Monday, June 28, 2010

Shopping Raya a.k.a Shopping Felt Craft

Salam,

Today, ai dengan my sis and my mom ke Jalan TAR. Dah 2-3 minggu my sis ajak ke Jalan TAR coz dia nak shopping baju raya katanya. Ai pulak, dah memborong kain ela di Bandung-Jakarta hari tu, so tak der la excited sangat nak pegi tapi ai sangat excited bila nak shopping Felt. Ahak.

Oh yer, Damia ikut skali yer sebab Mak pegi skali so tak de sape nak jaga Damia. Lagi pon, my sis nak ke SOGO shopping baju Damia lagi. Kitorg kuar rumah dalam kul 10 am dan di hantar oleh abang ipar ai. First destinasi adalah SOGO. Kebetulan pulak SOGO tengah buat Baby Fair so dapat free photoshoot + 4r pic dengan setiap belian RM 30. I like!

Damia sangat behave masa kat SOGO. Tdo dengan lena dalam stroller sementara mummy dgn Tok Mak shopping. Pak Usu a.k.a Boy pon sangat behave so sangat mudah menjaga mereka ketika ini. Timing Damia memang sangat bagus coz masa ai dengan my sis bising² discuss nak amik gamba photoshoot ke tak sebab Damia tgh tdo tiba² Damia terjaga. Oh good girl.... Time photoshoot pon Damia sangat baik cuma sukar nak senyum mungkin sebab baru bangun tdo. Tapi semua gambar Damia sangat cantik sampai ai tak tau nak buat selection. Will post pic Damia later.




with luv,

[Felt Craft] Key Chain untuk Boy


Salam,

Semua key chain ni ai buat untuk Boy. Boy sangat excited bila ai buatkan dia key chain. Masa tengah dok siapkan key chain Boy smalam, ai saja cakap kat Boy, "Boleh ke Boy tolong kakak jualkan key chain ni kat kawan² Boy?" ... Boy kata ... "Boleh ... nanti kita cakap kat kawan² kita yer.".
Dan hari ni.... balik jer keje tadi, Boy terus cakap kat ai.... "kakak, kawan² kita nak beli key chain kakak tapi esok sebab tadi diorang tak bawak duit..." Oh, terharu plak ai rasa.... Sungguh jujur budak kecik nih kan.... padahalnya ai tak de lah nak suruh Boy menjualnya. Saja buat suka² untuk Boy jer.

Apa pun, nih adalah koleksi key chain terbaru ai.... i like! ....




with luv,

Saturday, June 26, 2010

[Felt Craft] Kegilaan yang melampau ...

Salam,

i'm addicted with felt craft.... help me please!!

Samalam ai ke DAISO untuk mencari kain felt. Alhamdulillah, ai found it. Memang giler la kalau ke DAISO nih. Mana taknya, almost semua benda RM 5 shj. But be careful ok coz ada jugak yang mahal. Mean tak setanding dengan price RM 5. Apa pun, misi ai tercapai. Ai just buy all about craft jer yer walaupun beratus RM lah melayang-layang..... tapi ai puas... ahahhaha



inilah barang2 yang sempat dirembat kat DAISO nih.
(plain felt, printed felt, hp strap, small scissor, polyester fiber and alat membalut button.)



Inilah koleksi variasi color kain Felt ai.... I like it!

ini pulak button yang baru sampai smalam. I luv that color....
Dibeli di button planet.


last, but not least .... ribbon pon dah sampai smalam.
di beli di chomelcraft. I like it!




so weekend ai akan terisi dengan aktiviti felt craft... yahuuuuuu....

p/s : arinih nak ke Jalan TAR cari barang2 utk felt craft lagik.... (ko memang gilersss la eza.. hahhaha)


with luv,

Thursday, June 24, 2010

Eksperimen a.k.a kasut baru



psssttt ....


Nak tengok pic Damia pakai kasut baru yang ai buat dari kain Felt kat sini ...



with luv,

[Felt Craft] Jatuh cinta lagi ...

Salam,

Sungguh aI telah jatuh cinta sekali lagi. Pada siapa? Pada felt craft la. First time ai jatuh cinta adalah kepada seni jahitan dan sulaman manik and after that ai tak pernah jatuh cinta lagi dengan mana2 aktiviti seni kraftangan. Ai pernah cuba buat papercraft. Hasil yang sangat cantik, ai cuba buat papercraft nih. Gigih pergi membeli pelbagai jenis paper, cutter dan sebagainya. Beratus RM jgaklah yang habis tapi tak menjadi. Rupanya tangan nih keras. Hasil tak seperti yang di ingini. Walaupun tak lah buruks sangat but still tak menepati piawaian. So ai stop dari meneruskan mendalami seni papercraft nih. But now, i'm in love with Felt Craft. Oh.......

Ai nih memang problem skit. Kalau dah minat, sanggup jer melabur beratus2 untuk mencuba. Kalau menjadi tuh ok tapi kalau tak menjadi memang membazirla. Ahak..... Macam papercraft tempoh hari. Berapa banyak kertas2 yang terperuk bawah katil ai nih sampai dah naik berhabuk. Ahak.

Panjang sungguh mukadimahnya yer. Ok, ai nak share project kedua ai adalah key chain. A few sample ai dah try buat. Not so nice tapi ok la..... harus improve lagi dan pastinya kene menambah koleksi peralatab felt craft nih kan (alasan utk pembaziran lagik nih... ahak). First thing ai kene tambah koleksi warna kain Felt. Kat mana lah nak beli kain Felt nih yer. Rata2 online shop jual RM 1.7 utk size A4. Harga tak lah murah sangat tapi bolehlah nak memulakan hobi terbaru nih kan.

Dan inilah hasilnya my 2nd project ......


4 in 1
(heart, flower, booties & bird keychain)
Sila abaikan warna dan reben yang digunakan yer. Ai pakai bahan² terpakai spt reben dan keychain hook. Even ada yg x de hook sbb dah habis.. ahak...

Booties - Type 2
(utk keychain)

Booties - Type 2
(utk keychain)

Flower
(lihatlah tiada hiasan butang atau reben pon sbb all aksesori ai belum beli lagik. Just pakai yang mana ada shj.)

Heart
(koleksi color kain felt yang terbatas. Kene gi beli lagik nih.)

Bird
(special dedicated untuk Boy. Pagi² hari sblom g school lagi dah tanya mana key chain dier.)


Things to buy :-
1. Felt Fabric - DONE
2. Button - DONE
3. Ribbon - DONE
4. Gunting curve - DONE
5. Gunting zig zag - DONE
6. Air erasable pen - DONE
7. Key Chain ring - DONE
9. HP strap - DONE
10. Tali halus untuk key chain - DONE
11. Hair clip - DONE
12. Eyelet Plier & Eyelet ring - pending
13. Polyester Fiber - DONE (now, ai pakai kapas biasa jer.)
14. Brooch pin - DONE
15. Velcro - DONE



p/s: project nih ai buat malam td dari pukul 8 hingga pukul 10 malam. Mengadap sakan. Oh buttonku..... bila nak sampai nih?


with luv,

Monday, June 21, 2010

[Felt Craft] AllAboutFeltCraft

Ladybird Hair Clip
(gambar dari chomelcraft)

Butterfly Hair Clip
(gambar dari chomelcraft)

Deer Hair Clip
(gambar dari chomelcraft)
salam,

Sungguh ai dah chenta sama felt craft nih. Apa yg harus ai lakukan untuk melakukan next eksperimen? Oh ai harus membeli beberapa peralatan untuk felt craft nih dan yang pastinya haruslah ai menambah koleksi kain felt kan?

Alat-alat yang berkaitan dengan Felt craft (yang ai mesti beli ... alasan lagik .. ) :
- beli kat sini atau sini atau sini atau... memana jer la... hehhe
7. Hair Clip
8. Polyester Fiber



p/s: masa nih la rasa macam skang jugak nak pegi ke Bunga Reben @ Jalan TAR tapi masa nih jugakla wiraku tiada.... oh wiraku!



with luv,

oh Wiraku ..



Salam,


Hujan yang turun saat ini buat hati ai teringat-ingat akan wiraku yang satu itu. Oh telah beberapa hari tanpa khabar berita. Bagaimanakah keadaannya sekarang ini yer? Sungguh hati jadi rindu pada wiraku itu.

Weekend tanpa wiraku adalah hari yang sangat sepi. Saat ai memerlukannya, dia tiada di sisi! Mujur ada hobi baru, terisi juga masa² sepiku. Lagi 2 hari pasti kita akan ketemu tapi 2 hari terasa sangat lambat. Saat yang sepatutnya ai akan berjumpa dengan wiraku. Oh wira, aku rindu padamu.....

Demi untuk kebaikanmu, ai sanggup menunggu dengan penuh sabar. Oh wira hitamku!

.....



.....



.....



.....



.....



.....



taraaa.... inilah wiraku yang masuk spital...


hitam telah bertukar warna putih.

body color yang telah mati...

tunggu......


p/s: cesss... cam poyo jek n3 kali nih kan... hahahhahhaah... tak sabo nak tengok wajah baru wira hitamku!



with luv,

[Felt Craft] Project pertama ..

Ini bukan saya yang buat. Gambar ini di cedok dari sini.

Salam,

Alhamdulillah, berjaya juga mengotakan hasrat hati ai untuk memulakan project craft yang pertama menggunakan kain felt. Oh, ai sangat teruja dengan hasilnya. Sangat cute. Nasib baik menjadi. huhu..

Walaupun jahitan tak berapa kemas dan potongan juga ada sikit terkehel tapi rupa tetap ada.. hahahha... dan yang paling penting, boleh di pakai oleh Damia. Nih yang buat sangat teruja yer... hehee...

Jom kiter tengok hasil project yang pertama...


Ini adalah template dan pola yang digunakan. Ada 3 jenis pola yang ai buat. Yg ketiga baru rasa ok skit but still ada minor modification.

Inilah hasil yang pertama. Sangat puas hati denganhasil kerja yang pertama ini. Tapi still ada minor yang kene improve lagi.

Hasil yang pertama dalam versi yang lain.

Lihatlah hasil kerja seharian dok di rumah. Untuk hasil yang kedua dan ketiga dah semakin improve dari segi jahitan dan pemilihan warna fabrik.

p/s: gigih ai menyiapkannya. 3 kali buat pola baru menjadi. Sampai sakit2 la belakang menjahit kasut nih tapi sangat puas hati dengan hasilnya. Pasti akan ada projek kedua..... tunggu ...



with Luv,

Sunday, June 20, 2010

[Felt Craft] Sedang berjinak-jinak ..


Salam,

Masih ingat dengan n3 ai sebelum ini berkenaan dengan felt craft? Sejak dari itu ai memang jatuh chenta dengan felt craft ni. Buktinya, ai telah memborong kain felt ketika ke Bandung tempoh hari. Sampaikan cik D tanya ai nak buat apa dengan kain-kain ni.

Malangnya, terlalu banyak agenda selepas pulang dari Bandung tempoh hari sehingga ai melupakan sementara kewujudan kain felt yang telah di beli sehinggalah tadi my big bro tanya kain apakah ini dan untuk apa sambil menunjukkan ke arah kain felt ai. Ok, ai hampir terlupa kehadirannya.

So ai gigih browsing untuk mencari idea untuk felt craft ai yang pertama. Ada beberapa projek yang akan bermula. Tunggu yer....

Contoh kain felt yg di curi dari internet.


Cantikkan color2 kain felt nih? Kalaulah ai ada koleksi sebanyak ini.....


p/s : Oh ai terlupa, ada satu shop di The Curve yang jual craft tools dari Jepun iaitu DAISO. Jumpam info dari sini....(for my next reference)

pss : another idea of felt craft project here.



with luv,

Saturday, June 19, 2010

Fesyen akhir zaman ... benarkah?

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


p/s: sekadar renungan. Ai belum search lagik detail info berkaitan dengan hadith nih.


with luv,

Semarakkan Cinta ...

Salam,

Hari ni tetiba ai layan jiwang pulak. Ahak sebenarnya tadi search pasal coffee-mate. Jumpa pulak peraduan coffee-mate nota cinta. Memang best citer nih. Ada 3 episod tapi cara penyampaian sangatlah menikam kalbu. Realiti cinta yang harus dibaja setiap hari.

Ok, buat yang tak pernah tengok, jom layan coffee-mate nota cinta kat sini. Kalau nak menang ke Bali bolehlah join peraduan nih. Selamat menonton dan selamat bernota cinta... I Coffeemate .. hehe..




p/s: peraduan masih lagi berlangsung sehingga 18 Julai 2010.


with luv,

Friday, June 18, 2010

Saman oh saman!

Salam,

Buat pertama kalinya ai semak saman kete ai dari tahun 2008. Alhamdulillah, ai tak de saman JPJ & PDRM. Sebenarnya, Cik D inform ai yang dier ada 7 saman tertunggak yang dia sendiri tak tahu akan kewujudannya dari tahun 2006. 7 saman? bayangkan kalau satu saman RM 300 x 7 . Kena ambik personal loan ke apa nih? Oh alahai saman...

Ok, buat uols yang tak pernah cek saman atau pun telah sekian lama tak menyemak saman silalah klik di sini. Kena register dulu yer. So selamat menyamak saman! heheh




with luv,

Template baru...

Salam,

Ai berkira² nak menukar layout blog nih. Saja mencari angin baru. Tapi kalau tukar layout baru nanti follower tak boleh bawak skali. Oh , sayang la pulak . Camne ek. Ke ai tukar background jek? Err... ada beberapa template yang menarik nih.. Jom kita tengok dulu..


Pilihan pertama. Nampak macam santai jer kan. I like!

Yang ni pon ai suka jugak. Simple jer black & white.

Nih dah macam ruang 'gosiping' plak... hehe

Yang nih ok la... tapi corak bunga kat header tu macam crowded plak.

Yang ni pon ai suka sebab simple. Corak abstrct yang melambangkan kesenian. Senikah? hehhe..


p/s: tetiba ai punya signature bertukar pulak.. ehhehe


with luv,

Tuesday, June 15, 2010

Kenapakah saya BZ ?


5 sebab kenapakah saya BZ :-

1. Saya bukan dalam mood menjahit manik.
- Oh, saya ada sepasang baju yang mesti dan harus di siapkan sebab dah terlalu lama perap dan dah janji dengan empunya baju untuk siapkan b4 17 July. Jadi weekend lepas saya telah memulun menjahit manik seharian hari Ahad tanpa henti kecuali solat dan makan.

2. Saya kena buat research.
- ini adalah berkaitan dengan kerja saya. Saya terpaksa membuat research berkaitan meeting room booking system. Jadi saya sibuk mendownload source code.

3. Saya kene buat cake coklat kukus.
- Ini adalah aktiviti hari Isnin apabila mak minta tolong buatkan kek coklat kukus untuk diberikan kepada jiran sebagai gift untuk kenduri. Jadi saya sibuk mengukus kek. Masalah kekurangan acuan membuatkan produktiviti sangat lembab.

4. Saya ke KLCC.
- Ini kejadian pada hari sabtu lepas apabila saya ke KLCC untuk membelikan abah henpon baru dan menemankan abang mencari perfume untuk kawannya. Wah, bergaya dgn henpon baru nampaknya Atuk Bah nih... hehe.. Oh ai sempat usha HTC PDA untuk abang. Tiba-tiba rasa macam terminat pulak. Camne?

5. Saya sibuk mencari kedai untuk mengecat kereta.
- Kereta saya harus berwajah baru kerana cat dah mula 'mati'. Kesian keretaku. Jadi saya terpaksa mencari kedai2 yang boleh dipercayai untuk menjalankan aktiviti make-over keretaku.


p/s: penggunaan bahasa adalah rojak. Sila jangan ikut bahasa saya yer adik-adik.



with Luv,

Friday, June 11, 2010

Pengurusan Kewangan




LANGKAH 1
Wujudkan dana kecemasan
(Simpan sebanyak 3-6 bulan daripada perbelanjaan bulanan sebagai dana kecemasan)

LANGKAH 2
Langsaikan hutang
(wang yang biasa digunakan untuk dana kecemasan kini digunakan untuk membayar hutang)

Bagaimana menjelaskan hutang?
- Susun hutang daripada kadar faedah yang paling tinggi kepada yang paling rendah.
- Jelaskan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi
(contohnya: pinjaman perumahan dan pendidikan)

LANGKAH 3
Fokus pada masa depan
- Bayar diri sendiri dahulu setiap bulan untuk meningkatkan simpanan.
- masukkan wang simpanan kepada produk pelaburan untuk mendapatkan pulangan.
- Pilih produk-produk pelaburan yang sesuai dengan objektif pelaburan dan tahap risiko.
- Awasi pelaburan untuk memastikan ia sejajar dengan matlamat.





with luv,