cry with you.

If one day you want to run away, 
Don't be afraid to call me,
I don't promise to ask you to stop,
But, I can run with you.

If one day you don't want to listen to anybody,
call me and ...
I promise to be very quiet.

But .....
If one day you call and there is no answer,
Come fast to me,
Perhaps, I need you...




with luv,

Friday, January 21, 2011

Di tepi jendela ...



Di tepi jendela itu ... 
tempat aku berteleku... mengimbas kisah dulu..
yg indah untuk di kenang....

Di tepi jendela itu,
aku meratap dan menangisi satu masa dahulu..
Hidup tidak selalu indah....
Ada masanya terlalu sukar..

Di tepi jendela itu,
Aku meluahkan segalanya..kesakitan, keperitan, kepedihan..
segalanya berkumpul menjadi satu..
Menjadikan hati ini tepu..

Di tepi jendela itu,
Menjadi saksi kejatuhanku... 
Terjatuh, bangun dan terduduk ..
Hingga lesu...
Oh di tepi jendela itu ,
Aku menanti sesuatu..
Yg bukan untukku, aku tahu..

Di tepi jendela itu,
Aku bangkit dan bangkit untuk satu harapan,
Aku mula melangkah meninggalkan jendela itu,
walau sakit dan perit kugagahi jua..
demi satu perjalanan..
ya, perjalanan yg harus ku teruskan..
mencari persinggahan yang boleh mengubat lukaku...

Di tepi jendela itu ,
sekali lagi aku berteleku...
bukan untuk menangisi apa yang terjadi..
tapi mengimbas kembali..
kelukaan yang pernah aku alami...
kerna kini... aku telah berdiri dan berlari..
Namun luka itu, masih ada di sini..
Di hati ini....



by,
~ msraiza ~

with luv,

Thursday, January 20, 2011

... Menanti Pasti ...






Kegelapan malam ini menyesakkan jiwa
Tanpa bintang untuk aku mimpikan mimpimu
Aku… merindu indah bulan
Menyuluh kelam malam
Mengharap bintang akan bersinar

Kesepian hati ini mengundang derita
Penantian satu seksa bila tanpa balas
Aku… menanti kata hati
Darimu satu pasti
Mengharap mimpi akan hakiki

Cinta
Bisikkanlah asmaraku
Padanya gelora di kalbu
Hembusan nafas ini hanyalah kepadanya
Mencintai setulus hati

Cinta
Bukakanlah asmaranya
Padaku setia menunggu
Antara kau dan aku ada persamaan
Untuk cinta bersemi nanti

Andai ada di hatimu….
Ruang cinta itu
Kan ku simpan anugerah
Ke akhir hayatku

Menanti pasti….





with luv,

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.




sumber : Blog Nya Mas Rully



hasil tangan,


with luv,

Wednesday, January 19, 2011

[Felt Craft] Sling Bag



Sling Bag for gurlz.
order yang di buat di tengah malam yang sunyi sambil tersengguk² menahan ngantuk.. hehhe..



with luv,

Monday, January 17, 2011

d making of... ABC wall hanging ..

Assalammualaikum,
Last weekend adalah hari yang sangat produktif dengan aktiviti jahit menjahit. Projek ke 2 dari EPAL untuk bulan January. Sangat teruja nak buat nih. Tapi prosesnya agak leceh walaupon agak mudah. Start class on 8 Jan sibuk memotong kain. Oh tidak! Bukan potong kain di kelas. ai target kelas hari nih nak ukur dan potong kain. So d next day bolehlah start menjahit. Tapi tidak sebenarnya.. sampai kat kelas ada session untuk belajar tapak mesen Harmony 2049 nih so ai pilih utk attend session nih dulu. 
Pukul 4 pm baru start ukur kain sampai class tutup kul 7pm. hahaha... Then gigih lagi sampai jer umah sambung potong kain start dari kul 10 pm sampai la kul 1.00 am. Potong kain sambil tgk tv cam tu la.. hehhee...

So next daynya, gi kelas just nak tahu teknik nak jahit coz ai tgk tekniknya sama untuk 30 artikel. So kelas hari ahad ai blk awal... kul 2pm dah blk... start monday - friday adalah kerja² memotong & menampal huruf. Setiap hari blk keje terus gigih menyiapkan aktiviti tampal menampal nih...

Sabtu & Ahad bermulalah aktiviti jahit menjahit pulak.

Dah siap tampal menampal huruf dengan fabrik, start potong template plak.

susun artikel dengan background fabrik utk matchkan.



Start jahit border article.

 Sulam insang pari untuk cantumkan artikel dgn fabric background.




 Artikel yang dah siap di sulam.. Finally ..


next, susun lagi skali utk make sure susunan betul sebelum proses mencamtukan kesemua artikel.


 Semua artikel telah siap di cantum.


 Ok, siap! 

will continue next step next week... huhu..





with luv,

Monday, January 10, 2011

AJL 25


Salam,

Akhirnya berakhir sudah AJL yg ke 25.... Persembahan semuanya memang superb. Rasanya susah nak decide persembahan terbaik.. Tahniah Faizal Tahir yg membawa pulang trofi Persembahan Terbaik. Walaupun keputusan juri adalah muktamad tapi... hahhahha.. adat pertandingan...

Permulaan persembahan oleh Francisca Peter, M.Nasir dan Nash memang best.. Teringat² nostalgia lama.. haha... Dan di akhiri dengan persempahan oleh Sharifah Aini, Ziana Zain dan Siti Nurhaliza juga thumbs up.. memang kelasss la AJL kali nih....

Apapun, i like Yuna.. Tak pe la Yuna, walaupon kalah tapi tetap menang di hati peminat. huhu... Memang superb persembahan Yuna smalam.... serba sempurna untuk sebuah Cinta Sempurna. 

Cinta Sempurna
by : Yuna

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku dari mu
Kau berdiri teguh

Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk menanggung semua
Cinta sempurna
Darimu...
Darimu...

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirimu
Ku sanjung setiap kata cinta
Kau berikan aku

Hilangkan rasa itu
Akhirkan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk menanggung semua
Cinta sempurna
Darimu...
Darimu...


with luv,

Thursday, January 6, 2011

Perkhemahan Permata Insan

Salam....

Cerita lama yg baru nak update lantaran kebizian yang melanda.. hahahha... Ok, ni kisah Boy kat USIM hari tu. Gambar sekitar majlis Perasmian yang di rasmikan oleh Datin Rosmah Mansor. Penutup saya tak pergi coz keje. 

Majlis penyampaian notebook.
Semua anak² pintar di berikan notebook setiap sorang untuk sessi pembelajaran di rumah.

 Sedang menunggu acara bermula.

Boy happy jer ...  suka ke dok sini?

 Boy with Zamir, teman sebilik and his mom. 
Ai pon nak nyibuk skali kat sini.. hehhe

 Hasil kerja anak² pintar. Sangat kreatif...

 Menanti persembahan mental arithmetic bermula..

 Oh, really impress ngan anak² pintar nih.
Terharu, bangga, tak percaya semua bercampur baur.
Lihat mereka begitu cepat dan pantas mengira...meremang bulu roma lihat semangat anak² pintar nih.



 Boy with his sister... ai la tuh.. hehhe

 Boy with his Favorite brother, adik.. heheh..
Jauhkan beza antara adik dan Boy? 
Adik anak ke 4 dan Boy yg ke 5.

 Inilah hadiah untuk Boy.
Program permata nih membekalkan notebook dan printer kepada anak² pintar untuk menyambung sessi pembelajaran di rumah. Mereka akan ada sessi 1 to 1 dgn personal teacher setiap minggu selama 4 jam.





with luv,

Tuesday, January 4, 2011

Work-At-Home

 Pic from Mamafiza.com.
(sesiapa nak join workshop beliau boleh ke website beliau)

Salam,

Saya bercadang untuk berkerja dari rumah sahaja. Sebab? Oh, bukan sebab saya dah benci kerjaya saya sekarang, bukan juga saya dah bosan dgn kerja saya sekarang. Atau juga tekanan demi tekanan kerja yang di alami. Oh bukan! Bukan ini sebabnya.. In fact, saya sangat sukakan kerja saya. Kerjaya saya. Walau kadangkala, situasi dan environment tidak begitu menyeronokkan tapi saya sangat SUKA kerja saya! I luv programming. Walaupun saya tidak berkerja seperti orang lain, tapi saya akan pastikan kerja saya di bawah kawalan deadline yang ditetapkan. Yes, i like my work! Honestly.....

Cuma, untuk sesuatu yang lebih peribadi, kepuasan diri sendiri, kualiti bersama keluarga dan yang paling penting lebih banyak masa untuk sesuatu yang saya sangat minat iaitu ... MENJAHIT.... Yes, i'm realize now yang saya memang ada kelebihan dalam bidang ni. 

Apabila saya suka, saya akan buat research. ya, menjahit jugak ada research yer. After done a few research barula ke step berikutnya iaitu praktikal. Masa ni lah nak guna ilmu research td. Masa ni la nak tau... ooo camni rupanya... ooo tak leh buat cam tu nnt jadik camni... Time ni lah akan berdepan dengan masalah dan masalah yang akhirnya menjadi pengalaman yang sangat berharga. Saya banyak belajar melalui 'try n error' ... mungkin sebab di pengaruhi oleh environment kerja yang sering mnggunakan teknik try n error sehinggalah sy aplikasikan jugak teknik ni dalam setiap hasil jahitan saya. Saya sanggup jahit dan tetas atau jahit dan bukak hanya untuk mendapatkan kepuasan! Yer, saya sanggup berdepan dengan butiran² halus manik demi menghasilkan design yang saya idam²kan. 

Ok, topik telah bertukar nampaknya.... saya kena buat n3 khas untuk my passion and my hobby nih. Nanti bila ada masa senggang saya buat. Sekadar untuk menilai perjalanan yang pernah saya lalui.

Berbalik kepada work-at-home topik. Bukan sekarang, yer... bukan sekarang..... Tapi saya sedang membuat persediaan ke arah ini supaya 10 tahun akan datang saya akan berkerja-dari-rumah shj. Sedang membuat planning supaya ketika tiba masanya, saya boleh menjana pendapatan sepertimana saya berkerja hari ini. Sbnarnya saya sedang merancang untuk tempoh 5 tahun akan datang tapi kelihatan ada banyak kos yang perlu difikirkan kembali ... ok, 10 thn akan datang planning yg sgt baik. Segala hal finance akan berakhir pada tahun ke 10 ini dan sy sedang recalculate financing saya. 

Banyak rupanya perkara yang perlu saya ambil kira sebelum membuat perancangan dgn erti kata lain, perancangan teliti harus di lakukan. Ok, saya plan dari semasa ke semasa dan mencari info² yang berkaitan dengan work-at-home nih.


Anybody out there yang nak berkongsi ilmu dan pengalaman are most welcome..

p/s : sangat jeles dengan wanita² yang telah berjaya hanya berkonsepkan work-at-home.



with luv,