Tuesday, June 15, 2010

Kenapakah saya BZ ?


5 sebab kenapakah saya BZ :-

1. Saya bukan dalam mood menjahit manik.
- Oh, saya ada sepasang baju yang mesti dan harus di siapkan sebab dah terlalu lama perap dan dah janji dengan empunya baju untuk siapkan b4 17 July. Jadi weekend lepas saya telah memulun menjahit manik seharian hari Ahad tanpa henti kecuali solat dan makan.

2. Saya kena buat research.
- ini adalah berkaitan dengan kerja saya. Saya terpaksa membuat research berkaitan meeting room booking system. Jadi saya sibuk mendownload source code.

3. Saya kene buat cake coklat kukus.
- Ini adalah aktiviti hari Isnin apabila mak minta tolong buatkan kek coklat kukus untuk diberikan kepada jiran sebagai gift untuk kenduri. Jadi saya sibuk mengukus kek. Masalah kekurangan acuan membuatkan produktiviti sangat lembab.

4. Saya ke KLCC.
- Ini kejadian pada hari sabtu lepas apabila saya ke KLCC untuk membelikan abah henpon baru dan menemankan abang mencari perfume untuk kawannya. Wah, bergaya dgn henpon baru nampaknya Atuk Bah nih... hehe.. Oh ai sempat usha HTC PDA untuk abang. Tiba-tiba rasa macam terminat pulak. Camne?

5. Saya sibuk mencari kedai untuk mengecat kereta.
- Kereta saya harus berwajah baru kerana cat dah mula 'mati'. Kesian keretaku. Jadi saya terpaksa mencari kedai2 yang boleh dipercayai untuk menjalankan aktiviti make-over keretaku.


p/s: penggunaan bahasa adalah rojak. Sila jangan ikut bahasa saya yer adik-adik.



with Luv,

No comments:

Post a Comment